Sebelum berlaku peperangan
kedua-dua pihak berdoa. Nabi berdoa dengan doa yang masyhur dan Abu Jahal juga
berdoa dengan doa yang masyhur.
Sama-sama sembahyang hajat. Nabi
sembahyang hajat dan mereka yang melawan nabi pun sembahyang hajat.
Apakah doa Abu Jahal?
“Ya Allah ya tuhanku inilah dia
orang yang membawa ajaran sesat, ajaran salah, yang menyebabkan anak-beranak
menjadi bermusuh, dengan sebab dialah anak-beranak menjadi berpecah-belah, maka
binasalah dia pada pagi ini”.
Bagaimana doa nabi:
“Ya Allah ya tuhanku sekiranya Engkau
binasakan pasukan yang kecil ini tidak ada lagi orang menyembah-Mu wahai
tuhanku”
Saidina Omar kasihan melihat cara
nabi berdoa. Nabi berdoa dengan bersungguh-sungguh, mengangkat tinggi kedua-dua
tangannya sehingga jatuh kain serbannya dan ternampak putih ketiaknya.
Abu Hassan Ali Annadawi RA,
seorang ulama India menulis dalam kitabnya, Sirah Nabawiah kenapa nabi tidak
berdoa “Ya Allah ya tuhanku kalau kalah peperangan ini habislah anak isteri aku
ditawan oleh musuh, kalau kalah habislah negeri aku dijajah oleh musuh”.
Ini menunjukkan bahawa matlamat
penting dalam perjuangan Islam ialah mengabdikan diri kepada Allah Ta’ala.
Tanah air, keluarga dan bangsa adalah perkara sampingan sahaja. Asasnya
mengabdikan diri kepada Allah Ta’ala.
Perjuangan kita berlainan
daripada perjuangan orang lain. Perjuangan orang lain ialah bangsa, negara,
tanah air, perjuangan kita ialah mengabdikan diri kepada Allah Ta’ala.
Inilah perbezaan antara
perjuangan Islam dengan perjuangan jahiliah.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment