Friday, October 21, 2016

ISLAM MEMBELA KAUM WANITA


Islam memberi perlindungan kepada kaum wanita. Ayat berikut ialah mengenai hak isteri.

Firman Allah SWT bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman, keadaan perempuan dizalimi dan dianiaya, jangan sekali-kali kamu rampas hak mereka, jangan bertindak secara kasar kepada mereka, kecuali apabila mereka melakukan perbuatan yang keji, apabila mereka melakukan kesalahan zina, maka hendaklah dihukum kerana melakukan kesalahan zina, ataupun mereka derhaka kepada suaminya, hendaklah diambil tindakan sebagaimana yang diajar oleh hukum Allah SWT. 

Tidak boleh mencederakan dia, tidak boleh merampas hak dia, tidak boleh menghalau dia dari rumah sehingga mengancam keselamatan dia”.
Kalau berbalah dengan isteri, orang lelaki patut keluar rumah, bukan halau isteri keluar rumah. Itu cara yang diajar oleh Islam, cara yang beradab dan cara yang baik.
Firman Allah Ta’ala bermaksud, “Dan bergaullah dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang baik”

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment