Sekiranya orang Islam kembali
kepada Quran dan hadis, sebagaimana yang disebut oleh Allah Ta’ala, “Dan jika
sekiranya kamu bertelingkah dalam sesuatu perkara maka kembalilah kepada Allah
(Quran) dan Rasulullah SAW (hadis) jika sekiranya kamu benar-benar beriman
kepada Allah dan hari akhirat”
Orang Islam tidak boleh berpecah
dalam perkara asas iaitu perkara pokok yakni perkara yang ada nas yang sahih
dalam al-Quranul Karim seperti rukun iman enam perkara, hukum Islam lima
perkara, nas-nas yang mewajibkan sembahyang lima waktu, yang mewajib puasa
Ramadan, Haji ke Baitillahil Haram, zakat, nas-nas yang mengharamkan arak,
judi, zina, riba dan lain-lain. Termasuk juga nas-nas yang mewajibkan hukum
hudud, qisas dan ta’zir yang nyata dalam Quran, orang Islam tidak boleh
bertelingkah.
Orang Islam boleh bertelingkah
dalam perkara cabang. Mazhab (Shafie, Hambali, Maliki dan Hanafi) tidak khilaf
dalam perkara asas.
Mereka khilaf dalam perkara
cabang seperti:
1. Qunut sembahyang.
2. Perkara membatalkan air sembahyang
apabila bersentuh dengan perempuan yang sah kahwin.
3. Sembahyang fardu di awal waktu
lebih afdal atau sembahyang di akhir waktu kerana menunggu sembahyang jamaah
lebih afdal.
4. Dalam perkara hudud, pencuri
mesti dipotong tangan tidak ada khilaf. Mereka khilaf berapa banyak barang yang
dicuri.
Antara Sunni dan Syiah tidak ada
khilaf dalam perkara asas. Mereka hanya khilaf dalam kelayakan menjadi
khalifah. Orang Sunni mengatakan Abu Bakar, kemudian Omar, kemudian Othman dan
keempat ialah Ali. Orang Syiah mengatakan Ali lebih layak menjadi khalifah.
Ulama-ulama yang muktabar dan
menjadi pemimpin Islam berguru di antara satu sama lain.
Imam Malik belajar dengan anak
murid Abu Hanifah. Imam Shafie berguru dengan Imam Malik. Imam Ahmad bin Hambal
(Hambali) berguru dengan Imam Shafie. Imam Daud Azzahiri berguru dengan ulama
Syafie, Maliki dan lain-lain. Imam Abu Hanifah berguru dengan Imam Jaafar Assodik,
imam mazhab Syiah.
Apa yang berlaku seperti di Iraq
sampai bunuh membunuh, di India bergaduh antara Shafie dengan Hanafi adalah
disebabkan terpengaruh dengan golongan Yahudi ahli Kitab dan mereka cetek ilmu
agama Islam.
Di zaman mutakhir di kalangan
mazhab Syiah ada yang mengkafirkan Abu Bakar, Omar dan Othman pada hal Imam Abu
Bakar Assodik (imam mazhab Syiah) adalah cicik kepada Abu Bakar RA.
KULIAH TAFSIR YT
No comments:
Post a Comment