Firman Allah Ta’ala surah
an-Nisa’ ayat 128:
Dan jika seorang
perempuan bimbang akan timbul dari suaminya "nusyuz" (derhaka), atau
tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka (suami isteri) membuat
perdamaian di antara mereka berdua (secara yang sebaik-baiknya), kerana
perdamaian itu lebih baik (bagi mereka daripada bercerai-berai); sedang sifat
bakhil kedekut (tidak suka memberi atau bertolak ansur) itu memang tabiat
semula jadi yang ada pada manusia. Dan jika kamu berlaku baik (dalam
pergaulan), dan mencegah diri (daripada melakukan kezaliman), maka sesungguhnya
Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya akan apa yang kamu lakukan.
Tafsiran:
Mengikut ulama
sebab turun ayat 128 surah an-Nisa ialah berkait dengan salah seorang isteri
nabi SAW bernama Saudah binti Zumrah RA yang paling berumur di kalangan isteri-isteri
nabi SAW.
Diriwayatkan
seolah-seolah dia terasa dia akan diceraikan oleh nabi SAW. Mungkin dia sudah
tua dan tidak boleh melayani hidup nabi dari sudut nafsu dan sebagainya. Jadi
timbul perasaan seolah-olah nabi hendak menceraikannya dan mengikut ulama nabi
tidak ada niat pun hendak menceraikanya.
Oleh kerana begitu
perasaannya dia pernah berkata kepada Rasulullah SAW, “Ambillah giliran saya
dan berikan kepada Aisyah RA”. Di sini timbulnya nusyuz. Ini tidak bermakna
Saudah itu derhaka atau pun tidak. Kiranya berlaku nusyuz ada jalan
penyelesaiannya.
Dalam ayat itu ada
menyatakan perdamaian itu adalah satu kebaikan. Nusyuz boleh berlaku kepada
kedua-dua belah pihak. Jika nusyuz berlaku kepada suami maka isterilah
mengambil jalan perdamaian. Begitulah sebaliknya. Perdamaian itu mestilah
berlaku dalam kerangka yang diizinkan oleh agama.
Kesmipulannya ayat
itu lebih memberatakan kepada perdamaian dan pembinaan semula rumah tangga
daripada berlakunya percerain.
Berdasarkan kepada
ayat al-Quran surah an-Nisa ayat 128, nusyuz bukan sahaja berlaku kepada isteri
bahkan suami pun boleh nusyuz. Selama ini orang dengar sebelah sahaja, isteri
sahajalah yang nusyuz.
Nusyuz daripada
bahasa Arab yang bermakna sikap tidak patuh salah seorang daripada suami atau
isteri atau yang diistilahkan sebagai perubahan sikap suami atau isteri yang
jika dibiarkan boleh membawa kepada derhaka. Lawan kepada nusyuz ialah taat.
Jadi secara
ringkas boleh dikatakan bahawa nusyuz merujuk kepada pasangan yang meninggalkan
tanggungjawab masing-masing. Sama ada isteri kalau meninggalkan
tanggungjawabnya maka disebut sebagqai nusyuz atau suami juga kalau
meninggalkan tanggungjawabnya boleh juga ditakrifkan sebagai nusyuz.
Hadis nabi SAW
daripada Muaz bin Jabbal yang diriwayatkan oleh Tarmizi bermaksud, “Janganlah
wanita itu menyakiti suaminya di dunia kerana isterinya daripada
bidadari-bidadari disyurga berkata, “Janganlah engkau menyakiti dia nanti
engkau diperangi oleh Allah sesungguhnya dia yakni adalah sementara kepada
kamu, mungkin dia akan berpisah dengan engkau lalu datang kepada kami. Sesungghnya
para isteri sering berharap untuk dapat bersama suami tercinta di dunia
mahupun di akhirat namun hakikatnya melayari bahtera rumah tangga bukanlah
sesuatu yang mudah tanpa pegangan iman yang kukuh kepada dua-dua pihak.
Sebenarnya nusyuz
boleh dibahagi kepada dua, iaitu nusyuz kepada pihak isteri dan nusyuz kepada
pihak suami.
Nusyuz kepada
isteri boleh jadi suami sudah menyediakan rumah tetapi dia tidak hendak duduk,
keluar rumah tanpa keizinan suami, marah kepada suami dan terus balik ke rumah
emak dan sebagainya. Ini perkara-perkara yang boleh membawa kepada nusyuz
isteri.
Nusyuz suami pula
apabila suami mengabaikan tanggungjawab memberi nafkah, suami yang tidak
memberi perlindungan kepada isteri dan anak-anak, suami mengabaikan dari segi
kesihatan dan sebagainya.
Dalam rumah tangga
mesti ada cabaran dan cabaran tidak mesti berakhir dengan perceraian. Suami
bertanggungjawab menjaga hati isteri, menjaga hubungan kelamin dengan baik dan
menjaga keharmonian rumah tangga supaya dia menjadi seorang suami yang boleh
dihormati, disegani dan ditakuti.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment