Berdasarkan sebuah hadis:
Nabi SAW telah ditanya oleh para
sahabat:
“Apakah amal yang
paling lebih sekali?”
Nabi SAW menjawab:
“Berjihad fi
sabilillah. Adakah kamu boleh sembahyang tanpa tidur langsung? Adakah kamu
boleh berpuasa selama-lamanya tanpa berbuka langsung?”
Jawab para sahabat: “Tidak mampu”
Nabi SAW berkata:
“Itulah kelebihan berjuang kepada
jalan Allah.”
Dalam masa keluar
berjuang mereka diberi kelebihan oleh Allah Ta’ala sepanjang masa walaupun dia
tidur dan dia jaga adalah beribadat kepada Allah Ta’ala.
Imam Tarmizi meriwayatkan:
Seorang sahabat yang musafir di
padang pasir bertemu dengan satu cerung yang air deras dan jernih di musim
kemarau. Dia berfikir alangkah baiknya jika aku membawa anak isteri aku ke sini
beribadat, bercucuk tanam dan memelihara binatang. Tidak perlu bergaul dengan
orang tetapi aku mesti tanya nabi SAW terlebih dahulu.
Dia balik ke Madinah bertemu dan
bertanya nabi SAW.
Nabi SAW bersabda:
“Jangan pergi ke situ.
Sesungguhnya kamu berada di sini satu hari, bergaul dengan orang ramai
menghadapi dan melawan kemungkaran, berjihad menentang musuh Islam lebih baik daripada
berada di tempat itu selama 70 tahun.”
Duduk bergaul dengan orang satu
hari lebih baik daripada beruzlah selama tujuh puluh tahun.
Mengapa begitu sekali
kelebihannya?
Mereka berjuang untuk
menegak Islam dapat menyelamatkan generasi yang akan datang. Bila Islam
dipelihara kerana perjuangannya zuriat di masa akan datang terpelihara dengan
sebab dia memelihara agama Islam.
Maka yang terpelihara dengan
sebab dia berjuang, pahala sampai kepadanya walaupun dia meninggal dunia.
Orang yang paling lekeh (lemah)
dalam perjuangan Islam disebut oleh nabi SAW (Hadis riwayat Bukhari):
“Celaka orang menyembah duit
dinar, celaka orang yang menyembah duit derham, celaka orang yang menyembah
tembolotnya yang kosong, kalau diberi dia redha, kalau tidak diberi dia marah.”
Orang yang semacam ini nabi kata
celaka dan terlingkup hidupnya kerana memikir diri sahaja, kenyang perutnya
sahaja, tidak mengira agama dan umatnya
“Kebaikan dalam syurga
kepada sesiapa yang mengambil tali ke jalan Allah yang berjuang sehingga kusut
masai rambutnya, penuh selut dikakinya, kalau ditugaskan menjaga keselamatan
dia menjaga keselamatan, kalau ditugaskan duduk di barisan belakang, barisan
belakang juga dia,
jika hendak bertemu
dengan ketua orang tidak memberi keizinan kerana dia orang terlalu lekeh, kalau
dia minta tolong orang tidak tolong kerana orang tidak kenal dia maka dia
memboleh kebaikan pohon kayu dalam syurga”
Inilah kelebihan orang yang
berjihad dan tidak ada pada orang yang tidak berjihad. Orang yang berjihad
ialah orang yang dipilih oleh Allah Ta’ala sahaja.
Firman Allah Ta’ala:
“Wahai orang-orang beriman adakah
kamu suka bahawa aku tunjukkan kepada kamu satu perniagaan yang membebaskan
kamu daripada azab api neraka pada hari kiamat, modal perniagaan itu kamu
beriman kepada Allah dan rasul dan kamu berjihad pada jalan Allah dan
bersungguh untuk memenang agama Allah,
keuntungannya Allah
Ta’ala mengampunkan dosa kamu dan Allah Ta’ala memasukkan kamu ke dalam syurga
yang mengalir di bawahnya sungai-sungai dan diberi kepada kamu tempat tinggal
yang baik dalam syurga Adan, itulah kemenangan yang paling besar.”
Berilah berita gembira kepada
orang-orang beriman.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment