Tuesday, October 25, 2016

NABI-NABI TIDAK KEBAL



Firman Allah Ta’la bermaksud, “Adakah sekiranya dia mati, mati sakit atau dia mati dibunuh dalam peperangan maka tumit-tumit kamu berpusing kamu murtad berpaling tadah daripada Islam dan sesiapa yang tumitnya berpusing yakni murtad bila Rasulullah wafat maka dia tidak memberi apa-apa mudarat sedikit pun kepada Allah, dan Allah memberi balasan yang tidak terhingga kepada orang-orang yang bersyukur daripada nikmat yang diberi oleh Allah dan nikmat yang paling besar ialah nikmat agama Islam”.

Dalam peperangan Uhud orang kafir mengeluarkan isu bahawa Muhamad sudah mati dibunuh. Akibatnya keadaan tidak tenteram wujud di kalangan tentera Islam. Lalu Allah menurun ayat itu iaitu selepas Abu Sofian melarikan diri ke Mekah.

Muhamad ialah seorang rasul yang diutus oleh Allah Taala. Rasul adalah manusia dan sifat manusia mesti mati.

Begitu juga rasul-rasul zaman dahulu. Ada kalangan rasul-rasul zaman dahulu yang mati sakit seperti nabi Adam, nabi Nuh, nabi Ibrahim, nabi Musa, nabi Harun, nabi Sulaiman, nabi Daud dan lain-lain.

Ada kalangan rasul yang mati syahid dibunuh seperti nabi Zakaria, nabi Yahya dan nabi-nabi lain dibunuh oleh musuhnya.

Allah Taala tidak jadikan semua nabi-nabi itu kebal, seperti selam air pun tidak jadi apa-apa, bakar tidak hangus (nabi Ibrahim bakar tidak hangus) tetapi Allah Ta’ala adakan nabi-nabi itu mati syahid dibunuh oleh musuhnya.

Nabi Yahya dipancung kepalanya, nabi Zakaria dibelah jasadnya dengan gergaji dan nabi-nabi lain dibunuh dengan berbagai-bagai cara.

Adakah sekiranya Muhamad mati sama ada mati sakit atau mati dibunuh lalu kamu berpaling tadah daripada Islam, murtad keluar daripada Islam.

Adakah kamu masuk Islam kerana Muhamad ataupun kerana Allah. Barang siapa yang murtad dan berpaling tadah dia tidak memberi mudarat sedikit pun kepada Allah Taala.
Allah Taala tidak ada apa-apa. Kalau semua makhluk melawan Allah Taala, macam itulah juga Allah Taala.

Barang siapa yang bersyukur dengan nikmat Allah, dengan nikmat Islam, yang tetap dengan Islam, yang tidak berpaling tadah, maka Allah Taala akan memberi ganjaran yang sangat besar di akhirat kelak.

KULIAH TAFSIR YT

No comments:

Post a Comment