Penjajah yang telah menjajah negeri orang Islam tidak memberi kemerdekaan secara percuma. Kemerdekaan itu diberi kepada orang Islam yang meneruskan ajaran-ajaran mereka. Mereka tidak sekali-kali mengizinkan orang Islam mendirikan semula pemerintahan Islam sebagaiman yang diajar oleh al-Quranul Karim dan ditunjukkan caranya oleh Rasulullah SAW.
Sekiranya
ada kumpulan-kumpulan Islam mereka akan sekat habis-habisan supaya kumpulan ini
tidak berkuasa memerintah. Mereka akan wujudkan di kalangan anak negeri yang
boleh membawa ajaran-ajaran yang mereka tinggalkan. Inilah yang berlaku di
seluruh dunia Islam.
Di Algeria
sebagai contoh, mereka yang berjuang penjajah Peranchis selama beratus tahun
dan mengorbankan lebih daripada sejuta para syuhada. Perjuangan ini dipimpin
oleh ulamak-ulamak dan pemimpin-pemimpin Islam.
Apabila tiba
masa mereka mesti berundur maka dibuat perjanjian menyerah negeri kepada orang-orang Algeria yang mendapat pendidikan Peranchis yang
menjalankan pemerintahan secara yang dikehendaki oleh penjajah Peranchis, bukan
secara Islam.
Perkara
yang sama berlaku di Indonesia. Ulamak-ulamak dan pemimpin-pemimpin Islam
menentang Belanda. Ketika Belanda hendak berundur maka dilantik orang-orang
Indonesia yang boleh meneruskan dasar-dasar Belanda.
Begitulah juga Malaysia kita. Golongan Islam yang
menentang penjajah. Bila penjajah Inggeris hendak memberi kemerdekaan maka
dilantik pemimpin-pemimpin yang boleh meneruskan dasar-dasar dan cara-cara
mereka, bukan cara Islam yang ada dalam Quran yang diajar oleh nabi Muhamad
SAW.
Penjajah
telah meninggalkan ideologi dan fahaman-fahaman seperti sirkularisma, iaitulah
ajaran yang memisahkan agama daripada politik (mentadbir dan memerintah). Politik
tidak ada hubungan dengan agama masuk dalam kepala orang Islam tanpa disedari ajaran
ini adalah ajaran sesat kerana menolak kalam Allah
Ta’ala dan menolak tauhid Rububiah dan tauhid Uluhiah
Ajaran
kapitalisma dalam bidang ekonomi menghalalkan riba, membenarkan kerja-kerja
maksiat dan memberi kebebasan kepada orang perseorangan di atas nama kemajuan
ekonomi. Padahal dalam Islam ada ajaran berkait dengan muamalat.
Begitu
juga sosialisma iaitu ajaran kononnya untuk membela masyarakat sedangkan dalam
Islam sudah ada ajaran yang membela masyarakat dan tidak perlu kepada
sosialisma.
Nasionalisma
iaitulah fahaman kebangsaan yang menjadikan bangsa serupa dengan agama padahal
Islam dan bangsa ada dua perkara yang berbeza.
Nabi Muhamad
SAW berperang menentang bangsanya sendiri, bangsa Arab apabila bangsa Arab
menolak ajaran Islam. Nasionalisma meletakkan bangsa
lebih daripada agama ataupun setaraf dengan agama.
Pragmatisma
ialah ajaran mengikut keadaan atau mengikut selira, hanyut dan tidak teguh
berpegang dengan istiqamah kepada kitab Allah dan sunah Rasulullah SAW. Terdapat
orang-orang yang masih mengaku beragama Islam tetapi tidak faham, tidak
mengerti atau tegasnya jahil berkenaan Islam.
Paling
malang jika jahil murakap, tidak sedar dirinya jahil tetapi mahu bercakap
berkenaan Islam, lalu menganut ideologi-ideologi itu, berjuang dengan
bersungguh-sungguh meninggalkan syariat Islam sendiri.
Mereka
mengambil ideologi-ideologi itu dalam perkara-perkara pemerintahan dan ekonomi
atau dengan lain perkataan dalam perkara dunia. Ada antara mereka yang berani menuduh Islam dengan tuduhan-tuduhan jahat dan fitnah-fitnah
seperti Islam tidak sesuai lagi di zaman ini atau Islam mestilah
disesuaikan dengan ideologi itu dengan membuat perubahan-perubahan yang berani
sehingga menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.
Mereka
sebenarnya orang-orang yang sesat di zaman ini kerana memecahbelahkan
masyarakat Islam daripada tali agama Allah.
Ini
ialah penyelewengan di akhir zaman. Mereka ini mengaku Islam. Mereka
sembahyang, puasa, pergi ke Mekah dan beribadat tetapi dalam hukum-hukum agama
yang berkait dengan kehidupan ditolak.
Sebagai
contoh mereka yang berjuang komunis. Mereka duduk di dalam hutan dan berkawan
dengan mereka yang bukan Islam, bersembahyang tarawikh di dalam hutan tetapi
menganut ajaran komunis, ajaran yang bercanggah dengan syariat Allah dalam
urusan hidup.
Bagitulah
juga mereka yang memerintah negara. Mereka menolak undang-undang yang ada dalam
Quran. Hukum hudud dan qisas tidak dipakai tetapi memakai hukum-hukum dan
undang-undang yang ditinggal oleh penjajah British.
Mereka sembahyang, mereka berpuasa tetapi sebenarnya
mereka adalah orang-orang yang sesat.
Oleh kerana
Islam itu ADDIN yang meliputi segala-galanya maka haram kita menjuzuj-juzujkan
Islam, meneriam sebahagian dan menolak sebahagian yang lain seperti masih
beribadat secara Islam, bernikah kahwin secara Islam dan melakukan urusan
kematian secara Islam tetapi pemerintahan, urusan ekonomi dan urusan duniawi
yang lain tidak mengikut Islam.
Mereka
berani mengingkarkan ajaran Islam maka menjadi murtad, Waliya zabillah,
walaupun masih bersembahyang, berpuasa, membuat haji dan ibadat-ibadat lain.
Inilah
bahaya yang menimpa Islam sekarang ini. Penganutnya sendiri telah mengingkari
ajarannya, mempermainkannya menurut selira. Oleh kerana itu maka sangat penting kita mengenali musuh-musuh baru ini supaya
selamatlah aqidah dan iman kita. Kita mesti menyedari betapa wajib
mempertahankan Islam dan menentang musuh baru itu dengan bersungguh-sungguh.
Jika kita
membaca Quran banyak ayat yang menolak orang Yahudi Bani Israil. Diantara
perangai Yahudi Bani Israil ialah bermain-main dengan kitab Taurah. Mereka
beriman sebahagian daripada Taurah dan menolak sebahagian yang lain.
Mereka sembahyang
mengikut kitab Taurah, mereka membaca kitab Taurah malam Sabtu. Hukum-hukum
disebut dalam kitab Taurah contoh hukum Hudud yang berkait dengan berzina. Apabila orang-orang
besar Yahudi melakukan kerja-kerja zina, mereka membuat undang-undang lain dan
menolak hukum yang ada dalam kitab Taurah.
Allah Ta’ala
berfirman: “Adakah kamu beriman dengan sebahagian daripada kitab dan kamu kufur
dengan sebahagian yang lain. Maka tidak ada balasan bagi mereka yang melakukan
demikian itu melainkan kecewa hidup di dunia dan di akhirat dicampakkan ke
dalam neraka dan Allah Ta’ala tidak lalai daripada apa yang mereka kerjakan.”
Allah
Ta’ala menyebut adakah kemu beriman dengan sebahagian kitab dan kufur dengan
sebahagian yang lain. Allah Ta’ala tidak berkata kamu beramal dengan sebahagian
kitab dan kamu tinggal sebahagian yang lain.
Bab nikah
kahwin, puasa dan haji kamu percaya tetapi bab yang berkait dengan
undang-undang jenayah kamu tidak kufur (tidak percaya). Kamu memakai
undang-undang lain dan kamu persoalkan bagaimana hendak mengerat tangan
pencuri.
Hukuman
mengerat tangan adalah hukum disebut dalam Quran.
Firman Allah
Ta’ala surah al-Maidah: “Pencuri lelaki dan pencuri perempuan hendaklah dikerat
tangannya, hukuman cegahan daripada Allah.”
Apa dia Quran. Quran ialah kalam Allah Ta’ala. Kalam itu
apa dia. Kalam ialah sifat Allah Ta’ala. Hukum Allah apa dia. Hukum Allah ialah
ilmu Allah Ta’ala. Ilmu Allah Ta’ala yang tidak terhingga atau tidak terhad.
Bila kita menolak hukum ini bermakna menolak sifat Allah Ta’ala, menolak kalam
Allah Ta’ala dan menolak ilmu Allah Ta’ala.
Firman Allah
Ta’ala dalam surah an-Nur: “Surah yang kami turunkan, yang kami fardukan di
dalamnya ada ayat-ayat yang nyata supaya kamu mengambil pengajaran. Perempuan
yang berzina, lelaki yang berzina hendaklah kamu sebat sebanyak seratus
sebatan, jangan kamu kasihan kepada kedua-duanya sekiranya kamu beriman kepada
Allah dan hari akhirat.”
Jika kamu
kasihan bererti kamu tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada hari
akhirat.
Dalam surah
al-Maidah pula: “Wahai orang beriman tunaikanlah akan ikatan perjanjian kamu.”
Diantara
ikatan perjanjian itu ialah DUA KALIMAH SYAHADAT yang diucapkan. Dalam
surah al-Maidah disebut hukum-hukum berkait dengan jenayah yang wajib
dilaksanakan. Malangnya kamu memakai undang-undang
British dan menolak undang-undang dalam surah al-Maidah. Di mana akad kamu, Dua kalimah syahadat yang kamu
ucapkan di hadapan Allah Ta’ala. Jadi syahadat menipu, akad menipu.
Jadi mereka
yang menolak undang-undang Allah Ta’ala dan memakai undang-undang lain bermakna
mereka merungkai perjanjian mereka dengan Allah Ta’ala, dirombak dua kalimah
syahadat.
Diperkenalkan
Ideologi-ideologi, teori-teori dan falsafah baru setelah kita mengenal
ajaran-ajaran lama yang sebahagian besar sudah dikalah dan dilenyapkan dari
muka bumi Allah ini. Ajaran lama ialah Muktazilah, Qodariah, Jabariah,
Khawaraij dan Syiah telah dikalahkan.
Teori-teori
dan ideologi-ideologi baru ini menjadi masalah besar kerana tidak disebut dalam
kitab-kitab zaman dahulu sebabnya berada di tengah-tengah masyarakat
Islam di zaman selepas para ulamak dahulu mengarang kitab-kitab mereka dan
setelah sebahagian besar daripada mereka meinggal dunia.
Ajaran baru
ini tidak ada pada masa ulamak-ulamak itu mengarang kitab-kitab mereka. Jadi
kita yang kemudianlah yang perlu menghurai semula.
Insya Allah
kita akan dapat merujuk kepada tulisan-tulisan para ulamak yang hidup di zaman
baru dan memperkenalkan Islam dengan penuh pengorbanan, dengan lisan, tulisan
dan tangan. Bahkan ada diantara mereka yang gugur syahid kerana tidak sanggup
menjual agama dengan harga yang murah.
Kekangan
berlaku ke atas para ulamak kerana penganut-penganut ideologi itu berkuasa di
negeri-negeri Islam dengan kesempatan yang diberi oleh musuh-musuh yang
menjajah negeri-negeri umat Islam. Para penjajah yang
menganut berbagai-bagai ideologi dan fahaman itu walaupun bermusuh dan
berperang sesama mereka, tetapi mereka bersatu menentang Islam dan penganutnya
yang bercita-cita menegakkan Islam sebagai Addin.
Penjajah
barat yang menganut fahaman liberalisma, kapitalisma, bersedia menyerah tanah
jajahan mereka kepada komunis atau sosialis jika mereka tidak berjaya menentang
golongan Islam seperti yang pernah berlaku di Yaman Selatan dan Algeria.
Begitu
juga penjajah yang menganut fahaman komunis bersedia menyerahkan tanah jajahan
mereka kepada golongan kapitalis kalau mereka tidak mampu menentang golongan
Islam seperti tawar-menawar yang berlaku di Afganistan sehingga
para mujahidin bersendirian kerana mereka mahukan sebuah negara Islam yang
mendaulatkan Islam sebagai Addin.
Penjajah
komunis dan penjajah barat yang berperang sesama mereka sanggup tawar-menawar
antara satu sama lain. Di Yaman Selatan masa penjajahan Inggeris apabila rakyat
Yaman Selatan bangkit menuntut kemerdekaan, Inggeris bila hendak berundur
sanggup serah kepada komunis memerintah Yaman Selatan walaupun bermusuh dengan
komunis asalkan jangan jatuh kepada golongan Islam.
Begitu juga
yang berlaku di Bosnia. Apabila rakyat Bosnia bangkit menuntut kemerdekaan
untuk mendaulatkan Islam lalu mereka membuat perjanjian yang dikendalikan oleh
general Daten, seorang general Amerika.
Dalam
perjanjian Daten ini mana-mana orang Arab yang duduk di Bosnia dan berjihad
bersama orang Bosnia hendaklah dihalau keluar. Dalam masa yang sama tidak
dibenarkan wujud kerajaan Islam.
Rusia
menyerang Afganistan apabila mereka melihat berlaku kebangkitan Islam di
Afganistan. Mujahidin menentang dan berjaya mengalahkan Rusia. Rusia mengundur
dan mujahidin mengambil alih pemerintahan Afganistan. Kemudian Amerika
mengambil alih pemerintahan bukan cara Islam. Mujahidin tetap melawan dan tidak
menyerah kalah kerana mereka faham.
Perkara ini
berlaku kerana mereka tidak mengizinkan Islam berdaulat.
Di
Palastin bila puak Hamas memerintah dengan Islam mereka tidak mengiktiraf
walaupun menang palihan raya dengan cara sah. Dirampas tebing barat. Apabila
Hamas menguasai Razaf, Razaf dikepung dan disekat segala kemudahannya termasuk
negara-negara Arab sendiri memberi kerjasama untuk menyekat kerana tidak mahu
wujud sebuah pemerintahan Islam.
Orang yang
memerintah hari ini pun karut, tidak mengikut syariat. Nama sahaja Arab tengak
bagaimana akhlak mereka.
Di Malaysia diwujudkan Islam Hadhari dan mendapat
kepujian Bush, presiden Amerika. Bush bercakap di Asutralia mengatakan Islam
Hadhari boleh diterima. Ini semua adalah tipuan-tipuan yang dilakukan oleh
musuh-musuh Islam.
Mereka
melakukan tipu daya dan menjadi masalah besar kepada umat Islam sehingga
membingungkan mereka.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment