Rasulullah SAW mewasiat kepada
puterinya, Fatimah:
1. Isteri yang menguli tepung
untuk membuat juadah untuk suami dan anak-anaknya, Allah akan memberi pahala
bagi setiap biji gandum yang diulinya itu, boleh menghapuskan dosanya dan boleh
meningkatkan murtabatnya sebagai seorang wanita.
2. Wahai Fatimah, kata
Rasulullah, isteri-isteri ketika menumbuk tepung untuk menyiap juadah bagi
suami dan anak-anaknya nescaya Allah akan memisahkan dirinya daripada neraka.
3. Wanita yang menyikat rambut
anaknya dan menyucikan pakaian suaminya nescaya Allah akan menetapkan pahala
seperti pahalanya memberi makan seribu orang kelaparan dan memberi pakaian
seribu orang miskin.
4. Wanita yang melayani suami
seharian dengan rasa rela hati, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya dan
akan diberi kebaikan bagi setiap helai rambut di badannya dengan seribu
kebaikan dan Allah akan memberikan juga ganjaran pahala seratus kali haji dan
umrah.
Banyak lagi kelebihan-kelebihan
yang akan diperolehi oleh suami atau isteri yang mengurus rumah tangga.
Wahai para isteri dan suami
berebut-rebutlah membuat amal kebajikan dan antara amal kebajikan itu ialah
mengurus rumah tangga kerana Allah SWT demi kebaikan dunia dan akhirat.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment