Monday, November 21, 2016

SEBAIK-BAIK MANUSIA



Sabda Rasulullah SAW (Riwayat Termizi – Hadis Hasan)

“Dari Abi Safuan RA, katanya telah bersabda Rasulullah SAW sebaik-baik manusia ialah sesiapa yang panjang umurnya dan baik amalannya.”

Hadis menunjukkan bahawa di antara kebaikan yang diberi oleh Allah kepada seseorang manusia itu ialah dipanjangkan umurnya dan diisi dengan amalan-amalan yang baik menyebabkan amalnya banyak untuk dibawa di hari akhirat.

Tidak ada guna umur panjang tetapi tidak diisi dengan amalan soleh. Lebih rugi lagi semasa umur panjang diisi dengan kerja-kerja mungkar.

Allah memberi umur panjang peluang untuk bertaubat. Tetapi jika degil juga maka malanglah nasibnya di akhirat.

Semasa berdoa janganlah minta ‘panjang umur, panjang umur’ tetapi amal ibadat tidak kisah. Sepatutnya berdoa meminta panjang umur, tambah amal soleh dan takwa kepada Allah SWT.

KULIAH YT


No comments:

Post a Comment