Firman Allah SWT, “Wahai manusia
sesunggunya Kami telah menjadikan kamu daripada seorang lelaki dan seorang
perempuan, berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu berkenalan antara satu
sama lain, Sesunggunya yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah ialah
yang paling bertakwa kepada Allah, Sesunggunya Allah itu maha mengetahui dan
maha teliti pengetahuannya”.
Ayat ini menyatakan bahawa tiada
kelebihan kepada baka dan keturunan.
Nabi pernah berkhutbah kepada
anak-beranaknya, “Wahai anak-beranakku Bani Hashim dan Bani Muttalib aku tidak
boleh membuat apa-apa kepada kamu melainkan sekiranya kamu Islam”. Masuk Islam
baharu selamat. Kalau tidak ikut Islam aku tidak boleh membuat apa-apa, tidak
kiralah bapa saudara aku, cucu aku dan cicit aku.
Seseorang itu dimuliakan kerana
ketakwaannyaa kepada Allah SWT, bukannya bangsa dan keturunan. Oleh sebab
itulah nabi kahwinkan Zainab binti Jas dengan Zahid bin Harisah, bekas seorang
hamba. Nabi Kahwin anaknya, Rukaiyah dan Ummi Kalsum dengan Saidina Othman daripada
Bani Umaiyah yang bukan ahli baitnya.
Perkahwinan dibuat semata-mata
untuk menyatakan tiada kelebihan dari segi kabilah dan keturunan melainkan
dengan bertakwa kepada Allah SWT.
KULIAH TAFSIR YT
No comments:
Post a Comment