Nabi SAW bertindak balas.
Firman Allah
Ta’ala bermaksud, “Kami akan isikan ke dalam hati orang kafir itu rasa gerun
dengan sebab mereka menyengutukan Allah dengan sesuatu yang lain, apa yang
Allah tidak beri kepada mereka sultana (hujah yang kuat)”
Ayat ini
berkait dengan pemimpin musyrikin dan bala tenteranya. Abu Sofian, mertua nabi
SAW yang menjadi pemimpin Mekah selepas Abu Jahal memimpin tentera musyrikin dalam peperangan Uhud.
SAW yang menjadi pemimpin Mekah selepas Abu Jahal memimpin tentera musyrikin dalam peperangan Uhud.
Setelah dia
berundur kerana tidak berani menyerang orang Islam yang bertahan ditepi bukit
Uhud, timbul semangat hendak menyerang balik orang Islam. “Silap kita tidak
serang terus tadi!” kata Abu Sofian.
Dalam masa
yang sama Rasulullah membangkitkan semangat para sahabatnya supaya mengejar
tentera musyrikin. Mereka yang tidak hadir peperangan Uhud tidak dibenarkan
sekali-kali.
Nabi SAW
berangkat bersama dengan sahabatnya ke suatu tempat bernama al-Amra Ulasad,
berkhemah di situ dan merancang untuk menyerang balas dengan mengejar
orang-orang musyrikin untuk menyatakan kekuatan, menyatakan orang Islam tidak
kalah di Uhud walaupun mendapat luka-luka.
Nabi
bersabda, “Diberi kepada aku lima perkara yang tidak diberi kepada rasul-rasul
yang lain. Salah satunya ialah musuh rasa gerun jarak perjalanan
sebulan”. Sebulan sebelum sampai musuh sudah berasa gerun. Allah Ta’ala telah
menanamkan rasa gerun dalam hati Abu Sofian dan bala tenteranya.
Bila
mendapat berita bahawa Rasulullah keluar dengan sahabatnya untuk menyerang
balas dan berada di al-Amra Ulasad Abu Sofian berasa gerun dan terus melarikan
diri ke Mekah.
Ini adalah
pertolongan Allah SWT. Walaupun orang Islam ditewaskan dalam peperangan Uhud,
musuh-musuh Islam berasa takut dan gerun hendak melawan kerana mereka tidak
bergantung dengan Allah, mereka syirik kerana bergantung dengan sesuatu
yang lain.
Peringkat
awal tentera Islam menang.
“Dan demi
sesunggunya Allah telah menepati janjinya kepada kamu ketika kamu berjaya
mengalahkan musuh”.
Di peringkat
awal peperangan Uhud, Rasulullah SAW mengatur strategi 30 orang tentera
pemanah dipimpin oleh Abdullah bin Jubir RA, duduk di atas bukit dan Rasulullah
SAW berpesan, “Jangan tinggal bukit ini walau apa keadaan sekalipun.
Jangan hiraukan mereka yang duduk di bawah sama ada menang atau kalah, jangan
sekali-kali tinggalkan bukit ini”
Pada
permulaan peperangan Allah SWT membenarkan janji yang diberi oleh Allah
dan rasul-Nya iaitu kemenangan. Orang-orang kafir bertempiaran lari
meninggalkan barang-barang mereka yang dibawa bersama.
Antara
perangai orang-orang kafir zaman dahulu bila berperang dia membawa bersama
unta, kambing, barang-barang dan anak isterinya dengan tujuan untuk memberi semangat
kepada mereka untuk berperang.
Di peringkat
awal Allah SWT menunjukkan kemenangan. “Apabila kamu merasainya dengan izin
Allah SWT”
Kamu
mendapat kemenangan walaupun musuh itu lebih besar daripada kamu
“Sehingga
apabila kamu gagal dengan sebab kelemahan yang ada pada kamu”.
Apabila
melihat barang-barang yang ditinggalkan oleh orang-orang kafir berselerak,
sesetengah mereka yang ada di markas meninggalkan markas dan pergi
memungut barang-barang itu. Mereka yang ada di atas bukit pun tidak tahan.
Mereka turun ke bawah memungut sama barang-barang itu.
Pemimpin
mereka, Abdullah bin Jubir melarang, “Jangan turun, Rasulullah sudah
pesan jangan turun, sama ada kita menang atau kalah dan musuh lari bukit ini
tidak boleh tinggal”.
Tentera
Islam menyerang balas.
“Kamu telah
berbantah dalam perkara itu”
Pemimpin
melarang pengikut melawan, berbalah.
“Dan kamu
telah derhaka, telah lawan arahan nabi SAW setelah Allah menunjukkan kepada
kamu apa yang kamu ingini (yakni kemenangan)”.
Musuh kamu
sudah lari, tiba-tiba bila tengak barang-barang dan binatang, ada kalangan
mereka turun memungut barang-barang itu dan ada antara mereka yang tidak turun.
Mereka yang
turun memungut barang-barang rampasan bermakna mahukan dunia.
Abdullah bin
Jubir dan rakan-rakannya tidak turun dari bukit itu kerana mahukan akhirat.
“Kemudian
Allah SWT mengubahkan keadaan untuk menguji kamu”.
Selepas itu
bala tentera musyrikin, pasukan berkuda yang dipimpin oleh Khalid ibni Walid
(masa itu masih kafir lagi), melihat gerak-geri dari jauh sejumlah besar
daripada mereka yang berada di atas bukit telah turun, lalu pasukan berkuda itu
melarikan kuda dengan laju, sejumlah mereka merampas bukit strategi yang penting
itu dan sejumlah lagi menyerang markas tentera Islam.
Ini ujian
yang berlaku ke atas kamu bila musuh yang sudah lari berpatah balik dan
menyerang menyebabkan kamu dikepung oleh musuh. Para sahabat yang berhampiran
dengan nabi SAW termasuk mukminat mempertahankan nabi SAW sehingga ada kalangan
mukminat yang menadah belakangnya untuk dipanah oleh tentera musyrikin
supaya panah tidak mengenai nabi SAW. Ini adalah satu pengorbanan yang besar
oleh mukminat.
Ramai yang
mendapat luka-luka termasuk nabi SAW. Nabi berdarah muka dan patah giginya.
Kesilapan
dan dosa diampun oleh Allah SWT.
“Dan
sesungguhnya Allah Ta’ala telah mengampunkan kamu”
Mereka yang
beriman dan melakukan kesalahan itu diampunkan oleh SAWT. Mereka yang mati
adalah mati syahid, masuk syurga dan ruhnya berada di syurga. Mereka yang hidup
dan mendapat luka diampunkan dosa dan diberi pahala yang besar oleh Allah SWT.
Ini
menunjukkan betapa untungnya berada dalam perjuangan Islam. Orang yang berada
dalam perjuangan Islam, kalau buat kesilapan pun diampun oleh Allah SWT.
Dosa mereka diampun oleh Allah SWT. Ini faedahnya kita duduk dalam Jemaah yang
berjuang untuk menegakkan Islam.
Kalau tidak
berjuang tidak dapat fadilat ini. Oh! Macam mana dia jahat berjuang Islam,
macam mana berjuang Islam dia membuat maksiat?
Tidak
dinafikan bukan semua orang yang berjuang Islam bersih belaka. Nabi menyebut
dalam satu hadis, “Sesungguhnya Allah kadang-kadang menolong agama ini dengan
orang jahat”. Kadang-kadang Allah menolong agama Islam dengan orang jahat.
Orang jahat yang berjihad diampun dosanya oleh Allah SWT. Orang yang berulang
alik ke masjid kerana bersembahyang, menyokong orang kafir mungkin menjadi
kafir. Boleh terjadi terbalik dan inilah keadaanya.
Dalam
peperangan Uhud ada orang-orang yang lemah. Kalau peperangan Uhud, orang-orang
berjuang bersama nabi SAW, melihat kambing berkeliaran, tidak tahan sabar,
bagaimana keadaanya orang-orang zaman ini yang tidak berperang Uhud.
Isu
Rasulullah SAW wafat.
Ini satu
pengajaran yang amat besar. Allah SWT menegur mereka jangan bimbang orang yang
berjuang Islam ada ranimah, ada harta yang diberi oleh Allah. Jangan tinggal
asas perjuangan Islam ini. Oleh kerana tidak tahan sabar berlakulah kesilapan.
Allah SWT
berfirman, “Dan sesungguhnya Allah telah memaafkan kamu”. Ini nikmatnya
berada dalam sof perjuangan Islam. Kalau kamu membuat dosa, dosa diampun oleh
Allah SWT. Dengan berkat perjuangan Islam kamu menjadi baik.
“Dan
ingatlah sesungguhnya Allah sentiasa melimpah kurnianya kepada orang-orang
beriman. Ingatlah ketika kamu berundur lari dan tidak menulih kepada sesiapa
pun sedang rasul yang masih berjuang dengan gagahnya, memanggil kamu daripada
kumpulan yang tinggal di belakang kamu untuk berjuang terus tetapi kamu tidak
mematuhinya oleh sebab itu Allah membalas kamu dengan peristiwa yang
mendukacitakan kekalahan dengan sebab perbuatan kamu mendurhakakan,
mendukacitakan Rasulullah itu supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang
telah luput daripada kamu dan tidak pula bersedih apa yang menimpa kamu dan
ingatlah Allah maha mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan”.
Bila musuh
menyerang disebarkan berita Rasulullah SAW sudah wafat, sudah dibunuh. Berita
bohong ini terdapat beberapa keadaan. Ada yang mengatakan bila Rasulullah sudah
mati tidakkah kita berjuang untuk agamanya, kita mesti bersama Rasulullah”
berkata mereka yang kuat semangat. Kita mesti bersama dengan Rasulullah.
Annas bin
an-Nadar mencium bau syurga.
Disebut
dalam ayat yang lain, “Di kalangan orang-orang beriman itu ada orang yang benar
janji mereka kepada Allah”.
Mereka
berjanji hendak mempertahankan Islam, hendak meninggikan agama Islam. Berjanji
dengan Allah kalau orang lawan Islam mereka akan lawan. Ada antara mereka yang
benar janjinya dengan Allah. Inilah
mereka yang mengatakan kalau Rasulullah mati kita mati bersamanya. Antaranya
ialah Annas bin Annadar RA.
Disebut
dalam hadis dalam kitab sirah, Annas bin Nadar yang telah luka dalam peperangan
Uhud, memberitahu kepada kawan-kawannya supaya menyampaikan salamnya kepada
Rasulullah. “Sesungguhnya aku telah mencium bau syurga hanya berada di
belakang bukit Uhud sahaja”, kata Annas.
Ini
menunjukkan bagaimana ruh berhubung dengan alam barzah ditunjukkan kepada Annas
oleh Allah SWT. Dia berbau syurga.
Dalam
riwayat yang lain, dalam hadis-hadis mengatakan kadang-kadang Allah SWT tunjuk
syurga selalu kepada orang berjihad ini.
“Sampaikan
salam kepada Rasulullah bahawa aku mencium bau syurga di belakang bukit Uhud
ini”, kata Annas bin Nadar.
Antara
mereka ada yang benar janjinya dan ada antara mereka yang menunggu giliran,
lelaki dan perempuan.
Ummu Saibah
RA, mencabut senjatanya menikam
musuh bersama-sama dengan muslimin dalam medan peperangan Uhud.
Dilihat oleh
nabi SAW suami dan isteri serta anak-anaknya mempertahankan nabi SAW. Ramai
lagi orang lain yang mempertahankan nabi.
Ada antara
mereka yang lemah semangat, lembik tidak daya upaya bila mendengar Rasulullah
sudah wafat. Ada antara mereka yang berpusing balik ke Madinah, Rasulullah
memanggil di belakangnya. “Wahai hamba-hamba Allah mari sini, mari sini”.
Melarikan
diri dari perjuangan adalah dosa besar.
“Ketika kamu
berundur lari dan tidak menulih ke belakang”.
Rasul
memanggil kamu di belakang kamu. Mereka tidak indah. Disebut oleh kitab-kitab
sirah antara yang sampai ke Madinah terserempak dengan muslimat yang menunggu
berita keputusan peperangan Uhud. Mereka berkata bahawa Rasulullah telah wafat,
sudah syahid.
Muslimat
yang kuat semangat mengambil batu melontar kepada sahabat-sahabat itu dan
berkata, “Mengapa kamu balik, mengapa tidak mati bersama Rasulullah”.
Ini ujian dalam
peperangan Uhud yang diwujudkan oleh Allah SWT. Apa yang disebut dalam Quran
bukan sahaja berlaku di zaman nabi, ianya berlaku juga di zaman sekarang.
Bila
Rasulullah panggil, mereka tidak indah, tidak paling ke belakang dan Allah SWT
memberi semangat kepada mereka selepas itu.
“Oleh sebab
itu Allah membalas kamu dengan peristiwa yang mendukacitakan, dengan kekalahan
dengan sebab perbuatan kamu menderhaka yang mendukacitakan itu supaya kamu
tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula
bersedih akan apa yang menimpa kamu”.
Allah SWT
menukar selepas itu dengan membawa ketenangan.
Rasulullah
dengan sahabat-sahabatnya mengambil tektik berundur ke atas bukit Uhud.
Disebut dalam Quran dan dalam hadis kalau kita bertempur dengan orang kafir,
kalau kita berundur menyerah kalah adalah haram.
Bagi orang
Islam sama ada menang atau mati, dua jalan sahaja. Berundur kerana tektik atau
berundur untuk bergabung dengan lain pasukan dan akan mengadakan serangan balas
adalah dibolehkan. Kalau berundur mengaku kalah adalah dosa besar
mengikut hukum Islam.
Disebut oleh
nabi dalam hadis, “Jauhlah kamu tujuh dosa besar”.
Apa dia
tujuh dosa besar?
“Tujuh dosa
besar ialah syirik (menyengutukan Allah dengan sesuatu yang lain), sehir, membunuh
orang dengan cara yang tidak benar, memakan riba, memakan harta anak yatim,
menuduh perempuan yang tidak berdosa dengan zina, dan lari dari medan perang
ketika menghadapi musuh Islam”
Rasulullah
berunder mencari tapak baru.
Melarikan
daripada menghadapi musuh Islam adalah dosa tersangat besar dari segi hukum
syarak. Kalaulah mati ketika itu jawabnya mati dalam keadaan dosa sangat besar
kerana orang Islam mesti percaya mati kerana berjihad adalah mati syahid.
Tiba-tiba
mereka berundur lari dan telah melakukan dosa besar dan Allah telah
mengampunkan dosa mereka.
Rasulullah
berundur kerana hendak mengambil tapak baru sebagai satu strategi. Rasulullah
mengambil tempat yang tinggi dan selepas itu berada dalam kekuatan maka orang
kafir tidak berani hendak menyerang.
Ini adalah
pertolongan daripada Allah SWT. Allah SWT memberi kemenangan moral yang tinggi
apabila nabi SAW mengarahkan sahabatnya keluar ke Hamra Ulasad dan berkhemah di
situ. Dalam perjalanan untuk menyerang
balas, tiba mendapat berita Abu Sofian, ketua musyrikin dan bala tenteranya
balik ke Mekah.
Orang Islam
mendapat kemenangan. Ini adalah pertolongan Allah untuk menghilangkan kesedihan
daripada kekalahan peperangan Uhud dan Allah sangat mengetahui daripada segala
yang kamu lakukan.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment