Setelah membuat keputusan untuk
melawan tentera Abu Jahal walaupun serba kekurangan kelengkapan ketenteraan,
nabi SAW bertolak ke suatu kawasan di Badar (Badar ialah nama tempat mengambil
sempena seorang yang menggali telaga di situ, namanya Badar) lalu nabi tunjuk
satu tempat untuk dijadikan markas tentera Islam.
Seorang sahabat yang tahu
mengenai Badar berkata, “Wahai Rasulullah, adakah pemilihan tempat untuk
dijadikan markas tentera itu wahi daripada Allah Ta’ala atau firkiran
Rasulullah?”
Jawab Rasulullah, “Fikiran saya,
bukan wahi daripada Allah Ta’ala”.
Kata sahabat itu, “Wahai Rasulullah
pada pendapat saya tidak sesuai tempat ini dijadikan markas tentera, kerana di
Badar ini ada tiga mata air. Pada pandangan saya kita mara ke hadapan biar
ketiga-tiga mata air ini duduk di belakang kita dan musuh duduk di depan kita.
Jadi kita mendapat bekalan air tetapi musuh tidak mendapat bekalan air”.
Rasulullah menerima pendapat itu
dan berdoa kepada sahabat itu kerana cadangan bagus dan Rasulullah memilih
tempat yang dicadangkan.
Ini menunjukkan bahawa nabi SAW
bermesyuarat dan nabi bukan seorang yang diktator kerana menerima cadangan yang
baik yang tidak ada nas dalam Quran.
Begitulah sepatutnya kita orang
Islam, bila bermesyuarat jangan degil dan jangan keras. Kita kena menerima
pendapat yang kuat kecuali ada ayat Quran dan ada hadis. Kalau ada Quran dan
ada hadis, kita pakai Quran dan hadis.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment