Wednesday, December 14, 2016

MERAMAL SIAL DAN MAJAL DAN MEMBUAT GARISAN



Sabda Rasulullah SAW:

“Dan daripada Muawiah bin al-Hakam RA katanyaaHH
 Aku berkata wahai Rasulullah sesungguhnya kami ini baru sahaja tinggal zaman jahiliah dan Allah Ta’ala telah membawa kepada kami Islam, ada di kalangan kami beberapa orang yang bertemu dengan ahli-ahli nujum.

Maka sabda Rasulullah SAW jangan bertemu dengan mereka.

Aku berkata ada di kalangan kami orang-orang meramal sial dan majal.

Sabdanya Rasulullah SAW itu sesuatu yang kamu dapati di dada-dada mereka dan sebenarnya tidak tepat apa yang diazamkan itu.

Lalu aku berkata wahai Rasulullah ada di kalangan kami beberapa orang yang menggaris-garis untuk membuat ramalan.

Sabdanya adalah nabi di kalangan nabi-nabi juga membuat garisan. Maka sesiapa yang menggaris macam nabi garis maka itu betul.” (Riwayat Muslim)

Barangsiapa yang menggaris macam nabi garis maka tidak salah. Orang membuat garis untuk memagar kebun dan membaca ayat Quran adalah tidak salah kerana nabi membuat garis dan membaca ayat Quran.

Apa yang salah ialah membuat garisan dan membuat ramalan. Tidak diizinkan kerana mencampuri ilmu Allah Ta’ala.

KULIAH YT


No comments:

Post a Comment