Nabi keluar ke Badar bersama
sahabat seramai 313 orang, bukan hendak berperang tetapi untuk memintas tentera
Abu Sofian, bapa mertua nabi, yang balik dari Syam bersama barang dagangannya. Tindakan ini dilakukan sebagai tindak balas
terhadap Abu Sofian yang melakukan berbagai tindakan terhadap orang Islam di
Mekah termasuk terhadap harta. Tetapi Abu Sofian bersama tenteranya dapat
meloloskan diri.
Abu Sofian ialah salah seorang
pemimpin Mekah dan seorang yang pintar di kalangan orang Arab Mekah. Dia
berjaya menghantar pesanan ke Mekah mengatakan dia dan tenteranya dalam keadaan
bahaya. Lalu Abu Jahal berjaya menyediakan tentera Mekah seribu orang lengkap
dengan senjata, pakaian perang, topi besi, baju rantai, panah, lembing, tombak
dan pasukan berkuda.
Mereka datang ke Badar untuk
menyelamatkan Abu Sofian. Selepas didapati tentera Abu Sofian terlepas dan
terselamat dari kepungan, Abu Jahal mengadakan mesyuarat dan mengambil
keputusan untuk menyerang dan menghapuskan Muhamad. Dalam keadaan orang Islam
yang sangat lemah Abu Sofian menganggap inilah peluang untuk mengalahkan orang
Islam.
Apabila nabi mengetahui tentera
Abu Sofian terlepas dan datang pula tentera Abu Jahal seramai seribu orang yang
lengkap dengan senjata lalu nabi bermesyuarat dengan sahabatnya.
Kata al-Mikdad al-Aswad, orang
Mekah, “Ya Rasulullah kami tidak kata kepada Rasulullah sebagaimana kaum Bani
Israil berkata kepada nabi Musa, Wahai Musa pergilah kamu dengan tuhan kamu
bersama nabi Harun, kami hendak duduk di sini, (iaitu ketika nabi Musa mengajak
kaumnya berjihad untuk membebaskan Palastin), tetapi kami kata pergilah kamu
bersama Allah dan kami akan bersama dengan Allah dan Rasul”.
Nabi berpaling pula kepada orang
Madinah. Orang Mekah boleh jadi anak-beranak nabi, orang Madinah ialah orang
yang berbai’ah dengan nabi.
Kata Saat bin Muaz pemimpin Ansar
(orang Madinah), “Wahai Rasulullah kami sudah berjanji dengan Rasulullah,
berjanji sehidup semati dengan Rasulullah dan kami patuh apa yang Rasulullah
arah”.
Akhirnya nabi SAW membuat
keputusan melawan tentera Abu Jahal walaupun serba kekurangan kelengkapan
ketenteraan. Berlakulah peperangan Badar
pada 17 Ramadan tahun kedua Hijrah.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment