“Dan dari
Abi Hurairah RA, Rasulullah bersabda tidak halal bagi seorang perempuan berpuasa
sunat pada hal suaminya menyaksikannya melainkan dengan izinnya dan dia tidak
boleh mengizinkan sesiapa ke rumahnya melainkan dengan izin suaminya”, hadis
riwayat Bukhari dan Muslim.
Hadis ini
menunjukkan tanggungjawab suami dan isteri.
Tanggungjawab
isteri untuk menjaga rumah tangga dan diberi pahala sekiranya ditunaikan
tanggungjawab ini pahalanya lebih besar daripada ibadat sunat.
Antara puasa
sunat dan ta’at kepada suami mana lebih afdal. Lebih afdal ta’at kepada suami
kerana ta’at kepada suami wajib dan puasa sunat itu sunat.
Bagi suami
pula, mencari nafkah adalah wajib. Mencari nafkah lebih afdal daripada puasa
sunat. Oleh itu janganlah puasa sunat dijadikan helah untuk tidak mencari
nafkah.
Ibadat wajib
lebih besar pahalanya daripada ibadat sunat.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment