Tuesday, October 25, 2016

MUKJIZAT NABI-NABI.


Ada golongan mencabar nabi Muhamad SAW supaya menunjukkan mukjizat sebagaimana rasul-rasul di zaman dahulu seperti

1.  Nabi Musa As, mukjizatnya ialah tongkat. Apabila dicampak tongkatnya menjadi ular.

2. Nabi Daud AS boleh melembutkan besi.

3. Nabi Isa AS boleh menghidupkan orang yang mati.

Apakah mukjizat nabi Muhamad SAW?

Allah maha berkuasa untuk memberi apa sahaja mukjizat kepada Rasulullah SAW. Oleh kerana umat akhir zaman adalah umat yang diberi puncak ilmu oleh Allah SWT, mereka diberi akal fikiran dapat membuat kajian dengan akal yang diberi oleh Allah SWT. Dengan ilmu mereka dapat mereka pelbagai alat dan meneroka rahsia kejadian langit dan bumi. Maka Allah SWT memberi mukjizat ilmu kepada Rasulullah SAW.

Ilmu ialah kurnia daripada Allah SWT yang dihasilkan melalui akal. Allah menjawab cabaran mukjizat itu dengan firman-Nya bermaksud, “Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, langit yang ada di atas kepala dengan segala bintang cakrawala yang ada pada langit, matahari dan bulan, bintang yang beredar di angkasa lepas, adalah mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Allah SWT.

Hari ini manusia boleh mencipta teropong yang boleh melihat jauh dan dapat melihat walaupun benda itu kecil.

Allah memerintah kita melihat dan mengkaji langit dan bumi dengan segala isinya.

Segala ilmu ada dalam Quran, mukjizat nabi Muhamad SAW.

KULIAH TAFSIR YT

No comments:

Post a Comment