Di riwayatkan Imam Abu Hanifah
datang ke Madinah mengadap Imam Jaafar Assodik.
Imam Abu Hanifah terkenal sebagai
seorang yang berpegang kuat dengan khias. Khias berdasarkan akal kerana zaman
Imam Hanafi hadis-hadis tidak dibukukan lagi. Oleh kerana riwayat hadis tidak
banyak maka Abu Hanifah berijtihad menggunakan fikiran dan khias istihsan
berdasarkan kepada hukum-hukum yang lain.
Imam Jaafar Assodik ialah Imam
mazhab Syiah Jaafariah yang menjadi pengikut orang-orang di Iran, di Lubnan dan
lain-lain. Imam Abu Hanifah mengadap Abu Jaafar dan berlakulah dialog antara
mereka.
IMAM JAAFAR
Wahai Abu Hanifah tidakkah kamu
menggunakan fikiran sehingga kamu menolak nas datuk aku iaitu Rasulullah SAW.
IMAM ABU HANIFAH
Nanti dulu, kamu duduk di tempat
kamu dan saya duduk di tempat saya. Saya hendak bertanya beberpa perkara.
Abu Jaafar duduk di tempat yang
tinggi dan Abu Hanifah yang terkenal dengan hujah yang kuat melutut di hadapan
Abu Jaafar.
Soalan pertama: mana lebih lemah
lelaki atau perempuan?
IMAM JAAFAR
Perempuan lebih lemah.
IMAM ABU HANIFAH
Kalau perempuan lebih lemah sudah
tentu saya mengatakan orang perempuan menerima pusaka sekali ganda. Tetapi
Quran menyebut orang lelaki mendapat sekali ganda. Kalau saya mengikut akal
saya akan mengatakan perempuan sepatutnya mendapat sekali ganda. Ini
menunjukkan agama bukannya akal dan saya tidak menggunakan akal.
Soalan kedua: mana lebih afdal
antara sembahyang dengan puasa Ramadan?
IMAM JAAFAR
Sembahyang lebih afdal.
IMAM ABU HANIFAH
Kalau sembahyang lebih afdal dari
puasa Ramadan sudah tentu saya akan mengatakan perempuan dalam haid tidak kena
kodar puasa yang ditinggalkan dan sembahyang perlu dikodar. Tetapi dari segi
hukum, puasa kena qodar sembahyang tidak payah qodar. Ini membukatikan agama
bukan akal.
Soalan ketiga: mana lebih najis
air kencing atau darah haid?
IMAM JAAFAR
Air kencing lebih najis.
IMAM ABU HANIFAH
Kalau air kencing lebih najis
sudah tentu saya menyuruh orang kencing mandi wajib bukan orang haid. Mengapa
orang kencing basuh sahaja, tetapi perempuan haid kena mandi wajib. Ini
menunjukkan agama bukannya akal. Saya tidak menggunakan akal.
Apabila Abu Hanifah memberi
penjelasan demikian lalu imam Jaafar Assodik turun dari tempat duduknya dan mencium
kepala Abu Hanifah kerana menghormatinya.
Ini menunjukkan imam-imam mazhab
bukan sahaja antara Sunni dengan Sunni, bahkan antara Sunni dengan Syiah adalah
satu di kalangan umat Islam. Mereka hanya berkhilaf dalam perkara cabang.
Apa yang menjadi masalah di zaman
mutakhir orang Islam telah berpecah dan fanatik dengan mazhab masing-masing
sehingga menyesatkan mazhab yang lain. Lebih malang lagi mereka menganut
ideologi ahli kitab.
Ada kalangan mereka menjadi
komunis, kapitalis, sosialis, nasionalis dan semua mengaku mereka adalah orang
Islam. Mereka mengaku Islam tetapi dalam waktu yang sama membiarkan penjualan
arak dan menghalang pelaksanaan syariat Islam.
KULIAH TAFSIR YT
No comments:
Post a Comment