Sabda Rasulullah SAW:
“Daripada Ibni Abas RA
katanya Rasulullah SAW bersabda bahawa sesiapa yang mengambil ilmu daripada
ilmu nujum sesungguhnya dia telah mengambil sebahagian daripada ilmu sihir, dia
menambah apa yang dia tambah lagi.” (Hadis riwayat Abu Daud dengan isnad yang
sahih).
Barangsiapa yang belajar ilmu
nujum maka dia telah mengambil sebahagian daripada ilmu sihir dan
menambahkannya pula iaitulah dia mencampuri ilmu Allah SWT.
Sihir termasuk dalam
kumpulan dosa besar. Di sisi mazhab Hambali dan mereka sependapat dengannya,
sebaik-baik sahaja berlaku ilmu sihir terus menjadi kafir. Beramal dengan ilmu
sihir jadi kafir.
Mengikut imam Syafie
dosa besar dan menjadi kafir jika menghalalkannya.
Jadi belajar ilmu nujum
juga dosa besar dan ada ulamak mengatakan kafir.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment