Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya
Masuk Islam)
Nama saya Farhan Bin
Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya
dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian.
Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu
kawasan di Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi.
Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan
penuh kerajaan negeri.
Kumpulan saya masuk ke kampung dalam
berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya
membekalkan wang tunai sekitar RM50,000/=.
Berbagai atur cara dibuat untuk
membantu orang kampung. Kami ziarah rumah kerumah. tanya masalah mereka dan
bantu mereka. berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara
spontan. Ada kami hantar keperluan harian, pakaian dan buku sekolah dan lain-lain.
Dengan cara ini kami mendekati
mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan, kami berjaya
mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam, tambah
berbaloi dari kalangan intelek. Hasilnya kami dapat
RM3,000/= setiap seorang Islam yang
dimurtadkan.
Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam persekolahan. Sewaktu Tingkatan 3
saya dan beberapa rakan mengambil mata pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih
dengan lukisan (betapa hinanya mata pelajaran ini setanding dengan lukisan).
Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh.
Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.
Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam
dan memudahkan saya menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan
yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam. Pada suatu hari sewaktu
tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya (saya
panggil cikgu). "cikgu saya ada
beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, boleh ke saya kerumah
cikgu..."
Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan kerumah ustaz itu.
Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam, agama cikgu dan bukan atas nama Kristian, agama saya".
Saya kemukakan beberapa persoalan,
antaranya; Mengapa orang Islam sembah
kaabah -Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam
adalah agama langit. -Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman
Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.
Mengapa dalam sejarah dan hingga kini
orang Islam suka peperangan. Injil sekarang dikatakan diseleweng. Kalau begitu
mana yang asalnya. Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya
dan kawan-kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan-kawan mati akal.
Kemudian saya dibebani dengan 3
persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.
Apakah boleh manusia (paderi)
mengampunkan dosa manusia lain. -
Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1
dalam 3 -
konsep ketuhanan Jesus.
Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu kerumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu. Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa 'orang malaya' datang ke rumah.
Sejak itu beberapa kali saya tidur
rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu.
Saya memerhatikan kehidupan ustaz tu, saya mengagumi cara hidupnya.
Suatu malam saya bermimpi didatangi 3
orang berjubah. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih
membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya
membuat pilihan. Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya
mengikuti mereka.
Saya meronta-ronta. Disamping itu
saya dapati yang berjubah hitam semakin tenggelam dan yang berjubah putih
semakin tinggi. Sedang saya
meronta-ronta, saya terjaga. Saya mendengar suara
azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata," mengapa
Johanis....awak mengigau...."
Saya pegang tangan ustaz itu, saya
katakan,"Cikgu Islamkan saya.........".Ustaz itu minta saya bersabar
untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di
Islamkan oleh Ustaz itu.
Selesai pengIslaman saya, saya pulang
ke rumah. Sampai di rumah, saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah.
Rupanya bapa saya telah tahu. Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan
keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan
peluru senapang meletup keatas.
Saya segera meninggalkan rumah
sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya
bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke
semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah.
Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulan rakan saya
Nazri, vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan
Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir
yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu. 6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah saya dapat
sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama
Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak
sampai setahun saya letak jawatan. Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak
berdakwah pun merungut duit over time. Saya rasa tiada keiklasan. Biarlah saya
jadi pendakwah bebas. Saya Ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai
memurtadkan orang, kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin
dengan kualiti bukan kuantiti saja.
Berbalik kisah keluarga saya. Selepas
meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah, emak dan
adik beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah, saya
sayang emak, saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak dunia
dan akhirat.
Walaupun ayah menyambut dingin suara
saya, saya hantarkan buku-buku Yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun
saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana
rindukan ayah, emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz,
bagaikan halilintar saya mendapat berita........ Ayah saya menganut Agama Islam.
Allah saja yang tahu perasaan saya
ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air
mata saya menjadi terlalu murah....saya terus menangis...saya pejamkan
mata...saya bayangkan ayah dihadapan...saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis
bersama........Ya Allah betapa agungnya kekuasaan-Mu....
Peristiwa yang saya alami sewaktu
memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi
oleh pihak gereja. Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam
hari ini berpecah. Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan sunnah
Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.
Kita ambil contoh pelaksanaan hukum Hudud
dan Qisas. Mengapa
kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kita cari jalan supaya
dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan
beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud dan Qisas. Dia boleh
sergah saya,"You apa tahu... Islam pun baru setahun jagung....."
Saya sedih dengan sergahan pensyarah
itu. Kalau ini sikap pendakwah saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam
kerana saya tahu Apa itu Islam. kerana itu saya ajak menghayati Islam. Saya
kumpulkan semula kawan-ka wan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam.
Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini,untuk bergerak perlukan wang. Saya
diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam.
Apa tauliah awak, mana kebenaran
Jabatan Agama, mana permit polis, sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak
gentar berdialog dengan puak Kristian, kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya
bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.
Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu
usaha yang agak ketara ialah Di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah, pura-pura
nak belajar Islam....jatuh cinta...lalu dimurtadkan...ada yang pura-pura masuk
Islam....dan dimurtadkan.
Saya sudah pergi banyak IPT. Saya
paling bimbang di Universiti Putra Malaysia. Itulah satu-satunya Universiti
yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam.
Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum 'Holly Water'.
Sebenarnya air ini dibuat di Vatican
City. Dijampi oleh paderi Termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri
kita dulu.
Kalau
terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1 kali, Yasin 1 kali, 3
qul 1 kali, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi.
Insya Allah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah.
No comments:
Post a Comment