Firman Allah Ta’ala, “Dan
sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar
sedangkan kamu berkeadaan lemah kerana sedikit bilangannya dan kekurangan alat
perang, oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu bersyukur akan
kemenangan itu”.
Tidak perlu sedih dengan
kekalahan dalam peperangan Uhud, Allah Ta’ala telah memberi kemenangan dalam
peperangan Badar. Peperangan Badar berlaku dalam bulan Ramadan tahun kedua
Hijrah dan peperangan Uhud dalam bulan Syawal tahun ketiga Hijrah.
Peperangan Badar tuhan beri
menang walaupun jumlah kamu hanya 313 orang dan serba kekurangan peralatan
peperangan berbanding dengan musuh yang ramai dan lengkap dengan peralatan ketenteraan.
Kamu ada dua tiga puluh ekor kuda
sahaja, tiada topi besi, tiada pedang yang cukup dan ada yang menggunakan
pelepah tamar sebagai pedang. Musuh ramai lengkap dengan baju besi, topi besi,
pedang cukup dan kuda cukup. Namun begitu Allah memberi kemenangan kepada kamu.
KULIAH TAFSIR YT
No comments:
Post a Comment