Islam mengakui adanya perasaan kasih dalam diri seseorang itu kepada bangsa dan tanah airnya kerana Allah dan berusaha menyelamatkan keluarganya dengan Islam.
Islam
menyuruh kita kasih kepada kaum keluarga kita, kepada bangsa kita dan tanah air
kita kerana Allah dan menyelamatkan kelurga kita, bangsa dan tanah air kita
dengan Islam.
Allah
berfirman kepada Rasulullah SAW: “Berilah amaran kepada keluaga kamu yang hampir.”
as-Syuara ayat 214.
Ayat ini
adalah perintah Allah kepada nabi SAW supaya memulakan dakwahnya dengan
mengajak anak-beranaknya sendiri yang berada di Mekah supaya mereka ikut Islam.
Selamatkan diri dengan Islam.
Nabi
memanggil anak-beranaknya yang hampir dan menyampaikan ucapan yang terkenal.
Nabi menyebut:
“Sesungguhnya
kamu akan mati sebagaimana kamu tidur dan kamu akan dibangkitkan sebagaimana
kamu bangun daripada tidur.
Bila
Allah Ta’ala membangkitkan kamu aku tidak boleh tolong kamu melainkan kamu ikut
Islam.”
“Walaupun
kamu anak-beranak aku dan bapa saudara aku jika tidak masuk Islam aku tidak
boleh menolong kamu.”
Nabi
menyampaikan ucapan dan mengajak bapa-bapa saudaranya masuk Islam. Ada bapa saudara
nabi masuk Islam dan ada tidak masuk Islam tetapi sayang kepada nabi.
Abu Talib
dan Abas masa itu belum lagi masuk Islam tetapi memberi perlindungan kepada
nabi SAW.
Ada juga
bapa saudara yang melawan nabi iaitulah Abu Lahab. Abu Lahab, bapa saudara nabi
dan pengikut-pengikutnya lawan nabi. Abu Jahal pun waris nabi tetapi lawan
nabi.
Jadi nabi
SAW kasih kepada anak-beranaknya dengan Islam. Ini cara kasih kepada keluarga.
Rasulullah
SAW pernah bersabda pada hari kemenangan menawan Mekah apabila nabi membawa
bala tentera daripada sahabat setelah pemimpin-pemimpin Mekah melanggar
perjanjian Hudaibiah pada masa itu ketua besar di Mekah ialah Abu Sufian.
Abu Sufian
ialah mertua nabi SAW kerana Ummul mukminin Habibah RA ialah anak Abu Sufian.
Walaupun
ketua Mekah ayah mertuanya sendiri tetapi kerana tidak masuk Islam, nabi
memimpin bala tentera untuk menyerang Mekah, negerinya sendiri. Mengapa begini,
tidakkah derhaka kepada mertunya sendiri. Sebab mertuanya derhaka kepada tuhan.
Ini
menunjukkan Tuhan lebih daripada segala-galanya.
Nabi
menyerang Mekah tetapi Abu Sufian telah ditawan oleh tentera Islam semasa
keluar hendak mengintip. Abas mengambil Abu Sufian memuat atas kudanya membawa
kepada nabi SAW dan membujuk Abu Sufian masuk Islam. Abu Sufian masuk Islam dan
akhirnya Mekah menyerah kalah.
Tentera
Islam masuk menawan Mekah dan diisytiharkan perintah berkurung. Jika keluar
rumah ditangkap dan dibunuh atau ditawan. Ini bertujuan mewujudkan keamanan.
Diisytiharkan
barangsiapa yang masuk ke masjid aman, barangsiapa yang masuk ke rumah
masing-masing aman. Lalu Abas kata: “Sebut rumah Abu Sufian.”
Abu Sufian
baru masuk Islam, mualaf, bapa mertua nabi pun mualaf juga. Bila menyebut
rumahnya muga-muga kuat Islam Abu Sufian. Lalu diistiharkan barangsiapa yang
masuk rumah Abu Sufian aman.
Abu Sufian
berasa kembang hatinya kerana anggap dia pemimpin.
Kemudian
nabi bersabda:
“Demi Allah
sesungguhnya engkaulah wahai bumi Mekah sebaik-baik bumi Allah dan bumi Allah
yang paling Allah kasih kepadanya kalaulah tidak kerana kaumku mengeluarkanku
dari mu nescaya aku tidak keluar.”
Aku
menyerang kamu kerana kamu ditakluk oleh jahiliah. Aku mahu bebaskan kamu
daripada penjajah orang Arab sendiri yang jahiliah. Jahiliah adalah penjajah
dan selagi tidak dibebas dengan Islam maknanya dijajah.
Begitulah
negara kita ini walaupun penjajah Inggeris sudah balik, pemerintah diambil alih
oleh orang Melayu, tetapi penjajah juga, penjajah Melayu kerana cara
pemerintahan sama dengan penjajah Inggeris memerintah. Penjajahnya ialah orang
yang sebangsa dengan kita sebagaimana yang dihadapi oleh nabi SAW.
Selagi
Islam tidak berdaulat selama itulah kita dijajah dan kita kena berjuang supaya
Islam memerintah.
Tetapi Islam
melarang kasih sesuatu lebih daripada Allah, rasul dan Islam sehingga seseorang
itu menjadi melulu dan merendahkan kasih kepada Allah, rasul dan ajaran Islam
dan meletakkan kepentingan bangsa dan puak lebih daripada yang lain dengan
melampaui batas-batas Allah.
Bila
seseorang itu kasih kepada puaknya, kasih kepada anak-beranaknya sehingga tidak
sanggup berjihad untuk menegakkan Islam kerana yang memerintah orang Arab juga,
kerana yang memerintah orang Melayu juga. Tidak boleh berjihadlah kerana lawan
sama-sama Melayu.
Allah
berfirman surah Baraah ayat 24:
“Katakanlah
wahai Muhamad SAW sekiranya ayah-ayah kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara
kamu, isteri-isteri kamu, begitulah juga suami-suami kamu, kaum keluarga kamu,
harta-benda kamu yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu takut kerugian
dan
rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu kasih daripada
Allaah, rasul-Nya dan berjihad di jalan-Nya maka tunggulah sampai Allah
mendatangkan keputusan-Nya dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang
fasik (orang jahat).”
Maknanya
kalau kamu meninggalkan jihad kerana kasih kepada keluarga, kasih kepada harta
dan apa sahaja lalu meninggalkan jihad untuk menegakkan agama Allah kamu adalah
orang jahat (fasik). Tunggu keputusan Allah Ta’ala.
Allah Ta’ala
hukum kamu sama ada hukum di dunia atau hukum dua-dua sekali di dunia dan
akhirat.
Ini adalah
hukuman mereka yang tidak berjihad. Kadang-kadang dihukum atas dunia.
Allah
Ta’ala sebut, ”Jika sekiranya kamu tidak keluar berjuang untuk menegakkan agama
Allah, Allah Ta’ala azabkan kamu dengan azab yang pedih.
Kamu dihina
oleh orang macam-macam dan Allah menukarkan kaum yang lain daripada kamu untuk
menegakkah Islam.
Dan Islam
ditegakkan oleh Allah sebagaimana dijanji oleh Allah bukan kamu tetapi kaum
lain. Kamu menjadi kaum yang hina dan merasai azab yang pedih.”
Azab yang
pedih termasuklah barang-barang mahal, dizalimi, penyakit, dijajah oleh orang,
diperhamba dan dipermainkan oleh orang. Bila Jepun datang orang Melayu
berperang dengan Jepun, yang selamat orang putih. Ini bermakna hina.
Kita
berjuang bukan mempertahankan pihak kita sendiri tetapi mempertahankan pihak
orang lain.
Orang lain
berjuang bagi pihak dia sendiri. Ini tidak berjuang jadi hamba orang, berperang
jadi hamba orang, berniaga jadi hamba orang dan bekerja jadi hamba orang. Ini
seksa di atas dunia kerana tidak berjihad untuk menegak agama Allah Ta’ala.
Firman Allah
Ta’ala surah al-Mujadalah ayat 22:
“Kamu tidak
akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat itu
saling berkasih sayang kepada orang yang menentang Allah dan rasul-Nya walaupun
orang-orang itu bapa-bapa atau anak saudara atau keluarga mereka,
mereka
itulah yang Allah tetapkan keimanan ke dalam hati-hati mereka dan menguatkan
mereka dengan pertolongan yang datang daripadanya dan dimasukkan mereka ke
dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya.
Allah
reda kepada mereka dan mereka pula reda kepada Allah, mereka itulah golongan
Allah, ketahuilah sesungguhnya golongan Allah itulah yang pasti mendapat
kemenangan.”
Ayat ini
menyatakan bahawa diantara mereka ialah sahabat-sahabat nabi SAW yang menjadi
pengikut nabi bila anak-beranak mereka sendiri walaupun ayah, adik-beradik atau
siapa sahaja menentang Allah dan rasul-Nya mereka menolak anak-beranak mereka
dan bersama dengan Allah dan rasul.
Ayat
ini diturunkan bersama dengan peperangan Badar apabila Saidina Abu Bakar dan
nabi bersama tentera Islam. Abu Lahab dan Abu Jahal di sebelah tentera
musyrikin. Abu Bakar bersama tentera Islam, anaknya bersama tentera musyrikin.
Ini dia peperangan Badar.
Saidina
Ali bersama dengan nabi SAW tetapi Okeh, abangnya bersama dengan tentera
musyrikin. Abu Ubaidah Amir bin Jarrak bersama dengan tentera Islam tetapi
ayahnya Jarrak bersama dengan tentera musyrikin.
Bagaimana
hendak berperang dengan sesama anak beranak. Ini adalah ujian yang dahsyat
apabila Abu Jahal dan pengikut-pengikutnya memilih perang. Sebelum berperang
ada mukaddimahnya iaitu berlawan sama seorang dahulu.
Abu Jahal
menampilkan Utbah, Saibah bin Rajiah dan seorang lagi di kalangan pahlawan
musyrikin untuk berlawan tiga sama tiga.
Nabi memilih
tiga orang daripada sahabat ansar tampir ke hadapan. Ini membuktikan sahabat
ansar sanggup mati.
Tetapi Abu
Jahal kata kami tidak mahu orang ansar, kami hendak anak-beranak. Padahal
dialah yang kata nabi memutus silaturrahim.
Lalu nabi
kata Hamzah bapa saudaranya, Ali menantunya dan Ubaidah sepupunya tampil ke
hadapan. Nabi memilih waris terdekat untuk berlawan.
Maka
berlakulah peperangan yang terkenal. Ini adalah ujian termasuklah juga
pembukaan Mekah. Nabi menawan Mekah walaupun yang memerintah anak-beranak.
Dalam
menghadapi golongan munafik di Madinah, Abdullah bin Ubai berkata orang yang
mulia akan mengeluarkan orang hina. Orang yang hina ialah nabi Muhamad SAW dan
sahabat-sahabatnya yang balik daripada peperangan Ahzab, peperangan melawan
musyrikin.
Bila dia
balik dari peperangan Ahzab mereka akan lemah. “Orang mulia akan menghalau
Muhamad dan pengikut-pengikutnya daripada Madinah.” Kata Abdullah bin Ubai,
pemimpin munafik.
Padahal
lepas peperangan Badar dia sembahyang di sof pertama. Bila nabi datang hendak
masuk masjid dia memberitahu kepada orang ramai: “Rasulullah sampai dah.”
Seolah-olah dia yang paling kuat sekali Islam. Ini kepala munafik.
Tiba-tiba
bila melihat Islam lemah Allah mendedahkan cakap-cakapnya: “orang yang mulia
akan mengeluarkan orang hina” Allah Ta’ala menurunkan ayat mengenai Abdullah
bin Ubai.
Lalu anaknya
meminta izin dengan Rasulullah untuk memancung lehir ayahnya yang munafik itu
dan dia akan mempersembahkan kepala ayahnya kepada Rasulullah SAW.
Tetapi nabi
tidak mengizinkan kerana mengelak fitnah orang mengatakan Rasulullah membunuh
sahabatnya.
Disebut
dalam Quran, ayah tetap ayah tetapi hati orang beriman tetap meletakkan Allah
dan rasul mengatasi ayah, ibu dan segala-galanya.
Di zaman
mutakhir dalam peperangan Hizbullah di Lubnan dengan Israil di mana Israil
menggunakan orang Arab dan orang Lubnan menjadi prisip.
Ada diantara
keluarga yang menangkap anak beranak dia yang didapati mengadakan hubungan
wireless dengan Israil untuk memberi maklumat rahsia-rahsia Hizbullah dalam perang yang
berlaku di Lubnan.
Maka
keluarga sanggup menangkap anak beranak dia dan menyerah kepada pimpinan
Hizbullah untuk menjatuhkan hukuman bunuh kerana membocor rahsia peperangan
pada masa itu.
Oleh kerana
itulah Allah Ta’ala memberi pertolongan kerana adanya orang-orang yang semacam
ini, orang yang disebut dalam ayat ini:
“Engkau
tidak akan dapati orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan rasul-Nya
memberi kasih sayang kepada orang yang menentang Allah dan rasul-Nya walaupun
orang yang menentang Allah dan rasul itu keluarga, anak-beranak dan sahabat handainya.”
Demikianlah
hubungan dari segi aqidah Islamiah mengatasi hubungan yang lain termasuk
hubungan keluarga dan keturunan.
Begitu juga
hubungan bangsa bahkan al-Quranul Karim melarang Rasulullah SAW dan orang-orang
muslimin BERISTIGHFAR untuk orang-orang musyrikin walaupun mereka dari kalangan
kaum keluarga. Itu serah kepada Allah Ta’ala.
Mengikut
satu riwayat termasuk ayah dan ibu nabi SAW. Nabi tidak boleh membuat apa-apa.
Itu terserah kepada Allah Ta’ala.
Ahli fitrah
ada hukuman yang khusus daripada Allah Ta’ala. Kalau mereka tidak sampai seru
maka mereka diselamatkan oleh Allah. Kalau mereka sampai seru tetapi tidak
beriman juga mereka dihukum Allah Ta’ala.
Allah
menyatakan kisah nabi Nuh AS yang kasihkan anaknya kerana ditenggelami air
taufan tetapi Allah tidak mengizinkan untuk beristighfar kepadanya.
Nabi Nuh AS
yang melihat anaknya ditenggelami oleh golombang ketika berlakunya taufan, nabi
Nuh mengajak anaknya naik ke atas bahtera tetapi ditolak oleh anaknya.
Dia
hendak ke bukit tidak mahu ikut ayahnya. Akhirnya anaknya tenggelam, nabi Nuh
sedih dan hendak beristighfar kepada Allah Ta’ala, tetapi dilarang oleh Allah
Ta’ala kerana dia bukan daripada puak kamu lagi walaupun dia anak kamu.
Bagitu
juga kisah nabi Ibrahim AS dengan ayahnya yang tidak beriman. Nabi Ibrahim
beristighfar untuk ayahnya tetapi Allah Ta’ala tidak menerima istighfarnya
walaupun istighfar seorang rasul ulul azmi yang dikasihi oleh Allah. Tetapi
istighfar untuk ayah yang syirik tidak diterima oleh Allah Ta’ala.
Ini
menunjukkan betapa kasih melalui hubungan keluarga tidak boleh menjadi asas
untuk keselamatan dunia dan akhirat sekiranya tidak diletakkan di atas yang
sebenarnya menjadi dasar iaitu Islam dan beriman kepada seluruh ajarannya.
Islam dan
ajarannya merupakan perkara yang sangat penting yang kita perlu faham
betul-betul. Islam mewajibkan kita hormat kepada ibu-bapa walaupun dia kafir,
hormat kepada kawan yang baik walaupun dia kafir.
Tetapi tidak
boleh tukar antara Allah, rasul dan agama dengan sesiapa sahaja walaupun dengan
ibu-bapa dan lain-lain.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment