Apabila rasul diturunkan kitab untuk disampaikan kepada manusia
menerangkan perkara yang benar sebagaimana petunjuk daripada Allah, maka
terdapat ramai orang menolaknya. Bukan sekadar menolak, bahkan ramai pula yang
menentang dengan mengguna berbagai kejahatan dan kezaliman walaupun orang-orang
yang membawa ajaran Allah itu rasul-rasul yang diketahi benarnya, yang
diketahui bijak dan amanah.
Tetapi menjadi perangai manusia kebanyakannya mengikut hawa nafsu.
Mereka berpendapat jika mengikut ajaran agama Islam yang dibawa oleh rasul ini
menghalang hawa nafsu mereka. Mereka mahu harta kekayaan sebanyak-banyaknya
walaupun yang haram, mahu memuaskan hawa nafsu dan ajaran Islam dianggap
penghalang. Jadi nabi-nabi dan rasul-rasul ditentang habis-habisan. Kalau rasul
ditentang maka orang yang bukan rasul lebih lagi ditentang.
Allah Ta’ala bertanya, “Adakah kamu menyangka kamu boleh masuk
syurga dengan mudah, mengucap dua kalimah syahadah, tukar nama Islam,
sembahyang, buat umrah, sekadar itu sahaja boleh masuk syurga, sedangkan kamu
belum menerima apa-apa yang dialami oleh umat-umat zaman dahulu”.
Disebut dalam surah al-Imran bermaksud, “Adakah kamu mengira kamu
boleh masuk syurga pada hal belum ternyata apa yang ada dalam ilmu Allah orang
yang berjihad di kalangan kamu dan orang yang sabar”.
Dalam surah al-Ankabut bermaksud, “Adakah manusia mengira sudah
cukup apabila mereka berkata kami sudah beriman, pada hal belum lagi diuji oleh
Allah Ta’ala, sesungguhnya Kami Allah telah menguji orang-orang terdahulu,
nabi-nabi dan umat zaman dahulu, apabila diuji maka termaklum di sisi Allah
orang benar-benar beriman dan orang bohong beriman”.
Ini menunjukkan orang beriman itu mesti diuji oleh Allah SWT.
Bermula dengan nabi Adam AS, manusia pertama yang beriman kepada Allah diuji
Allah Ta’ala, diuji dengan cara melakukan kesalahan yang ditipu oleh iblis,
dihalau ke bumi dalam keadaan terlanjang. Iblis juga dihalau ke bumi.
Dan Kami berfirman, “Turun kamu semua, wahai Adam, Hawa dan Iblis
ke bumi, kamu bermusuh antara satu sama lain dan kamu duduk di bumi dengan
mengambil nikmat sementara waktu”.
Adam yang dihalau ke bumi berjaya kerana kemudian bertaubat kepada
Allah Ta’ala walaupun dalam keadaan bersusah payah.
“Wahai tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami sendiri jika
sekiranya Engkau tidak kesihan kepada kami nescaya kami termasuk di dalam
kalangan orang-orang yang rugi”.
Adam dilantik menjadi rasul yang menerima wahi daripada Allah
Ta’ala. Adam meninggal dunia sebagai seorang yang berjaya dalam ujian. Ujian
dihalau daripada syurga diatur oleh Allah Ta’ala.
Ujian yang besar dalam kehidupan dunia ialah nabi Nuh AS diutuskan
oleh Allah Ta’ala berdepan dengan manusia yang pertama menyembah berhala.
Mengikut al-Quranul Karim agama asal manusia ialah Islam, menyembah berhala
datang kemudian.
Bermula dari memahat patung untuk membuat gambar datuk nenek yang
disayangi. Mula-mula patung itu disimpan kemudian dipuja dan disembah. Nabi Nuh
menjadi orang pertama menentang golongan yang menyembah berhala, berlaku
penyelewengan daripada agama asal.
Mengikut kajian orang barat agama adalah mengikut hadarah.
Mengikut hadarah (fikiran manusia) manusia daripada tiada agama, menyembah berhala
kemudian baru datang Islam. Mengikut agama Allah bermula dengan Islam, berlaku
penyelewengan maka berlaku perlawanan antara Islam sebenar dengan yang
menyeleweng.
Bila berlaku penyelewengan maka Allah Ta’ala menurunkan nabi-nabi
dan rasul-rasul. Selepas nabi Muhamad SAW tiada lagi nabi. Golongan yang
mengambil alih perjuangan nabi ialah Jemaah atau parti. Ini disebut dalam
Quran.
Nabi Nuh ialah nabi pertama berjuang selama 950 tahun. Nabi Nuh
bersabar dengan ujian Allah Ta’ala. Umatnya tahu nabi Nuh adalah orang yang
baik, orang yang mulia, orang yang benar tetapi hawa nafsu mereka tidak mahu
menerima nabi Nuh. Mengikut riwayat orang beriman dengan nabi Nuh seramai 20
orang dan ada riwayat mengatakan 80 orang. Dakwah selama 950 tahun hanya 80
orang yang beriman.
Nabi Nuh diejek, dicela bahkan dikata gila. Nabi Nuh bersabar dan
Quran menyebut bagaimana mereka yang hadir dalam majlis ceramahnya, duduk di
hadapan meletak jari dalam telinganya untuk menyakit hati nabi Nuh AS. Nabi Nuh
direjam sehingga pengsan.
Nabi Nuh bersabar selama 950 tahun dan akhirnya Allah Ta’ala
menurunkan bencana taufan yang memusnahkan manusia yang kafir di zaman itu.
Hiduplah nabi Nuh bersama orang yang ada di atas bahteranya.
Manusia yang ada pada hari ini adalah keturunan daripada generasi nabi Nuh AS.
Setelah nabi Nuh wafat berlaku pula penyelewengan.
Selepas kaum Nuh dibinasakan timbul pula Kaum ‘Ad yang
menunjukkan manusia ada kemajuan
Allah berfirman maksudnya, “Adakah kamu tidak melihat wahai
Muhamad SAW, akan kaum ‘Ad, puak Iron yang mendirikan bangunan, tiangnya ialah
batu besar yang dipahatnya”.
Allah Ta’ala mengutuskan nabi Hud untuk mengajak mereka
beriman tetapi mereka melawan nabi Hud. Allah Ta’ala boleh memberi hidayat
supaya mereka beriman, tetapi Allah Ta’ala hendak menguji mereka yang mempunyai
akal. Adakah manusia menggunakan akal dengan betul ataupun tidak, menggunakan
mata, telinga, mulut dengan betul ataupun tidak.
Ada manusia yang berjaya dan ada juga yang tidak berjaya dengan
ujian. Jadi berlakulah perlawanan antara yang berjaya dengan yang tidak
berjaya. Perlawanan menjadi perkara biasa, bukan sahaja di zaman dahulu bahkan
juga di zaman sekarang.
Allah Ta’ala menurun ayat ini ketika nabi Muhamad SAW berperang
dengan orang kafir. Apa fasal nabi bersusah payah, doa nabi dimakbulkan, jika
nabi berdoa semua orang masuk Islam. Allah Ta’ala tidak membuat begitu, Allah
Ta’ala menguji termasuk nabi-nabi diuji oleh Allah Ta’ala.
Nabi Hud berjuang menentang kaum ‘Ad, kaum ‘Ad dibinasakan dan
lahir pula kaum Samud. Allah mengutuskan nabi Saleh AS. Lepas
kaum Samud mucul pula kaum Madyan dan kemudian kaum Firaun.
Firaun yang terkenal dengan kezaliman membunuh anak-anak lelaki
yang dilahirkan di kalangan bani Israil membenarkan anak perempuan sahaja
apabila Firaun mengetahui melalui ahli nujumnya yang dapat mengetahui melalui
iblis yang mencuri rahsia langit, akan lahir di kalangan bani Israil
seorang putra yang menjadi nabi dan menjatuhkan kerajaannya.
Firaun melawan Allah Ta’ala, memerintah supaya setiap kampung yang
ada kaum Bani Israil dibanci perempuan yang mengandung dan jika melahirkan anak
lelaki disembelih. Sembelih anak bukan rombak masjid.
Firman Allah Ta’ala bermaksud, “Pada malam Israk dan Mikraj nabi
kita ditunjuk bagaimana Masitah, tukang sisir putri Firaun, suami dan
anaknya ditunjuk dengan bau yang harum semerbak, Jibril memberitahu bahawa
keluraga ini telah direbus dalam periuk kerana beriman kepada nabi Musa AS”.
Pada hal makan gaji dengan Firaun, menjadi pengasuh di rumah
Firaun, suami pun orang gaji Firaun dan gaji pula mahal, tetapi mereka tidak
menukar gaji dengan iman. Bekerja, bekerja, iman, iman. Ini ujian Allah Ta’ala.
Ada yang berniaga di zaman Firaun. Berniaga, berniga, iman, iman.
Ketika berada di Mekah, nabi Muhamad SAW dan sahabat-sahabatnya
juga dibelasah. Khabbat bin al-‘Araf RA, seorang tukang besi, setelah
membuat barang-barang besi, upahnya tidak dibayar oleh majikannya. Al-Was
bin Wa’il, seorang pemimpin Mekah mengambil barang besi daripada Khabbat
bin al-‘Araf RA dan berkata oleh kerana Muhamad ajar kamu ada hari akhirat,
selepas mati ada kehidupan pula, “Upah kamu membuat barang aku ini, aku akan
bayar di akhirat”.
Sudahlah upah tidak dibayar Khabbat bin al-‘Araf RA ditangkap,
diikat dan besi yang dibakar diletak atas belakang Khabbat bin al-‘Araf. Ini
ujian.
Bilal bin Rabah, seorang hamba abdi yang bekerja dengan tuannya yang kafir diuji
oleh Allah Ta’ala. Oleh kerana dia seorang hamba tuan mengikatnya, dijemur
tengah panas dan diletak batu besar atas perutnya. Bilal diminta supaya
meninggal ajaran Islam yang dibawa oleh Muhamad SAW. Bilal tetap mengatakan, “Ahadun,
Ahadun, Ahad”. Allah yang Maha Esa dan akhirnya Abu Bakar menebus Bilal.
Bilal dimerdehkakan.
Antara kerja Abu Bakar ialah membeli mana-mana hamba yang diseksa.
Abu Bakar seorang yang kaya akhirnya habis hartanya kerana menebus hamba-hamba
yang diseksa.
Ketika peperangan Tabut nabi minta derma, Abu Bakar memberi
semua hartanya. Umar memberi separuh hartanya. Ini ialah ujian harta benda,
ujian pangkat dan ujian tubuh badan.
KULIAH TAFSIR YT
UJIAN KEIMANAN – Siri 8/10
Nabi Musa AS dilahirkan di tengah-tengah Bani Israil
dikenakan hukum anak lelaki disembelih. Tiba-tiba nabi Musa dibesarkan di bawah
mahligai Firaun. Walaupun duduk di bawah mahligai Firaun Allah Ta’ala tidak
memberi percuma kepada nabi Musa. Nabi Musa diuji oleh Allah Ta’ala, dihalau oleh
Firaun. Nabi Musa terpaksa meninggalkan negeri Mesir ke Madyan dan
tinggal bersama dengan keluarga Syuib.
Setelah beberapa tahun tinggal bersama keluarga Syuib di Madyan,
dalam perjalanan pulang ke Mesir, nabi Musa bertemu dengan Allah Ta’ala di
gunung Turusaina, bercakap dengan Allah Ta’ala secara langsung.
Disebut kisahnya dalam Quran, Musa diperintah supaya mengadap
Firaun. “Pergilah engkau wahai Musa berjumpa dengan Firaun, sesungguhnya Firaun
itu togha (melampaui batas)”
Dalam ayat yang lain Allah Ta’ala mengatakan, “Pergi engkau
berdua, Musa dan Harun mengadap Firaun, bercakaplah dengan cakap yang
baik mudah-mudahan Firaun itu menerima pengajaran, takut dan beriman kepada
Allah Ta’ala”
Nabi Musa pergi dengan mukjizat. Nabi Musa diuji oleh Allah Ta’ala.
Walaupun Firaun tidak berjaya membunuh nabi Musa, Nabi Musa dan
pengikut-pengikutnya diuji sehingga Allah Ta’ala memberi kemenangan.
Allah Ta’ala menurunkan ayat, “Dan Kami menghendaki bahawa Kami
memberi kurnia kepada orang-orang yang lemah ditindas di bumi dan Kami jadikan
mereka pemimpin-pemimpin dan kami jadikan mereka orang-orang yang mewarisi
bumi”.
Itu adalah adab dan tuhan turun ayat ini. Nabi Musa dan kaum Bani
Israil akhirnya menjadi pemimpin dan Firaun dapat dikalahkan.
KULIAH TAFSIR YT
UJIAN KEIMANAN – Siri 9/10
Allah Ta’ala menurunkan suratul Kahfi menceritakan
bagaimana tujuh orang pemuda yang beriman kepada Allah Ta’ala,
“Sesungguhnya mereka ialah pemuda-pemuda yang beriman kepada tuhan mereka dan
Kami tambahkan mereka petunjuk”
Bila mereka beriman walaupun anak orang bangsawan, mereka dicari
oleh kerajaan di zaman itu, mereka tidak mampu hendak melawan sama ada duduk di
rumah bersenang lenang ataupun memelihara iman yang diberi oleh Allah.
Pemuda ini memilih iman yang diberi oleh Allah Ta’ala. Mereka
mencari gua untuk disembunyi di dalamnya dan Allah Ta’ala menidurkan
mereka lebih daripad 300 tahun. Allah Ta’ala menurun ayat ini supaya dibaca
oleh nabi SAW dan umatnya.
Dalam surah Yasin, “
Dan baca kepada mereka contoh dua orang nabi yang diutuskan oleh Allah ke sebuah negeri, nabi itu
dibohongi dan Allah mengutuskan nabi yang ketiga, lalu datang seorang dari
pinggir bandar dengan segera beriman kepada nabi ini dan orang yang beriman itu
telah direbah, dipijak ramai-ramai sehingga keluar perut daripada duburnya lalu
mati dan berada di alam barzakh, bila nyawa tercabut dikatakan kepadanya di
alam barzakh, masuklah ke syurga lalu dia bercakap mudah-mudahan kaum aku tahu
di mana aku berada sekarang, aku berada di kalangan orang yang dimuliakan oleh
Allah Ta’ala”.
Menunjukan orang yang masuk syurga dengan mudah ialah orang yang
berjuang. Orang tidak berjuang boleh masuk syurga, tetapi payah. Orang yang
berjuang susah atas dunia tetapi mudah masuk syurga.
Nabi Yusuf AH dibuang oleh adik beradiknya ke dalam telaga,
kemudian dijual kepada Menteri Kewangan Mesir oleh peniaga di pasar. Nabi Yusuf
AS dikurung dalam jil selama tujuh lapan tahun. Nabi Yusuf berkata,
“Wahai tuhanku aku lebih suka kepada penjara daripad melayan
perempuan-perempuan yang manggoda aku”
Nabi Yusuf lebih kasih kepada penjara daripada memuaskan hawa
nafsu kerana menegakkan agama Allah.
Semua ayat Quran ini adalah kisah yang menceritakan bagaimana umat
zaman dahulu menghadapi ujian.
KULIAH TAFSIR YT
UJIAN KEIMANAN – Siri 10/10
Dalam suratul Buruj, “Dibinasakan golongan yang menggali parit
apabila mereka duduk di tepi parit bersorak-sorak setelah mereka mengambil
orang-orang beriman, mencampak ke dalam parit yang dinyalakan api”. Kisah ini
berlaku di utara Yaman di selatan Arab Saudi.
Di Najran, rajanya seorang Yahudi memaksa rakyatnya menolak
agama Allah yang dibawa oleh nabi Isa AS, tiba-tiba muncul seorang
pemuda yang beriman, muncul seorang Rahib yang beriman, diikuti oleh pemuda
yang beriman, setelah zahir kepada orang ramai menterinya beriman, Rahib itu
dibunuh, menteri itu dibunuh dan pemuda yang beriman itu dibunuh.
Semua orang beriman dicari di rumah, dibuat road block di tengah
jalan, tiap-tiap orang yang lalu ditanya sama ada beriman kepada Allah atau pun
tidak. Yang beriman kepada Allah menjawab “Ya” lalu dicampak ke dalam api yang
dinyalakan.
Tiba-tiba sampai giliran kepada seorang perempuan yang beriman
mendukung anak yang masih menyusu. Bila ditanya adakah dia beriman, perempuan
ini dalam keadaan serba salah, jika kata beriman dia dan anaknya yang masih
kecil dicampak ke dalam api, hendak mengatakan tidak beriman nanti mati kafir.
Dalam keadaan serba salah Allah menjadikan anak kecil itu
bercakap, “Wahai ibu jangan lambat, tunggu apa lagi katalah beriman”. Lalu si ibu
berkata, “Beriman”. Kedu-dua beranak dicampak ke dalam api yang dinyalakan.
Kalau sekiranya kita mengucap dua kalimah syahadat, orang kafir
buat tidak kisah sahaja, tidak ada apa-apa, bebas mengerjakan sembahyang, pergi
ke Mekah tiap-tiap tahun, tidak ada apa-apa ujian menandakan iman kita belum
sempurna lagi.
Ayat ini bertanya adakah kamu boleh masuk syurga dengan mudah,
lebih mudah daripada nabi lagi, pada hal kamu tidak diuji dan dicuba. Para
ulamak mengatakan bila Islam diancam maka jihad menjadi fardu ain bagi
tiap-tiap orang.
KULIAH
TAFSIR YT
Zz
No comments:
Post a Comment