Mengikut hadis Hasan dari Abi Sa’labah Alkhusani, sabda Rasulullah
SAW bermaksud, “Sesungguhnya Allah telah mewajibkan kamu perkara-perkara yang
diwajibkan, janganlah kamu mensia-siakannya dan menetapkan kamu batas-batas
sempadan dan janganlah kamu melapauinya dan mengharamkan perkara-perkara
tertentu maka janganlah kamu melanggarnya dan Dia diam dalam perkara-perkara
yang banyak kerana rahmat-Nya kepada kamu, bukan lupa, maka jangan kamu bahas
berkenaan dengannya”.
Hadis ini menunjukkan jelasnya agama Islam. Antaranya ialah
perkara yang diwajibkan. Wajib bermakna mengerjakannya mendapat pahla dan
meninggalkannya berdosa dan hudud (sempadan-sempadan Allah).
Antaranya dalam bab sembahyang. Sembahyang Zohor, Asyar dan Isya
empat rakaat, sembahyang Subuh dua rakaat dan sembahyang maghrib tiga rakaat.
Masa musafir sembahyang empat rakaat boleh diqasar (dipendekkan menjadi dua
rakaat). Itu adalah ketetapan daripada Allah Ta’ala.
Puasa Ramadan hanya dalam bulan Ramadan. Nabi kata kena tengak
anak bulan. Kalau tidak nampak anak bulan cukupkan Sa’aban tiga puluh hari.
Puasa sebanyak 29 hari jika nampak anak bulan. Kalau tidak nampak anak bulan
puasa 30 hari. Haram puasa hari raya. Ada ulamak mengatakan hisab dibolehkan.
Haji hanya dilakukan di Mekah dan mesti dalam bulan Zulhijah.
Tidak boleh dibuat di tempat lain dan bulan lain daripada Zulhijah.
Mereka yang melakukan kesalahan jenayah dikenakan hukum hudud.
Hukum hudud Allah Ta’ala yang menetapkannya dan ada enam perkara yang Allah
Ta’ala tetapkan yang tidak ada khilaf dikalangan ulamak:
1. Murtad
2. Mencuri
3 Merompak
4. Berzina
5. Qazaf (menuduh orang berzina)
6. Minum arak.
Ada pun qadar sembahyang misalnya,
terdapat khilaf ulamak. Berapa banyak barang dicuri boleh dibahaskan.
Macam mana hendak menyelesaikan masalah saksi boleh dibahaskan. Bagaimana
keadaan orang yang mencuri boleh dibahaskan.
Nabi berkata, “Hukuman hudud tidak boleh dijatuhkan kalau ada
subhat”.
Ada ulamak mengatakan orang kafir boleh dikenakan hukuman hudud.
Ada ulamak mengatakan orang kafir tidak kena hudud, kena undang-undang lain.
Hal ini boleh dibahaskan kerana khilaf di kalangan ulamak.
Tetapi hukum hudud tidak boleh dibatalkan. Membatalkan hukum hudud
samalah membatalkan sembahyang. Hukuman hudud tidak boleh dibatalkan dan
sembahyang, puasa Ramadan dan lain-lain yang wajib tidak boleh dibatalkan.
Allah Ta’ala mengizinkan peperangan. Bila orang kafir menyerang
kita, kita boleh menyerang balas. Tetapi tidak boleh melampaui batas.
Firman Allah Ta’ala bermaksud, “Perangilah pada jalan Allah akan
orang-orang yang memerangi kamu dan jangan kamu melampaui batas, sesungguhnya
Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas”.
Nabi mengatakan tidak boleh membunuh paderi, tidak boleh membunuh
Sami, tidak boleh membunuh utusan musuh, termasuk utusan itu ialah duta-duta.
Ini adalah hukum syarak. Kalau sembahyang ada fikah, peperangan pun ada fikah
juga.
Nabi pernah menerima utusan daripada Musailaimatul Khazzab.
Musailaimatul Khazzab ialah seorang yang mengaku menjadi nabi juga ketika nabi
SAW masih hidup lagi. Dia hantar utusan ke nabi dengan menulis surat yang
berbunyi:
Daripada Musailamah Rasulullah
Kepada Muhamad Rasulullah
Mari kita membahagi dunia ini. Separuh untuk kamu dan separuh lagi
untuk aku. Tetapi kamu adalah puak-puak yang tamak.
Nabi bertanya kepada utusan itu, “Kamu bagaimana! Kamu ikut dia”
“Ikut Dia”, jawab utusan itu.
Sedangkan dia sudah masuk Islam tetapi mengikut Musailaimatul
Khazzab. Dari segi hukum syarak ‘bunuh’ kerana murtad.
“Oleh kerana utusan tidak boleh dibunuh maka aku tidak membunuh
kamu”, kata nabi SAW.
Ini hukum
syarak, tidak boleh membunuh utusan walaupun daripada musuh. Semua perkara ini
dibincang dalam kitab-kita fikah. Itulah adalah hudud (sempadan-sempadan) yang
ditetapkan oleh Allah Ta’ala.
Hukum
jenayah ada sempadannya, hukum peperangan ada sempadannya. Kawasan awam tidak
boleh diserang, tidak boleh menyerang tangki air awam, tidak boleh membubuh
racun dalam tangki air awam, kecuali kalau menghalang operasi tentera. Tangki
air yang dimusnahkan diwajibkan menggantinya semula.
Allah Ta’ala
mengharamkan beberapa perkara. Jangan kamu membuat perkara haram itu. Allah
Ta’ala diamkan dalam banyak perkara.
Daging babi
haram, bangkai haram, dalam mazhab Syafie anjing haram kerana nabi SAW kata
bila anjing menjilat kena samak menandakan anjing itu najis. Binatang yang
memakan daging, haram seperti harimau, binatang yang dagingnya keji seperti
gajah haram dimakan walaupun gajah memakan daun kayu.
Bilangan
yang diharamkan tidak banyak tetapi yang halal terlalu banyak.
Janganlah
menyoal mengapa haram. Terimalah hukum Allah Ta’ala. Apa yang diharamkan akan
mendatang mudarat dan yang halal memberi munafaat.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment