Mengikut keterangan para ulamak
ilmu sihir adalah satu ilmu atau amalan yang memohon bantuan daripada makhluk
yang bernama jin atau syaitan. Sesiapa
sahaja yang mengamalkan suatu ilmu atau beramal apa jua bentuk amalan sama ada
bacaan atau pun perbuatan yang memohon bantuan atau mengharapkan pertolongan
daripada makhluk bernama jin atau syaitan maka orang itu terlibat dengan
amalan-amalan sihir.
Biasanya orang-orang meminta bantuan makhluk
syaitan ini tidak kira untuk apa tujuan sekali pun sama ada untuk kebal, untuk
cantik, untuk nampak hebat atau untuk kepentingan orang lain seperti untuk
merosakkan orang, untuk menundukkan orang, untuk menjaga harta benda sendiri
atau harta orang lain maka orang ini terlibat dengan ilmu atau amalan sihir.
Barangsiapa membaca sesuatu memohon
bantuan makhluk jin atau syaitan maka dia akan mendapat bantuan syaitan. Maka
orang ini beramal dengan ilmu sihir.
Apakah hukum orang-orang yang beramal ilmu
sihir?
Orang-orang yang terlibat dengan
ilmu sihir biasanya menggunakan ilmu sihir untuk tujuan kejahatan. Oleh itu
perbuatan itu bercanggah dengan syarak dan berdosa.
Firman Allah Ta’ala surah al-Jin ayat 6
bermaksud:
“Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah
perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan
meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan
itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.”
Ayat ini jelas menunjukkan jin yang
diminta pertolongan itu bukan jin Islam. Jin yang ada kepentingan dengan
manusia ialah jin-jin kafir.
Dalam Islam sihir merupakan dosa
yang kedua terbesar selepas syirik dengan Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda:
“Jauhilah kamu tujuh perkara yang
membinasakan, tujuh dosa besar iaitu syirik, sihir, membunuh tanpa kebenaran,
memakan riba, memakan harta anak yatim, berpaling dari peperangan jihad dan
menuduh perempuan-perempuan baik melakukan perkara tidak baik.”
Nabi melarang terlibat dengan tujuh dosar
besar. Sihir merupakan dosa kedua besar selepas syirik. Sihir juga terlibat
dengan syirik kerana dia memohon bantuan daripada jin bukan daripada Allah SWT.
Jadi orang beramal dengan ilmu
sihir terlibat dengan dua dosa besar iaitu sihir dan syirik. Nauzubillahi
minzalik.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment