Monday, November 21, 2016

MUAZ BIN JABAR DITEMUDUGA



Muaz bin Jabar nabi hantar ke Yaman untuk menjadi hakim.

Sebelum dihantar nabi menyoalnya dahulu (temu duga).

Nabi SAW:
Wahai Muaz sekiranya datang apa-apa masalah bagaimana kamu hendak menyelesaikan.

Muaz:
Saya selesaikan dengan kitab Allah (Quran)

Nabi SAW:
Jika tiada dalam kitab Allah, bagaimana?

Muaz:
Saya selesaikan dengan sunah Rasulullah.

Nabi SAW:
Kalau tiada sunah Rasulullah, bagaimana?

Muaz:
Saya berijtihad. Saya mengkaji dengan mendalam dan saya tidak menyeleweng.

Lalu nabi SAW menepuk bahu Muaz. Satu riwayat lagi mengatakan nabi menepuk dada Muaz dan berkata segala puji tuhan yang memberi petunjuk kepada urusan Rasulullah dan apa yang diredhai oleh Rasulullah.
  
Kemudian nabi berkata wahai Muaz kamu pergi ke Yaman. Di sana ada golongan ahli kitab yang bukan Islam. Mula-mula ajak dia masuk Islam dengan mengucap ASHHADU ALLAILAHA ILLALLAH WAASHHADU ANNA MUHAMADAN RASULULLAH.

Setelah dia mengucap dua kalimah syahadah beritahu kepada mereka Allah mewajibkan sembahyang lima waktu sehari semalam. Setelah menunaikan sembahyang lima waktu beritahu kepada mereka Allah mewajibkan kepada orang-orang yang kaya mengeluarkan sebahagian daripada hartanya untuk diberi kepada yang berhak iaitulah zakat.

Kamu jangan zalim. Takutlah doa orang yang kena zalim kerana tidak ada dinding di antaranya dengan Allah SWT.

Bila kamu mengambil zakat jangan rampas, jangan pilih binatang yang gemuk-gemuk untuk dikeluar zakat. Terserahlah kepada mereka hendak mengeluar yang mana-mana. Bukan sahaja dalam bab zakat dalam bab-bab lain pun tidak boleh melakukan kezaliman.

Itu pesanan nabi kepada Muaz, seorang sahabat yang ada kemampuan dan kebolehan.

KULIAH YT


No comments:

Post a Comment