Antara hukum Allah ialah hukum
berkait dengan keluarga Islam yang berkait dengan rumah-tangga.
Oleh kerana banyak berlaku
penceraian, banyak berlaku anak-anak terbiar, banyak berlaku isteri yang curang
dan banyak berlaku isteri yang dibiarkan oleh suaminya, maka ramai yang
menyalahkan undang-undang keluarga Islam.
Undang-undang keluarga Islam
adalah undang-undang yang ada dalam Quran. Undang-undang dalam Quran tetap
betul dan benar. Sebenarnya yang tidak betul ialah manusia. Manusia telah
membuang mata ratai dari hukum-hukum Islam. Semua hukum Islam laksana mata
rantai yang bersambung antara satu sama lain.
Undang-undang nikah-kahwin
berkait dengan undang-undang rumah tangga. Undang-undang rumah tangga berkait
dengan peraturan mendidik dan mengajar. Mendidik dan mengajar berkait dengan
memberi maklumat kepada orang ramai. Maklumat kepada orang ramai berkait pula
dengan kerajaan yang memerintah.
Kerajaan pula berkait dengan
perlembagaannya yang mencakupi undang-undang perdagangan, pertanian,
pendidikan, jenayah dan lain-lain. Semua undang-undang ini adalah mata rantai
yang bersambung antara satu sama lain.
Orang-orang Islam menjadi rosak hari
ini kerana mata rantai itu dipecahkan. Mata rantai yang tinggal hanya mata
rantai nikah-kahwin sahaja. Mata rantai lain semuanya rusak. Kemudian hendak
menyalahkan undang-undang keluarga Islam. Undang-undang berkait dengan rumah-tangga
hendak dipinda.
Penjajah Inggeris, orang kafir, tidak
berani campur tangan dalam bab agama seperti pengajian fardu ain, pengajaran di
masjid-masjid, pengajaran al-Quran dan bab-bab nikah-kahwin. Malangnya mereka
yang mengaku Islam berusaha meminda hukum-hukum tuhan yang berkait dengan
masjid dan macam-macam lagi. Ini sudah melampau.
Kita sekarang berada dalam
keadaan yang bercelaru dan punah ranah. Oleh kerana itu barang siapa yang
berpegang teguh dengan agama di zaman berlakunya fitnah disebut dalam hadis,
“Sesiapa yang berpegang dengan ajaranku pada masa umatku dalam keadan rusak
maka pahala baginya seratus syahid”.
Disebut juga dalam hadis, “Akan
tiba satu zaman orang berpegang dengan agama laksana berpegang dengan bara
api”.
Hari ini kita dapati Islam
dihentam bermacam-macam dalam akhbar. Dalam bab talaq, mengapa lapaz cerai
hanya kepada orang lelaki. Ini adalah serangan terhadap hukum Allah.
Dalam bab pusaka mengapa orang
lelaki mendapat sekali ganda daripada orang perempuan. Ini adalah ayat
al-Quran.
Quran mengatakan, “Bagi lelaki
seperti dua bahagian orang perempuan”. Quran menyebut demikian. Bukan nabi
Muhamad reka dan bukan ulama-ulama reka. Tetapi sampai begitu sekali berani
canggah ayat Quran. Pihak berkuasa pula membiarkannya.
Orang Islam menghentam Islam dan
orang kafir pun menghentam juga Islam. Orang-orang Islam yang lain ramai yang
senyap macam tikus dalam beras.
Oleh yang demikian kita hendaklah
berpegang dengan agama Allah. Apa yang boleh kita amal, kita amalkan. Dalam bab
ibadah kita boleh beramal dan berpegang kuat-kuat dalam bab ibadah. Dalam bab
rumah tangga kita berpegang sungguh-sugguh. Dalam bab apa sahaja yang boleh
dibuat, kita buat bersungguh-sungguh.
Dalam bab yang kita tidak mampu
membuatnya kita mesti berusaha dan kena ada azam dalam diri kita hendak membuatnya
dan kita diberi pahala oleh Allah dan kita diampun oleh Allah SWT.
Ada perkara-perkara yang kita terpaksa
hadapi. Contohnya, debu-debu riba
mengenai tubuh badan kita. Pakaian yang kita pakai dikeluarkan oleh kilang
orang bukan Islam yang berniaga dengan riba. Kain dihantar dengan kapal laut
yang mengambil insurans riba.
Habis macam mana, kena telanjang
ke?
Tidak boleh bertelanjang, kena
memakai pakaian juga. Tetapi orang Islam mesti berusaha supaya orang Islam
sendiri membuat kain yang tidak berurus niaga dengan sistem riba.
Jadi barang-barang yang kita guna
ada debu-debu perkara yang haram. Di sana ada perkara yang Allah SWT maaf dan
ada perkara yang Allah SWT tidak memaafkannya.
Dalam perkara yang Allah SWT maaf
kita berusaha supaya kita dibebaskan dari hukum-hukum jahiliah agar kita
selamat di dunia dan selamat di akhirat.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment