Berikut
adalah tips dari Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani untuk sentiasa bersangka baik
sesama insan.
Jika
engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu.
Ucapkan dalam hatimu :
Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin
kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".
Jika
bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepada-Nya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepada-Nya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..
Jika
bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."
Jika
bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan ku perolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah ku capai, mengetahui apa yang tidak ku ketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepada-Nya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.
Pendek
kata, konsep sangka baik ialah tidak memandang diri lebih baik, lebih bagus,
lebih afdhal dan lebih tinggi dari sesiapa pun kerana kita tidak mengetahui
benar-benar dari Loh Mahfuz adakah kita akan meninggal dengan husnul khatimah
atau su'ul khatimah.
Tidak
rugi kita bersangka baik terhadap insan daripada kita kerana bersangka buruk
yang boleh mendatangkan dosa. Jika ternampak sesuatu yang boleh membawa kita
bersangka buruk kepada manusia lain maka carilah 70 alasan untuk kita terkeluar
dari sangkaan buruk tersebut agar kita dapat bersangka baik dengannya.
Seseorang
yang bersangka baik, dia tetap benar di sisi Allah walau sangkaannya itu
tersalah namun seseorang yang bersangka buruk akan tetap salah di sisi Allah walau
sangkaannya itu tepat dan benar.
Satu-satunya
yang kita boleh bersangka buruk ialah nafsu kita sendiri. Carilah
aib dan kekurangan diri sendiri, jika kita sibuk dengan keaiban kita
masing-masing nescaya kita tidak akan ada masa untuk mengintai dan memperkatakan
keaiban orang lain.
Semoga
kita diberi sifat mata lebah yang sentiasa melihat dan mencari kebaikan
bunga dimana-mana dan bukan bagaikan mata lalat yang sentiasa memandang
dan mencari kotoran dan najis di serata tempat.
No comments:
Post a Comment