1. Suatu kisah
yang diceritakan dalam tazkirah di Masjid Sultan Zainal Abidin Kuala
Terengganu.
2. Seorang lelaki
melalui sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi.
Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah
kubur, dan terus menjulang ke langit.
3. Terpegun dan
kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur
seseorang yang sangat istimewa. Sama ada ia seorang wali Allah atau ulama atau
orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi Allah.
4. Diambilnya
sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu. Keesokan harinya
lelaki itu datang lagi kekawasan perkuburan itu dengan ditemani beberapa orang
kampung.
5. Beliau ingin
menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu.
6. Untuk
mengetahui dengan lebih lanjut, lelaki itu berkunjung ke rumah si mati dan
bertemu dengan isteri si mati lalu menceritakan keajaiban yang dilihat
diperkuburan suaminya
.
7. Anihnya isteri
si mati terkejut dan kehairanan. Dia sangat mengenal suaminya. Suaminya bukan
siapa-siapa. Suaminya seorang petani biasa saja.
8. Bukan seorang
alim, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, apa lagi bukan imam, bukan
muazzin, bukan guru al-Quran. Malah suaminya tidak pandai membaca Quran dan dia
tidak pernah mendengar suaminya membaca Quran.
9. Akhirnya lelaki
itu bertanya apakah perkara-perkara anih yang si mati selalu lakukan dalam
kehidupan sehari-harinya.
10. Akhirnya
isteri si mati teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh si mati,
setiap kali sebelum tidur pada setiap malam suaminya akan mengambil wudhu,
kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya al-Qur'an di atas rak, lalu
dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.
11. Ia akan duduk
dan membelek al-Qur'an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca,
sedangkan ia seorang yang buta al-Qur’an. Dia akan meraba-raba ayat-ayat Qur’an
itu dengan tangannya, seolah-olah sedang menyentuh dan membelai sesuatu yang
sangat dikasihi.
12. Tambah isteri
simati lagi, ia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang
sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.
“Tuhanku!
Ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah-kalimahmu ini. Janganlah
engkau hukum aku di atas kebodohanku ini ya Allah.”
“Wahai Qalam
Allah, maafkan kesalahan ku. Aku tidak mampu membaca kalimah-kalimah-Mu. Aku
tidak dapat bersahabat dengan Mu. Aku tidak dapat memahami Mu. Tapi aku sangat
mengasihi Mu. Aku sangat mencintai-Mu.“
“Wahai Kalamullah,
janganlah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku di hadapan Allah di
akhirat nanti”.
13. Lelaki itu
meminta untuk melihat al-Quran kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat
mengharukan apabila ia melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh,
helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada bekas-bekas
air mata di kertasnya, tanda seseorang sering menangis berjurai air matanya
tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.
14. Pastinya
lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan ruh
al-Qur’an. Dia sangat mengasihi kalimah-kalimah Allah itu dengan sesungguhnya.
Bererti ia mengasihi Allah dengan seluruh jiwa dan raganya.
15. Marilah kita
menghidupkan al-Quran di dalam masjid kita, didalam rumah kita, di dalam diri
kita, setiap masa dan ruangkan masa setiap hari untuk membaca dan fahami
isi-isinya.
Share kan cerita ini supaya kebaikan daripadanya dapat dimanfaat kepada kita semua.
Share kan cerita ini supaya kebaikan daripadanya dapat dimanfaat kepada kita semua.
Jom kempen baca
Quran dengann bertajwid. Memuliakan Quran sahaja sudah mendapat syafaat inikan
pula kita belajar baca dengan betul dan mengamalkannya. Subhanallah!
No comments:
Post a Comment