Saturday, November 19, 2016

ISLAM CAHAYA AGAMA ALLAH


Firman Allah Ta’ala:

“Tatkala orang beriman melihat bala tentera Ahzab, barisan bersekutu kumpulan Yahudi Musyrikin, golongan munafikin dan lain-lain datang mengepung Madinah untuk menghancurkan Islam, menghapuskan Rasulullah s.a.w. dan umat Islam.

Mereka berkata dengan penuh semangat inilah yang telah dijanjikan oleh Allah dan rasul-nya, benarlah Allah dan rasul dan tidaklah menambahkan kepada mereka melainkan keimanan yang lebih kuat dan keislaman yang lebih teguh.

Di kalangan orang-orang beriman itu ramai orang yang benar janji mereka dengan Allah untuk mempertahan dan menegakkan Islam.

Ada kalangan mereka yang telah mati, gugur syahid, mati sebelum melihat kemenangan dan ada kalangan mereka yang menunggu giliran menyambungkan perjuangan sama ada menang atau pun kalah.”

Ayat itu mengingatkan peristiwa yang berlaku di zaman Rasulullah s.a.w. apabila golongan orang Yahudi ahli kitab yang mengenali Islam, mengenali Rasulullah s.a.w. menubuhkan bala tentera Ahzab menggabungkan kumpulan-kumpulan bukan Islam yang bermusuh dengan Islam, disokong oleh orang-orang munafik bertujuan untuk menghapuskan Islam.

Islam adalah cahaya agama Allah.

Firman Allah Ta’ala:

“Dialah tuhan yang telah mengutuskan rasul-nya, Muhamad s.a.w dengan petunjuk dan agama yang benar untuk menzahirkan agama ini mengatasi segala agama dan ajaran yang lain walaupun dibenci oleh orang-orang musyrikin.

Mereka mencuba untuk memadamkan cahaya agama Allah dianggap mudah macam boleh memadamkan pelita yang lemah. Allah tetap menyempurnakan cahayanya walaupun dibenci oleh orang-orang melawan dan menentang Islam ini.”

Peristiwa Ahzab gagal dan Islam dimenangkan oleh Allah Ta’ala.

Islam yang dikurniakan kepada manusia ini mempunyai kelebihan yang diberi oleh Allah kepada manusia dengan dikurniakan martabat yang tinggi. Namun Allah yang Maha Berkuasa untuk mengubahkan alam ini dengan mudah.

Sesungguhnya urusan Allah itu apabila hendak menjadikan sesuatu dengan kehendaknya cukup Dia berfirman dengan berkata ‘jadi’ maka jadi serta merta.”

Tetapi Allah Ta’ala menjadikan cahaya agama Islam ini mesti diangkat oleh manusia untuk meninggikan martabat manusia.

“Adakah manusia mengira sudah cukup bila dia berkata kami sudah beriman padahal mereka belum diuji, sesungguhnya Allah telah menguji umat nabi-nabi zaman dahulu yang beriman diuji oleh Allah. Setelah diuji maka ternyata orang yang benar beriman dan orang yang bohong beriman.”

Allah memberi kemenangan apabila kita berjaya dalam ujian, percaya kepada Allah, percaya kepada Islam dan percaya kepada janji Allah dunia dan akhirat.

Islam yang disambungkan oleh para sahabat r.a. selepas wafatnya Rasulullah s.a.w. berjaya menjatuhkan dua kuasa besar dunia, Farsi dan Rome. Kejatuhan Rome membolehkan Baitul Makdis dibebaskan.
  
Baitul Maqdis menjadi tempat disinggah oleh Rasulullah s.a.w. pada malam Israk dan Mikraj bersembahyang jemaah dengan nabi-nabi dan rasul-rasul a.s. diimamkan oleh Rasulullah s.a.w. Menunjukkan semua nabi dan rasul adalah Islam.

Tidak ada nabi yang bukan Islam. Tidak ada rasul Yahudi dan tidak ada rasul Kristian. Semua rasul adalah Islam.

Sembahyang di masjid Aqsa sama sahaja. Tidak ada sembahyang muzik, tidak ada sembahyang pukul gendang macam sembahyang berbagai agama. Sembahyang Yahudi bukan sembahyang nabi Musa a.s. Sembahyang Kristian pada hari ini bukan sembahyang nabi Isa a.s.

Semua nabi adalah Islam. Maka umat Islam yang akhir diamanahkan menegak Islam di bumi Allah berjaya mencapai kemenangan membebaskan masjid Aqsa.

Padri besar Baitul Maqdis mahu peristiwa penyerahan Baitul Maqdis yang disaksikan oleh Amirul Mukminin, Umar bin al-Khattab r.a. Bila Umar datang ke Baitul Maqdis melihat kemenangan Islam yang menakjubkan Amirul Mukminin r.a. menyampaikan ucapannya yang masyhur antara lain mengatakan:

“Kita adalah umat yang diberi kehebatan, kemenangan dan kemuliaan oleh Allah dengan Islam. Sekiranya kita mencari kemuliaan lain daripada Islam nescaya kita akan menerima hukuman dihina oleh orang.”

Ternyata selepasnya apabila datang tentera Salib, tentera Moghul dan Tartar di zaman pemerintahan Islam leka dan lalai dengan kekayaan dan kemewahan, pemimpin lupakan rakyat dan lupa untuk beramal dengan Islam maka datang bahaya Tartar dan Solibiah.

Mereka yang sedar di masa itu meniupkan slogan WA ISLAMA, WA DIINA MUHAMADA wahai Islam yang tersayang, Islam dalam bahaya selamatkan Islam. Wahai agama Muhamad, agama dalam bahaya semangatkan agama ini. Membangkitkan semangat umat Islam di zaman itu berpegang kepada Islam.

Mereka berjaya mengalahkan Solib, mengalahkan tentera Tartar yang dianggap mustahil untuk dikalahkan. Islam mencapai kemenangan.

Allah menjadikan bukan sahaja laut pasang surut untuk membersihkan pantai dan laut, termasuk sungai yang mengalirkan air, Allah juga menjadikan pasang surut kepada umat Islam untuk membersihkan umat Islam ini di antara mereka yang ikhlas dengan mereka yang bohong.

Hari ini kita mengalami zaman surut, zaman yang disebut oleh Rasulullah s.a.w.

“Akan tiba masanya umat Islam menjadi macam makanan yang lazat yang dikelilingi oleh orang. Orang yang mengelilingi makanan itu akan mencubit, akan memamah dan meratah.”

Umat Islam akan jadi semacam itu pada suatu masa. Mereka dikelilingi oleh musuh yang mencubit, menggigit, memamah dan meratah.

Lalu seorang sahabat bertanya:

“Wahai Rasulullah adakah jumlah kita di masa itu sedikit.

Jawab Rasulullah:

“Tidak. Ramai tetapi macam buih dan sampah yang dihanyut oleh air banjir.”

Allah menghilangkan rasa hebat yang ada dalam hati musuh terhadap kamu. Selama ini musuh Islam berasa gerun dengan umat Islam. Tetapi bila kamu melakukan kesilapan Allah campakkan dalam hati kamu penyakit al-waham.

Apa dia al-waham tanya sahabat.

“Kasihkan dunia dan takutkan mati.”  Inilah penyakit yang melanda umat Islam di akhir zaman.

Kita sedang berada di tengah umat Islam berjumlah 1.5 bilion di seluruh dunia. Tetapi kita diratah di Palastin, dimamah di Myammar, dizalimi di Mesir, di Iraq, di Libya, di Afganistan dan di Afrika tengah. Diratah oleh musuh-musuh kita dengan mudah.

Umat Islam dibunuh hasil dan buminya diangkut oleh mereka. Orang Islam menjadi hamba dan kuli. Pemimpin-pemimpin negara Islam menjadi khadam kepada musuh. Inilah zaman yang kita alami pada hari ini.

Musuh tidak berasa gerun. Umat Islam zaman dahulu digeruni oleh musuh bukan kerana zalim dan bukan kerana senjatanya tetapi kerana akhlaknya dan kerana adilnya serta amanahnya.

Negeri-negeri yang dimasuki oleh Islam diterima oleh rakyat. Rakyat menganggap orang Islam lebih adil daripada raja-raja dan pemimpin-pemimpin mereka.

Apabila Rubi’ bin Amir dihantar untuk menemui Rustam, panglima tentera Rome yang meremehkan tentera Islam. Rubi’ dianggap lekeh ditawarkan dengan hadiah-hadiah yang lumayan; harta yang banyak, emas, perak dan apa sahaja yang mahu. Bukan RM50 dan bukan seribu ringgit.

Tetapi Rubi’e menjawab:

“Allah yang mengnatar kami datang ke sini. Tujuan kami datang ke sini bukan mahu duit, bukasn mahu harta dan bukan mahu benda tetapi untuk mengajak siapa di kalangan kamu daripada menjadi hamba sesama makhluk menjadi hamba kepada Allah.

Daripada ajaran berbagai-bagai agama dan ajaran yang zalim kepada Islam yang adil. Daripada dunia yang sempit kepada dunia sehingga akhirat yang luas.

Inilah Islam yang dibawa oleh generasi awal umat Islam yang memuliakan Islam dan Islam menguasai dunia.

Kita mengalami zaman Islam yang sangat surut menjadi ujian kepada kita. Bumi Palastin jatuh dan masjid al-Aqsa diancam. Kita jadikan istimad ini: Wahai Baitul Maqdis yang tersayang, selamatkan Baitul Makdis kerana Baitul Makdis menyatukan umat Islam.

Berbagai Mazhab dan kaum dan semua orang Islam menyayangi Baitul Maqdis. Mereka menganggap masalah Palastin adalah masalah mereka.

Allah mentakdirkan penduduk Maqdis adalah simbol kepada umat Islam.

Disebut oleh nabi s.a.w.

“Akan tetapi ada kalangan umat aku walaupun orang Islam lemah ada satu kumpulan orang Islam yang bangun bangkit berdiri mempertahankan Islam. Mereka tidak boleh dilemahkan oleh orang-orang yang mengecewakan mereka. Mereka tetap bangun menentang.”

Sahabat tanya:

“Siapa mereka itu wahai Rasulullah!”

Jawab Rasulullah s.a.w.

“Mereka adalah penduduk Baitul Maqdis dan mereka di kelilingi Baitul Makdis.”

Kita melihat peristiwa intifadah membangunkan bukan sahaja orang tua tetapi muslimat termasuk anak-anak yang kecil menghadapi senjata Israil yang paling canggih di dunia hanya dengan batu yang kecil dan dengan lastik menggamangkan tentera Israil.

Lastik menentang kereta kebal. Mereka sanggup mati bertali arus. Mereka sanggup dipenjara bertali arus. Mereka menjadi simbol kepada umat Islam di seluruh dunia.

Kita tidak lupa umat Islam di Afrika tengah dan umat Islam di mana-mana sahaja tetapi Palastin menjadi satu simbol yang disebut oleh nabi s.a.w. Oleh kerana kita hidupkan simbol ini.

Kehadiran kita di sini memberi makna yang sangat besar. Kita bersama dengan wakil-wakil daripada seluruh dunia Islam dan luar dunia Islam.

Yang datang adalah pemimpin-pemimpin, tokoh ilmuan dan tokoh berbagai bidang. Mereka datang daripada negeri-negeri umat Islam: dari Afrika, negara Arab, Asia, Benua India dan termasuk rantau Asia Tenggara, termasuk juga negeri-negeri Islam yang umat Islam kecil jumlahnya seperti England, Eropah, Bosnia, Kemboja, Laos, Thailand, Filifina, Kasmir dan Rohigya.

Walaupun satu himpunan yang dhaif dan tidak kuat kita percaya kepada janji Allah s.w.t.

“Kami menghendaki bahawa kami jadikan di kalangan mereka yang dianggap lemah ini pemimpin-pemimpin dan akhirnya Allah jadikan mereka mewarisi untuk memerintah bumi.” Ini janji Allah s.w.t.

Ayat ini diturunkan kepada kaum Bani Israil yang dipimpin oleh nabi Musa a.s. Mereka ditindas dan dibunuh dan untuk berhijrah ke Palastin atas nama Islam. Bukan atas nama Yahudi tetapi atas nama Islam.

Nabi Musa yang terhenti di tepi Laut Merah melihat kedatangan bala tentera Firaun yang jumlahnya satu juta orang. Mereka terperangkap dan tidak boleh melarikan diri.

Lalu Bani Israil berkata:

“Kita akan dibunuh oleh Firaun dan bala tenteranya.”

Nabi Musa a.s. menjawab dengan yakin:

“Tidak sekali-kali. Mereka tidak boleh membinasakan kita. Bersama saya tuhan saya yang akan tunjuk apakah jalan untuk memenangkannya.”

Penjajah yang menakluk negeri Islam bukan sahaja mengangkut hasil bumi negeri kita tetapi mereka juga menakluk pemikiran kita. Mereka tidak boleh memurtadkan umat Islam semuanya, hanya segelintir yang bodoh sahaja. Orang Islam balik semula kepada Islam.

Hari ini kita menyaksikan Razzah, sebuah kawasan yang kecil dan padat dengan penduduk dikepung oleh bala tentera Israil. Israil mendapat bantuan dari Amerika, Eropah dan negara-negara sekutunya dibantu oleh negara jiran.

Ada kalangan negara Arab bermuafakat dengan Israil untuk menentang Razzaf dan Palastin. Mereka bukan sahaja gagal menghancurkan perjuangan Palastin tetapi kalah dengan cara yang amat memalukan.

Ini menandakan bahawa duit disumbangkan sangat besar ertinya. Kebanyakan duit yang disumbangkan untuk membantu Palastin datang dari negara-negara miskin boleh mengalahkan musuh-musuh palastin.

Firman Allah Ta’ala:

“Bandingan orang-orang yang menyumbangkan hartanya pada jalan Allah laksanakan orang yang menanamkan satu bijih benih tumbuh pokoknya dan mengeluarkan tujuh tangkai, tiap-tiap satu tangkai ada seratus biji.”

Allah boleh menggandakan lebih daripada itu lagi. Allah juga menyebut:

“Sedialah kekuatan sekadar kemampuan yang kamu mampu, kamu boleh melawan musuh yang lebih besar daripada kamu dengan pertolongan Allah s.w.t.”

Itulah janji Allah.

“Demi sesungguhnya Allah menolong sesiapa yang menolong menegakkan agama-Nya dan Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa.”

KULIAH YT


No comments:

Post a Comment