“Dan bagi
Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan segala yang ada di bumi dan
kepada Allah jualah dikembalikan urusan”.
Semua yang
ada di langit dan semua yang ada dibumi adalah milik Allah SWT.
Diri kita
adalah milik Allah Ta’ala, pakaian kita milik Allah Ta’ala, makanan yang kita
makan milik Allah Ta’ala.
Semua urusan
akan dikembalikan kepada Allah SWT untuk disoal dan untuk disiasat dan akan
dibicarakan di hadapan Allah Ta’ala.
Harta kita
akan ditanya, dari mana kita mengambil harta itu, mengambil cara betul ataupun
cara salah, cara berniaga, cara mencuri, cara merompak, cara rasuah atau menipu
orang.
Bagaimana
harta itu dibelanjakan akan ditanya.
Umur kita
akan ditanya, bagaimana kita menghabiskan umur kita.
Kesihatan
juga akan ditanya, apa yang kita lakukan semasa kita sihat.
Ditanya
tentang ilmu pengetahuan, tentang anak isteri, dan semua urusan dunia akan
dikembalikan kepada Allah Ta’ala.
Jangan kita
ingat urusan sembahyang, puasa, zakat dan Haji sahaja akan ditanya, semua
urusan hidup kita akan ditanya.
Setiap orang
akan dilantik para malaikat untuk mencatat segala apa kita cakap dan segala apa
yang kita lakukan untuk dibicarakan di akhirat kelak.
KULIAH TAFSIR YT
No comments:
Post a Comment