Firman Allah Ta’ala bermaksud,
“Ingatlah pada hari memanggillah oleh yang memanggil kepada suatu perkara yang
amat dahsyat iaitulah hari kiamat”
Bila berlaku kiamat terdengarlah
suara memanggil manusia supaya berhimpun di padang mahsyar. Mereka dihidupkan
semula dan dipanggil dengan seruan yang menggerun dan menakutkan. Masa itu ada
kalangan mereka yang berasa takut dan ada pula yang berasa khusuk apabila
melihat keadaan huru-hara hari kiamat.
Mereka itu keluar dari kubur
masing-masing. Kubur boleh jadi bumi atau boleh jadi perut binatang atau
lain-lain mengikut jasadnya ditamatkan. Keadan mereka seolah-olah belalang yang
terbang bertebaran tanpa mengetahui arah tujunya.
Mengikut ulama mereka keluar dari
kubur masing-masing selepas tiupan sangkakala kali kedua oleh malaikat Israfil
dan kemudian memanggil manusia untuk berhimpun di padang mahsyar.
Sebaik-baik sahaja mendengar
panggilan, mereka memanjang lehernya dan segera menuju ke arah suara yang
memanggil.
Berkatalah orang-orang kafir,
“Inilah hari yang amat menyusahkan”. Ada kalangan mereka percaya apa yang
diberitahu atas dunia dahulu semuanya benar.
Kalau hari itu baharu hendak
beriman, tuhan tidak menerima taubat mereka. Jika hendak sedar dan insaf pada
masa atas dunia inilah. Bila mati tidak boleh buat apa-apa lagi.
KULIAH TAFSIR YT
No comments:
Post a Comment