Mereka berdoa kepad Allah. “Wahai
tuhan kami, tidaklah engkau menjadikan ini semua dengan sia-sia”
Semua yang Allah Ta’ala jadikan
di langit dan di bumi adalah tidak sia-sia. Baik yang diketahui atau tidak
diketahui atau yang dilihat buruk pada zahirnya semuanya mengandungi hikmat di
sisi Allah SWT.
Babi yang najis mughallazah ada
hikmat yang dikehendaki oleh SWT. Mereka yang mengkaji ilmu sains boleh melihat
rahsia-rahsia yang ada pada babi.
Babi membawa penyakit jika
dimakan dagingnya. Dari segi pertanian babi boleh jadi baja iaitu menyuburkan
tanah.
Dari segi perubatan, dalam tubuh
babi ada bahan perubatan. Bagi orang Islam dalam keadaan darurat, tiada ubat
lain melainkan bahan daripada babi sahaja maka dibolehkan kerana darurat
diharuskan apa yang diharamkan oleh Allah SWT.
Semua kejadian Allah SWT adalah
baik. Kita marah apa yang Allah SWT marah. Kita reda apa yang Allah SWT reda.
Orang membuat maksiat Allah
Ta’ala murka, maka kita kena murka, kita kena marah.
KULIAH TAFSIR YT
No comments:
Post a Comment