Hadis-hadis peperangan Khaibar.
“Kamai berhenti bersama
Rasulullah SAW di kota Khaibar bersama-samanya orang Islam yakni para sahabat
RA dan ketua Khaibar adalah seorang yang angkuh dan sombong lalu dia mengadap
nabi SAW dan berkata wahai Muhamad adakah kamu berhak menyembelih keldai-keldai
kami, memakan buah-buahan kami, menawan perempuan-perempuan kami maka murkalah
Rasulullah SAW yang bersabda, wahai Ibni Aus tungganglah kudamu kemudian serukan
bahawa sesungguhnya syurga itu tidak halal melainkan untuk orang yang beriman
dan supaya mereka berkumpul untuk bersembahyang, kemudian mereka pun berkumpul
dan bersembahyang.
Seterusnya Rasulullah SAW bangun
dan berucap, adakah seseorang itu menganggap ketika dia sedang bersandar kepada
bangkunya sesungguhnya dia yakin bahawa Allah tidak mengharamkan sesuatu
malainkan apa yang ada di dalam al-Quran.
Ingatlah sesungguhnya aku demi
Allah telah memberi nasihat memerintah dan menegakkan sesuatu seperti yang ada
di dalam al-Quran atau lebih banyak lagi dan sesungguhnya Allah tidak
menghalalkan kamu masuk ke rumah ahli kitab melainkan dengan izin, tidak boleh
mengambil perempuan mereka, memakan sewenang-wenang buah-buahan mereka, tidak
boleh memukul perempuan mereka, memakan sewenang-wenang buah-buahan mereka
apabila mereka telah memberi hak yang dikenakan kepada mereka”, Maksud hadis.
Hadis ini menunjukkan bagaimana
Rasulullah SAW melaksanakan syariat Islam dengan adil kepada seluruh
manusia bukan sahaja kepada orang-orang Islam tetapi juga kepada orang-orang
bukan Islam.
Hadis ini menceritakan berkenaan
peperangan Khaibar iaitu satu peperangan yang berlaku antara Islam di zaman
Rasulullah SAW dengan orang-orang Yahudi apabila orang-orang Yahudi ataupun kaum
Yahudi pada awalnya diajak bertahaluf yakni bersefahaman dengan
orang-orang Islam bersama dengan Rasulullah SAW supaya mereka dibenarkan berada
di bawah kerajaan Islam.
Rasulullah menyerang Khaibar.
Walaupun orang-orang Yahudi tidak
dipaksa masuk Islam dan dibenarkan beramal dengan ajaran agama mereka sendiri
dengan syarat mereka mesti menunaikan hak-hak terhadap kerajaan Islam, tidak
khianat dan sama-sama memikul tanggungjawab di dalam negara Islam tetapi tidak
ramai masuk Islam dan sedikit sahaja berada di bawah kerajaan Islam dengan
baik. Kebanyakan mereka mengkhianati dengan berbagai-bagai cara untuk
menjatuhkan kerajaan Islam. Bahkan mereka mengadakan hubungan dengan
orang-orang musyrikin sehingga berlakunya peperangan Ahzab yang mengepung
Madinah.
Mereka merancang untuk membunuh
nabi SAW dengan sehir, dengan racun dan berbagai-bagai kejahatan lagi
menyebabkan sesetengah mereka diambil tindakan. Lelaki yang baligh dijatuhkan
hukuman bunuh dan wanita serta kanak-kanak ditawan. Ada sesetengahnya dihalau
dan yang lain-lain melarikan diri dan menawan Khaibar yang terletak di utara
Madinah iaitu jalan ke Tabuk.
Di Khaibar mereka mendirikan kota
yang berlapis-lapis dan di sinilah tempat melahirkan tentera yang merbahaya
kepada Islam. Lalu Rasulullah SAW memimpin bala tentera untuk menyerang Khaibar
dan berkhemah di tempat markas operasi tentera yang disediakan.
Rasulullah SAW menyerah bendera
Khaibar.
Pada waktu malam sebelum
berperang keesokan harinya, nabi SAW bersabda, “Esok aku akan menyerahkan bendera
perang Khaibar kepada seorang yang mengasihi Allah dan Rasul, Allah dan
Rasul mengasihinya”.
Ekoran daripada itu ramailah para
sahabat yang datang sembahyang subuh keesokan harinya bersama dengan nabi SAW
dan juga yang datang sebelum subuh kerana berebut untuk menerima bendera yang
diserah oleh nabi SAW bagi memimpin bala tentera di barisan hadapan sehingga
Saidina Omar ibni al-Khattab RA berkata tidak pernah ada dalam hati aku untuk
berebut menjadi ketua melainkan pada hari itu, hari perang Khaibar.
Menjadi ketua adalah satu amanah
dan nabi SAW bersabda, “Demi Allah aku tidak akan melantik orang terlalu ingin
meminta menjadi ketua, meminta jawatan dan orang terlalu gemar kepadanya kerana
ini adalah amanah, orang yang memegang jawatan dengan diberi kepadanya dan
bukan dia hendak sangat, ditolong oleh Allah. Orang yang boleh menjadi ketua
atas kehendaknya tidak ditolong oleh Allah”.
Kata Saidina Omar, “Tetapi pada
hari perang Khaibar itu aku terlalu ingin untuk menjadi ketua kerana Rasulullah
SAW menyebut bahawa orang yang diberi menjadi ketua ini ialah orang yang
mengasihi Allah dan Rasul-Nya dan Allah dan Rasul-Nya sangat mengasihinya”.
Mereka menunjuk-nunjuk diri
supaya dipandang oleh Rasulullah SAW dan melantiknya tetapi tidak ada seorang
pun yang disebut nama oleh Rasulullah SAW.
Rasulullah SAW menyebut
menantunya Ali bin Abi Talib RA yang tidak hadir bersembahyang Subuh pada hari
itu. Rasulullah menyuruh panggil Ali walaupun diberitahu Ali sakit mata,.
Apabila Ali datang, Rasulullah
SAW meludah ke dalam matanya lalu berlakulah mukjizat. Mata Ali sembuh
serta merta dan bendera diserah kepadanya.
Sebaik-baik memegang bendera
Saidina Ali berdiri dengan tegak sebagai seorang tentera yang gagah berani
memandang ke arah Khaibar dan berkata, “Saya perangi mereka supaya mereka
menjadi macam kita iaitu menjadi Islam macam kita”.
Kejayaan memujuk orang masuk
Islam
Sabda Rasulullah SAW, “Jangan
gopoh, dengar dulu apa yang aku arahkan. Bila kamu sampai di medan mereka,
pertama ajak mereka kepada Islam, bukan menyerang lagi, biar dia mengucap dua
kalimah syahadah dan hak yang wajib ditunaikan bila menjadi seorang Islam.
Demi sesungguhnya kejayaanmu
menjadikan seseorang itu mendapat petunjuk sehingga menjadi Islam lebIh baik
daripada binatang unta yang berwarna merah merupakan kenderaan yang paling
mahal harganya”
Kamu berjaya pujuk orang masuk
Islam ganjaran pahala lebih baik daripada kenderaan yang paling mahal harganya.
Jangan serang dulu tetapi ajak masuk Islam dulu. Kejayaan mengajak orang Islam
lebih baik daripada membunuhnya.
Hadis mengatakan, “Barang siapa
yang menunjukkan jalan yang baik kepada seseorang dia mendapat pahala dan
pahala orang ikut perkara yang baik itu sehingga hari kiamat. Begitulah orang yang menunjukkan jalan yang
jahat, orang jadi jahat dia berdosa dan dia akan menerima fadahnya hingga hari kiamat”.
Hadis ini menunjukkan bahawa kejayaan
kita memujuk orang masuk Islam, kita mendapat pahala masa memujuk itu, dia
masuk Islam kita mendapat pahala, dia mendapat zuriat keturunan dan dia pula
mengajak orang lain masuk Islam sehingga sepanjang keturunan dan zuriatnya,
kita mendapat pahala sepanjang-panjangnya.
Ini menggambarkan kelebihan nabi
Muhamad SAW daripada nabi-nabi lain kerana umatnya ramai, dapat mengajak orang
masuk Islam dan menukar orang jahat menjadi baik mendapat pahala berpanjangan.
Islam tidak zalim.
Peperangan yang memakan masa
beberapa hari, Khaibar berjaya ditawan oleh tentera Islam. Sesetengah orang
Yahudi dibunuh dalam peperangan dan ada yang ditawan.
Salah seorang pemimpin Yahudi
yang ditawan dengan angkuh menyatakan kepada nabi SAW, mencela nabi,
seolah-olah nabi hendak membunuh binatang-binatang, hendak menjadikan wanita
Yahudi Khaibar hamba-hamba abdi yang dipukul untuk menyatakan zalimnya Islam
ini.
Islam tidak zalim bahkan nabi SAW
mengarahkan bala tentera Islam dan sahabat-sahabatnya mengarahkan sebagaimana
yang diarahkan oleh nabi SAW, “Berperanglah dengan nama Allah untuk menegakkan
agama Allah. Bila berperang jangan membunuh orang tua, jangan membunuh wanita,
jangan membunuh kanak-kanak, jangan membunuh paderi-paderi, pendita-pendita dan
sami-sami yang beribadat di rumah-rumah ibadat.
Jangan merosakkan kebun-kebun dan
jangan membunuh binatang-binatang ternakan.
Bila membunuh musuh, jangan
menyincang mayatnya. Jangan mengkhianati perjanjian”
Itu pesanan nabi SAW kepada
tentera Islam. Orang Islam adil bukan sahaja masa aman tetapi juga masa
memerintah dan masa peperangan.
Hadis ini menunjukkan bagaimana
nabi SAW mengarahkan tentera Islam bahawa tidak masuk dalam rumah ahli kitab
orang-orang Yahudi dan Kristian melainkan setelah mendapat keizinan. Jangan memukul
perempuan-perempuan mereka dan jangan merosakkan kebun-kebun mereka.
Beri hak yang wajib ditunaikan
selagi mereka menunaikan kebajikan sebagai rakyat. Hendaklah berlaku adil
terhadap mereka.
Amalan ini disambung oleh
kerajaan Islam sepanjang zaman menyebabkan orang kafir masuk Islam.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment