Monday, October 31, 2016

TAUHIDUL ASMA WASSIFAT



Tauhidul Asma Wassifat ialah mengesakan Allah Ta’ala dari segi nama-nama dan sifat-sifat Allah Ta’ala iaitu percaya dan mengakui segala nama dan sifat Allah Ta’ala secara ijmal (borong atau umum) dan tafsir (secara huraian atau detil).

Menurut apa yang diberitahu dalam al-Quran dan oleh Rasulullah SAW, Allah mempuyai al-Asma ul-Husna, nama-nama yang paling baik dan segala sifat kesempurnaan, yang Maha Suci daripada sifat Kekurangan.

Antara beriman kepada Allah ialah percaya bahawa bagi Allah itu ada nama-nama yang paling baik yang tidak boleh dibanding dengan segala yang lain, dikenali dengan al-Asma ul-Husna dan sifat-sifat yang terpuji, yang sempurna, yang Maha Suci daripada segala sifat Kekurangan.

Nama-nama Allah ini sebahagiannya disebut dalam Quran dan sebahagian lagi disebut dalam hadis-hadis nabi SAW. Antaranya ialah 99 nama yang disebut dalam hadis riwayat at-Termizi. Selain dari itu ada lagi nama-nama lain yang disebut dalam al-Quran dan nama-nama lain yang disebut dalam kitab-kitab zaman dahulu yang diturunkan kepada nabi-nabi dan rasul-rasul dan nama-nama lain yang disebut dalam hadis-hadis lain.

Jadi nama tuhan lebih daripada 99. Tiap-tiap satu nama ini hanya bagi Allah Ta’ala yang layak dinamakan dengan-Nya dan wajib kita beriman kepada-Nya.

Begitu juga sifat-sifat kesempurnaan. Allah memiliki sifat-sifat kesempurnaan yang tidak terhingga, kita tidak mengetahui berapa banyaknya. Antaranya ialah 20 sifat yang dibilang oleh Abu Mansuri Maturidi, mengikut mazhab Maturidiah. Di sana iaitu 12 sifat dibilangkan oleh Abu Hasani Asyaari dan ada sifat-sifat yang dibilang oleh mazhab Salaf.

Jadi sifat tuhan bukan 20 itu sahaja. Salah jika kita menganggap sifat tuhan hanya 20 sahaja. Oleh kerana kita belajar 20 sifat sahaja maka kita anggap sifat tuhan hanya 20 sahaja. 20 itu ialah contoh-contoh sifat tuhan. Sifat tuhan lebih daripad 20 yang disebut dalam Quran dan hadis yang wajib kita beriman dan percaya kepada-Nya.

Perlu diketahui bahawa tauhidul Asma mengesakan Allah pada nama-nama-Nya dan as-Sifat, sifat-sifat sahaja, tidak memadai untuk membuktikan Islam dan menyatakannya, tetapi mestilah melaksanakan apa yang lazim daripadanya yang terkandung dalam tauhidul Rububiyah dan Uluhiyah kerana orang-orang kafir juga mengakui beberapa sifat dan nama tuhan tetapi dengan cara yang tidak benar seperti mengakui beberapa nama-nama Allah dan menafikan nama Arrahman.

Kata mereka ertinya, “Kita tidak mengenal nama Arrahman (pemurah) melainkan Rahmamul  yamamah iaitulah Musailaimatul Khazzab. Musailaimatul Khazzab ialah seorang pembohong yang mengaku menjadi rasul di zaman nabi Muhamad SAW masih lagi hidup. Beliau tinggal di utara Madinah dan mempunyai ramai pengikut.

Ini menunjukkan bahawa tauhid sekadar belajar sifat 20 sahaja tidak mencukupi. Ini adalah kerana ada lagi tauhid iaitu tauhid rububiyah dan tauhid uluhiyah. Belajar sifat 20 tetapi menerima undang-undang barat, undang-undang komunis, undang-undang nasionalis dan peraturan yang bukan Islam. Tauhidnya tidak sah dengan ikutan itu.
Peraturan dan undang-undang berkait dengan sifat-sifat tuhan. Contohnya undang-undang yang diamal oleh manusia. Quran ialah kalam Allah Ta’ala (kata-kata Allah Ta’ala), Quran adalah daripada ilmu Allah Ta’ala. Mereka sebut Allah Ta’ala bersifat dengan ilmu, Allah Ta’ala bersifat dengan berkata-kata tetapi dalam bab pemerintahan negara, bab ekonomi, bab politik pergi pakai teori-teori, pandangan-pandangan yang bukan Islam. Ini bercanggah dengan tauhid, dengan mengesakan Allah pada sifat-sifat-Nya, pada nama-nama-Nya dan pada rububiyah-Nya.

Pada tiap-tiap rakaat sembahyang kita membaca ALHAMDULILLAHI RABBIL ‘ALAMIN (segala puji bagi Allah, tuhan yang menjadikan sekalian alam). Rab bermakna menjadi dan mentadbir. Peraturan-peraturan alam ini mestilah mengikut peraturan-peraturan Allah SWT. Ini dikenali dengan tauhid rububiyah.

Dalam kubur malaikat Tukang Nakir bertanya, “Marrabbuk” , Siapa Rabb? – siapa tuhan yang menjadi dan mentadbir urusan kamu.

Jadi kita percaya nama-nama Allah Marrabbuk , Allahu Rabbi. Allah nama tuhan, Rabb tuhan yang rububiyah, yang mengurus dan mentadbir semesta alam ini.

Kita beriman juga dengan nama-nama tuhan. Ada orang kafir yang beriman dengan nama tuhan, tetapi meletakkan nama tuhan kepada yang lain daripada Allah. Antaranya ialah pengikut-pengikut Musailaimatul Khazzab , seorang yang mengaku menjadi rasul dan tinggal di Yamamah, utara Mekah. Mereka berkata, “Kami tidak kenal tuhan yang Rahman melainkan Rahman yang duduk di Yamamah, iaiitullah Musailaimatul Khazzab”.

Lalu Allah menurunkan firman-Nya, bererti, “Pada hal mereka kafir kepada tuhan yang maha pemurah”, suratur Rab ayat 30. Mereka kafir kerana mengikut nabi palsu.

Mereka menghafal sajak ertinya, “Maka janganlah kamu menyembunyikan daripada Allah apa yang ada di dalam diri kamu supaya tersembunyi, walau bagaimana disembunyikan Allah mesti mengetahuinya”, Mereka percaya Allah Ta’ala maha mengetahui, tetapi mereka sembah berhala, mereka ikut nabi-nabi yang bohong.

Mereka mengakui beberapa nama dan sifat Allah SWT tetapi mereka ingkarkan nama Arrahman dengan maknanya yang sebenar. Begitu juga tentang sifat-sifat Allah, bahkan kadang-kadang mereka mengadakan sifat-sifat yang tidak layak bagi Allah SWT.

Antara mereka beriman kepada Allah tetapi meletakkan sifat yang tidak layak bagi Allah Ta’ala. Antaranya orang-orang Yahudi, orang Yahudi mengatakan Allah itu ada, mereka pun mengucap juga, “Lailaha illallah”, tetapi mereka berkata antara sifat Allah ialah kedekut.

Mereka kata, “Allah Ta’ala itu bangsat, tetapi kami kaya”. Bila rugi berniaga mereka kata Allah Ta’ala kedekut, Allah Ta’ala bangsat. Ini adalah perangai puak-puak yang kafir, yang tidak beriman kepada Allah dengan sifat-sifat yang layak bagi Allah. Walaupun mereka percaya kepada Allah tetapi mereka meletakkan sifat-sifat yang karut bagi Allah Ta’ala menyebabkan mereka menjadi kafir juga.

KULIAH TAFSIR YT

No comments:

Post a Comment