Apa yang dikatakan ibadat itu tidak khusus kepada
sembahyang, puasa, zakat dan haji sahaja bahkan semua amal salih yang
dikosadkan kerana Allah Ta’ala adalah juga dikira ibadat dan amal-amal yang
seperti jika dikosadkan kerana yang lain tanpa izinnya maka dianggap syirik.
Sesungguh
amalan yang telah menjadi seseorang itu syirik adalah
terlalu banyak antaranya ialah beramal atas dasar kebangsaan (nasionlisma) atau
perkauman.
Kita perlu
sedar bahawa amal bukan sahaja amal ibadat termasuklah amalan dunia. Amalan
dunia sekalipun sekiranya ada dalam hati kita tujuan untuk membuat kebajikan
dengan ikhlas diberi pahala oleh Allah SWT.
Disebut di
dalam hadis yang sahih bahawa nabi SAW menceritakan bagaimana seseorang yang
menanam pokok memberi kemudahan kepada orang ramai dan binatang pun dapat makan
buahnya maka dia mendapat pahala. Jika orang curi buahnya dia mendapat pahala
dan orang yang mencuri berdosa.
Jadi semua
amalan dikosadkan dengan baik diberi pahala oleh Allah SWT termasuk amalan
dunia yang disandar kerana Allah mendapat pahala kerana fardu kifayah.
Tetapi jika
berjuang di atas dasar kebangsaan dan kaum boleh membatalkan dua kalimah
syahadat. Tidak menjadi kesalahan sayang kepada bangsa dan sayang kepada
keluarga. Nabi-nabi dan rasul-rasul ASTS sayang kepada kaum keluarganya
masing-masing.
Quran
menyebut nabi-nabi bersyarah: “Wahai kaum bangsa kesayangan ku, abdikan diri
kepada Allah tiada tuhan yang lain daripadanya.”
Nabi Nuh,
nabi Saleh, nabi Musa dan semua nabi termasuk nabi Muhamad SAW memulakan dakwahnya
dengan mengajak anak-beranak dan kaum bangsa mereka dahulu supaya beriman
kepada Allah.
Oleh itu
tidak salah sayang kepada anak-beranak dan bangsa sendiri. Tetapi bila
dijadikan anak-beranak aqidah di dalam hati (ism), tolak agama kerana
anak-beranak atau bangsa adalah bercanggah dengan Islam dan boleh membatalkan
dua kalimah syahadat.
Sahabat nabi
SAW menolak keluarga berhijrah ke Madinah kerana menegakkan Islam. Nabi SAW
melawan bapa saudaranya sendiri, lawan anak-beranak dan serang negeri Mekah kerana
Mekah diperintah oleh jahiliah.
Negara, anak-beranak
dan bangsa diselamatkan dengan Islam.
Salmanul
Farisi meninggalkan negaranya Farsi mengikut nabi SAW dan di zaman Saidina Umar
dia berperang, menyerang negaranya sendiri. Ini bukan pengkhianat negara tapi
menyelamatkan negara dan kaum dengan Islam.
Orang yang mengampu
kaumnya, membela bangsanya tanpa mengira betul atau salah adalah bercanggah
dengan Islam.
Dalam
peperangan Uhud nabi Muhamad SAW menyatakan: “Mayat ini masuk neraka dan mayat
ini masuk syurga.”
Mayat
yang masuk neraka dilihat berperang bersama nabi dan mayat yang masuk syurga
diketahui dia adalah kafir.
Setelah
disiasat rupanya yang masuk syurga dia masuk Islam ketika hendak berlaku
peperangan. Orang tidak mengetahui. Dia
tidak sempat sembahyang dan tidak membuat sebarang ibadat, dia mati di medan
perang Uhud kerana menegakkan Islam dan masuk syurga.
Mayat
yang masuk neraka itu ialah orang Madinah. Dia melawan kerana orang Mekah
datang menyerang Madinah. Jadi lawan
atas dasar tanah air, Madinah, bukan atas dasar Allah dan rasul. Maka dia mati
bukan atas dasar islam tetapi atas dasar jahiliah maka nabi kata masuk neraka.
Beramal atas
dasar kebangsaan (nasionalisma) bila dasar ini dijadikan tujuan berjuang
kerananya, berucap kerananya dan menyeru ke arahnya dengan semangat asyabiah
maka pegangan dan amalan itu dianggap SYIRIK dan membatalkan dua kalimah
syahadat kerana Allah SWT memerintah supaya kita beramal kerananya, berjihad
kerananya, berjuang kerananya dan apabila kita
melakukan semua itu kerana bangsa kita semata-mata adalah batil.
Boleh jadi
kadang-kadang kita menentang mereka kalau mereka kafir.
Nabi
kita Muhamad SAW menentang Abu Jahal, menentang Abu Lahab dan menentang pemimpin-pemimpin
Mekah yang terdiri daripada orang Arab dan keluarganya sendiri. Nabi menentang
mereka bermati-matian kerana mereka melawan Islam.
Nabi Ibrahim
AS mengajak ayahnya masuk Islam. Ayahnya bukan sahaja tidak masuk Islam bahkan
hendak merejamnya maka nabi Ibrahim melepas diri daripada ayahnya. Nabi Ibrahim
beristighfar minta Allah Ta’ala ampunkan dosa ayahnya tetapi Allah Ta’ala tidak
izinkan.
Tidak boleh
beristighfar kepada orang kafir walaupun ayah sendiri.
Allah Ta’ala
melarang Nabi Nuh AS beristighfar untuk anaknya yang sedang lemas dalam taufan
besar kerana dia tidak mahu ikut Islam. Oleh kerana bukan Islam Allah Ta’ala
melarang nabi Nuh beristighfar walaupun untuk anak sendiri.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment