Firman Allah Ta’ala bermaksud, “Sesungguhnya Allah SWT telah
mencipta manusia dari setitik air dan menjadikan manusia itu ada saudara mara
menghasilkan keturunan dan ada juga bersaudara kerana perkahwinan”
Antara saudara mara hasil daripada perkahwinan ialah menantu
dan mertua. Alangkah bahagia sesebuah rumah tangga kiranya kedua-dua pihak
saling hormat dan menghormati. Malangnya kerap kali berlaku keretakan rumah
tangga kerana campur tangan ibu mertua terhadap menantu perempuan. Ada menantu perempaun
berasa pobia bila sebut ibu mertua.
Merenung kembali peringatan Rasulullah SAW apabila kita
berkahwin bukan sahaja berkahwin dengan diri pasangan kita tetapi mengambil
keluarganya menjadi sebahagian daripada keluarga kita. Kalau ada di kalangan kita
hendak pasangan tetapi tidak hendak keluarganya dan putus pula pasangan dengan
kekuarganya Rasulullah SAW memberi amaran, “Tidak masuk syurga orang yang
memutuskan silaturrahim”. Perkahwinan ialah satu kontrak, hubungan boleh jadi
berpanjangan dan mungkin juga terputus sekerat jalan. Tetapi hubungan pasangan
dengan keluarganya tidak akan putus kerana hubungan silaturrahim.
Ibu mertua ialah ibu kepada suami kita. Taraf ibu mertua
haram kahwin. Dari segi menghormati sama dengan ibu sendiri dan dibolehkan
menampak auratnya kepada bapa mertua. “Kamu isteri-isteri tidak boleh
menampakkan perhiasan kecuali kepada suami kamu dan bapa mertua kamu”. Maksud
ayat Quran.
Rasulullah SAW menjadi menantu kepada Abu Bakar dan menantu
kepada Omar. Sebagai menantu baginda selalu menasihati isterinya, Aisyah supaya
meminta persetujuan ayahnya, Abu Bakar terlebih dahulu sebelum membuat sebarang
keputusan. Hubungan menjadi baik kerana Rasulullah menghormati ibu dan bapa
mertuanya.
Rasulullah juga menantu kepada Saidina Omar kerana anaknya, Habsah
ialah isterinya. Omar seorang yang tegas dan keras sedikit sebanyak turun juga
kepada anaknya. Habsah kadang-kadang terkasar juga terhadap Rasulullah. Bila
diketahui, Omar marah dan datang menemui Habsah untuk menampar mukanya tetapi
dilarang oleh Rasulullah SAW.
Pertama sekali untuk menjamin keharmonian mertua baik
menantu molek ini mestilah mertua terlebih dahulu bersetuju dengan anak
menantunya. Ini awal-awal lagi mertua bercakap itu bukan pilihan dia. Allah
Akbar, itulah menyebabkan dia sukar
menerima. Kalaulah itu terjadi menantu hendaklah mengaggap itu satu cabaran
untuk memenangi hati mertua. Pada peringkat awal lagi mertua tidak setuju,
Rasulullah berpesan kepada bapa dengan bersabda, “Sebelum kawinkan anak kamu
tanyalah isteri dulu”. Fasal apa tanya isteri sebab ibu mertua inilah.
Kalau ibu mertua tidak setuju dia akan cakap macam-macam
kepada menantu. “Macam mana engkau layan suami, emak tidak pernah melayan dia
macam ini. Masak dua jenis lauk sahaja, emak bila masak hidangan penuh meja”.
Kata mertua kepada menantunya. Allah sakitnya hati menantu kalau terjadi macam
itulah.
Kedua, mertua kena terima perubahan. Mertua kena sedar hakikat
bahawa anaknya berkahwin. Yang menjadi masalahnya kalau mertua menganggap
anaknya macam belum kahwin. Belum sempat sebulan anaknya meninggalkan rumah
bersama isterinya mulalah telefon, “Bila nak balik, emak rindu, lama dah tidak
tengak muka anak.”. Nasib baiklah menantu tidak mengamak.
Sebagai ibu, kena terima bahawa anak ada tanggungjawabnya
bila sudah berkahwin. Rasulullah SAW bersabda bemaksud, “Berdosalah orang yang
menggoncangkan rumah tangga orang lain”. Sanggupkah ibu memecahbelahkan rumah
tangga anak sendiri. Anak ada tanggungjawabnya sendiri. Dia kena jaga isterinya
dan ada tanggungjawab dengan anaknya. Tidak salah menyuruh anak balik menjengak
kita tetapi tidaklah terlalu kerap sehingga anak merasakan boleh mengganggu keharmonian
rumah tangganya.
Menjadi lumrah seorang ibu sayang kepada anak lelakinya,
tetapi sayang biarlah bertempat. Dalam satu hadis Rasulullah SAW bersabda, “Di antara
banyak-banyak cemburu, ada cemburu yang Allah Ta’ala benci dan ada cemburu yang
Allah suka”. Cemburu yang Allah Ta’ala suka ialah cemburu orang lelaki kepada
isterinya. Suami mesti ada sifat cemburu kepada isterinya.
Kalau isteri kata,
“Bang tadi dekat supermarket ada orang lelaki ikut saya sampai ke stesen bas”.
“Buat apa awak tidak lari”.
Kata suami. Allah lemahnya isteri dengar. Tetapi
kalau suami kata, “Siapakah lelaki berdebah itu”. Isteri akan rasa seronok, rupanya
suamiku sayang kepada aku. Itulah cemburu yang Allah hendak.
Cemburu ibu kepada
anak lelakinya yang sudah kahwin adalah tidak bertempat. Janganlah asyik hendak
suruh anak itu balik sahaja. Bila mengunjungi rumahnya, tidak berkenan melihat
susunan alat-alat di rumah dan tidak bersetuju layanan isteri kepada anaknya. Semuanya
hendak ambil tahu berapa banyak sebulan beri duit kepada isteri, berapa pula belanja
dapur dan sebagainya.
Kadang-kadang ibu mertualah yang menimbulkan perkara yang
tidak baik. “Kalau tidak berkenan kepada anak saya bagi balik”. Sangat bahaya
jika ibu mertua cakap macam itu kepada menantunya. Cakap semacam itu bermakna
memberi jaminan kepada anak bahawa emak akan menerimanya balik jika anaknya
tidak bersama dengan rumah tangganya.
Kalau kita kaji sejarah ada juga sahabat-sahabat yang
cemburu kepada anak menantunya. Satu kisah apa yang berlaku antara Abu Bakar
dengan anaknya Abdullah. Abdullah berkahwin dengan isterinya bernama Atikah. Bila
berkahwin anaknya tidak keluar bilik, tidak pergi ke masjid dan tidak pergi
sembahyang Jamaat. Entah apa
terjadi, akhirnya Abu Bakar menyuruh
Abdullah ceraikan isterinya. Kerana taat kepada ayah Abdullah ceraikan isterinya. Lepas seminggu anaknya
yang gemak menjadi kurus kering. Abu Bakar tanya anaknya kenapa jadi begitu. “Wahai
ayah saya tidak lalu makan kerana rindu kepada Atikah”. Jawab Abdullah.
Abu Bakar mencerita kepada Abdullah kenapa menyuruh cerai
isterinya. Semenjak kahwin kamu lalai dengan agama kamu, tidak keluar bilik dan
sembahyang Jumaat kamu tinggalkan. Rupanya Atikah pandai layan suaminya. Akhirnya
Abdullah berkahwin pula dengan bekas isterinya.
Campur tangan mertua bukan selalu merbahayakan rumah tangga
keluarga. Ada ketika perlu campur tangan. Misalnya Fatimah dan Ali bergaduh,
Rasulullah kerap juga campur tangan dalam mengharmonikan kedua mereka. Campur
tangan untuk mengharmonikan suami isteri sangat diperlukan.
Untuk menjamin hubungan mertua dan menantu ini baik sebenarnya
suamilah orang yang paling-paling kena berperanan. Suami hendaklah bersikap
adil dalam ertikata tidak memihak kepada mana-mana. Tindak tanduk suami jangan
menjadikan ibu terasa sebagaimana yang terjadi kepada Alkomah. Alkomah walaupun
sembahyangnya baik dan semua baik, tetapi ibunya cemburu kepada isterinya
kerana Alkomah memberi hadiah kepada isterinya sahaja. Ibunya nampak dan lalu terasa
hati. Seperti yang kita pernah dengar ceritanya, Alkomah akhirnya tidak dapat
mengucap ketika di saat-saat akhir hendak meninggal dunia sehinggalah ibunya
mengampunkan dosanya.
Jadi peranan suami ini penting untuk mendamaikan antara
mertua dan juga menantu. Jangan mementingkan isteri di hadapan ibunya sendiri
walaupun itu hakikat. Pandai-pandailah menjaga keadaan. Begitulah juga jika
hendak memberi apa-apa hadiah kepada ibu biarlah isteri yang memberinya.
Misalnya duit bulanan untuk ibu, tak salah walaupun duit itu duit suami, minta
tolong isteri memberikan kepada ibu. Dengan ini hubungan lebih harmoni lagi.
Begitu juga isteri jangan meletakkan suami dalam delima,
dalam keadaan yang menjerumuskan suami dalam dosa. “Abang, saya dengan emak
awak ini awak sayang siapa?” Tidak terjawab suami bila isteri tanya begitu.
Rasulullah SAW menyebut dalam satu hadis, “Isteri yang baik ialah seorang
isteri yang benar-benar boleh membantu suaminya memperkuatkan agamanya”. Kita
bantulah suami-suami kita untuk menjadi seorang anak yang solih. Tetapi kalau
seorang isteri menjadi penghasut kepada suami, “Jangan mendengar kepada cakap
emak awak. Emak awak itu apa yang saya cakap semuanya tidak kena belaka”. Ini
akan merumitkan keadaan.
Sudah tentulah semua kena berperanan. Suami kena bersikap
adil. Isteri juga kena bersikap adil. Hari ini kita menantu, besok bila anak
kita besar kita mertua. Kalau kita tidak membuat baik kepada mertua, menantu
kita nanti akan membuat perkara yang sama kepada kita. Jadi kalau kita hendak
mertua yang baik jadilah menantu yang baik. Jadi keadaan saling kait mengait
antara satu sama lain.
Begitu juga mertua, kalau betul-betul sayangkan anak biarlah
anak hidup bahagia. Sepatutnya kita berasa seronok sekiranya anak kita dilayan
dengan baik oleh isterinya. Alhamdulillah, anak adalah amanah. Anak bukanlah
sesuatu yang kita hendak dia bergantung dengan kita selama-lamanya. Kalau dapat
isteri yang boleh menjaga dia dengan baik, ya Allah, aduhai ibu-ibu mertua
bersyukurlah kepada Allah SWT kerana ada orang boleh jaga anak kita dengan
baik.
Usahlah diporakperandakan menantu dan anak kita ini dicocok
pula. Kalau balik biarlah balik berdua. Kalau dia terpaksa balik ke rumah
isterinya, redakanlah untuk kebaikan mereka. Jangan jadikan orang terlalu
mementingkan diri sendiri. Ini sangat-sangat dilarang oleh Allah SWT dan juga
Rasulullah. Jangan ikut seperti pepatah yang menyebut ‘marah anak tegur menantu’.
Ini pepatah yang tidak patut kita amalkan. Marah menantu tegurlah menantu
secara betul. Apa salahnya kita tegur menantu sebab taraf kita dengan menantu
sudah sampai taraf ibu. Taraf tidak batal air sembahyang dan taraf kena hormat
sebagai ibu sendiri. Menantu pun kena anggap begitu juga. Betul emak orang.
Emak orang tidak akan sama dengan emak sendiri, memang betul. Tetapi taraf
hormat tetap sama dengan kita menghormat ibu sendiri.
Insya Allah jika sama-sama kita renung sama ada kita ini
sebagai mertua, sebagai menantu mahupun sebagai suami masing-masing kena
berperanan. Insya Allah kalau setiap daripad kita buat peranan boleh kita hasilkan rumah tangga yang harmoni,
menantu yang baik mertua yang molek, Insya Allah suami pun kena berperanan.
Janganlah pula suami, “Awak dengan emak saya itu sama sahaja”. Habislah. Kalaulah
dah sama lagi-lagilah pandai menangani. Sepatutnya suamilah yang mengharmonikan
segala ketegangan yang mungkin timbul antara mertua dan juga menantu.
Sama-sama kita renung dalam diri, hisab dalam diri apa yang
perlu diperbaiki, perbaikilah daripada sekarang.
- KULIAH YT
No comments:
Post a Comment