Peperangan Ahzab ialah peperangan
dengan tentera bersekutu kerana pemimpin-pemimpin Yahudi Madinah, golongan ahli
kitab (golongan yang tahu kitab iaitu orang-orang Yahudi dan Kristian) yang
tahu mengenai nabi SAW melawan nabi.
Zaman sekarang pun, ada golongan
yang mengetahui kitab tetapi melawan Islam.
Mengapa tercetusnya peperangan
Ahzab ini?
Golongan ahli kitab ini pergi ke
Mekah menemui pemimpin-pemimpin Mekah memberi semangat supaya memanggil
kabilah-kabilah Arab seramai-ramainya untuk menghancurkan Islam.
Pemimpin Mekah bertanya ahli
kitab, “Wahai ahli kitab, oleh kerana kamu mengetahui tentang kitab, sebelum
bertindak kami hendak bertanya kamu, antara kami yang bermusuh dengan Muhamad
siapa yang betul?”
Ahli kitab yang mengetahui kitab
dan mengenal nabi Muhamad itu menjawab, “Kamulah yang betul dan Muhamad sesat”.
Selepas mendengar cakap ahli
kitab (orang alim) pemimpin Mekah bertambah semangat. Dengan semangat yang
berkubar-kubar itu mereka berjaya mengumpulkan kumpulan bersekutu yang dikenali
dengan Ahzab yang berjumlah sepuluh ribu orang, lebih ramai daripada
orang Islam yang ada di Madinah masa itu.
Nabi mendapat maklumat musuh yang
terlalu ramai bukan sahaja dari Mekah tetapi kabilah-kabilah di sekeliling
Madinah yang kafir bersatu untuk menyerang Madinah. Nabi bermesyuarat dengan
sahabatnya bagaimana hendak bertindak, musuh terlalu ramai hendak menyerang.
Lalu Salman al-Farisi, seorang
sahabat dari Farsi (Iran) mencadangkan, “Wahai Rasulullah, orang Farsi bila
hendak berdepan musuh yang besar jumlahnya mereka membuat kubu dengan
menggali parit mana-mana kawasan yang musuh boleh masuk. Parit yang
lebarnya tidak boleh dilompat oleh kuda dan kita berkubu di sebalik parit ini.
Jadi musuh tidak boleh masuk. Mana-mana tempat yang ada bukit kita mengawal
bukit itu”.
Nabi bersetuju cadangan Salman
al-Farisi ini.
Kerja gotong royong dilaksanakan.
Dalam masa yang cepat kerana dibahagi kerja menggali parit mengikut kampung dan
keluarga, mereka berjaya menggali parit pertahanan yang panjangnya lebih
daripada 10 kilometer.
Bila tentera Ahzab datang untuk
menyerang, mereka tercengang melihat parit dan mereka tidak boleh hendak masuk.
Nabi bertahan di sebalik parit ini selama sebulan.
Ini menjadi ujian dan orang
munafik menunjukkan sifat munafiknya. Mereka yang lemah imannya menjadi kurang
semangat.
Firman Allah Ta’ala, “Bila
musuh datang dari atas, bawah dan dari keliling, di sana orang-orang beriman
diuji dengan ujian sehebat-hebatnya”.
Orang Yahudi yang ada perjanjian
dengan orang Islam hendak khianat perjanjian. Orang Yahudi bukan Islam yang
berjanji dengan nabi, mereka duduk di Madinah dan mengikut perjanjian bila
Madinah diserang mereka mesti mempertahankan Madinah.
Orang Yahudi mengkhianati
perjanjian.
Bila kena kepung selama sebulan
orang Yahudi tidak larat, maka mulalah hendak mengkhianat perjanjian. Mereka
menyebelahi pihak musuh. Di saat ini Allah turunkan pertolongan apabila tentera
musyrikin berkelahi sesama mereka. Mereka berpecah dan Allah menurunkan
angin musim sejuk yang kuat yang menerbangkan khemah-khemah mereka lalu mereka
berundur melarikan diri.
Madinah diselamatkan oleh Allah.
Bila nabi balik ke rumah selepas musuh berundur, nabi hendak membuang baju
perang dan hendak mandi Jibril turun dan berkata, “Wahai Muhamad kamu hendak
membuang baju perang, malaikat belum lagi membuang uniform perang dan hendak
berperang lagi, pergi ke kampung Bani Quraizhah”.
Kampung Yahudi Bani Quraizhah
diserang.
Lalu nabi mengambil langkah
menyerang kampung Bani Quraizhah yang khianat itu. Mereka menyerah kalah
dan hukuman perlu dijatuhkan ke atas mereka kerana mengkhianati perjanjian.
Tugas itu diserah kepada Sa’ad bin Muadz.
Sa’ad bin Muadz ialah orang
Madinah yang baik dengan Bani Quraizah. Sa’ad bin Muadz yang luka parah
terpaksa dipapah, membuat keputusan mana-mana lelaki yang baligh dibunuh,
orang perempuan dan kanak-kanak ditawan. Seramai 400 orang lelaki yang baligh
dibunuh.
Sa’ad bin Muadz mati selepas itu
dan nabi berkata, “Aras bergoncang dengan kematian Sa’ad bin Muadz”. Dia
seorang sahabat yang mempunyai kehebatan dan menunjukkan kesetiaanya kepada
nabi SAW.
Kekalahan golongan musyrikin dan
ahli kitab bererti Allah SWT menyempurnakan agama Islam dan nabi diwafatkan
oleh Allah SWT. Perjuangan disambung oleh khulafat al-Rasyidin dan di zaman
khulafat al-Rasyidin jatuhnya kuasa besar dunia iaitu Farsi dan Rome.
Islam menjadi kuasa besar dunia
yang tunggal selepas itu.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment