Wednesday, December 14, 2016

ANTARA JENIS-JENIS NUJUM



Sabda Rasulullah SAW:

“Daripada Qabisah bin Qarib RA katanya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda iyafa, attoyarah dan attorah termasuk di dalam kerja-kerja penyembah berhala, kerja nujum dan kerja ahli sihir.”

Apa dia iyafah?

Iyafah ialah membuat garisan, toreh-toreh dan kemudian membuat ramalan. Ini termasuk dalam nujum juga dan diharam oleh syarak.

Attoyarah pula ialah menggunakan burung. Ambil burung lepas dan halau. Jika burung pergi ke sebelah kanan boleh terus kerja kerana bertuah dan kalau pergi sebelah kiri tidak boleh lakukan kerja kerana sial.

Ada juga pelihara burung untuk mencari tuah. Burung yang kenyang. Ini semua karut.

Tidak salah memelihara binatang untuk memakan daging, mendengar suaranya atau menikmati kecantikannya dengan syarat menyempurnakan makan minumnya.

Syarak mengizinkan bahkan syarak mengizinkan mengasi binatang untuk menjadi gemak. Tetapi guna binatang untuk nujum termasuk dalam dosa besar.

Attorah termasuk dalam nujum juga. Antara caranya ialah membuat garisan banyak-banyak kemudian membilangnya. Dua, dua dan jika genap bagus. Jika tinggal satu atau ganjil tidak elok. Samalah dengan menengak naskah.

Itu termasuk kerja-kerja ahli nujum dan ahli sihir yang diharamkan oleh syarak kerana termasuk dalam perkara-perkara yang menceburi ilmu Allah Ta’ala.

Antaranya mengambil sesuatu dan menjampi kemudian menyuruh kanak-kanak yang belum baligh membuat ramalan. Ini pun termasuk dalam nujum dan tidak dibolehkan. Perkara yang ghaib ada dalam ilmu Allah Ta’ala yang tidak boleh diceburi.

KULIAH YT


No comments:

Post a Comment