Datangnya
haid adalah satu nikmat yang besar daripada Allah SWT. Nikmat Allah banyak dan
satu daripadanya ialah datangnya haid. Badan menjadi sihat dan dengan izin
Allah dapat melahirkan zuriat.
Oleh kerana
nikmat maka itu satu tanda rahmat Allah kepada kita. Rupanya Allah sayang
kepada kita dan apabila Allah sayang maka Allah tidak akan mendatang
kemudaratan kepada kita. Oleh kerana rahmat kita hendaklah bersyukur kepada
Allah SWT.
Sebagai
wanita yang bersyukur kita menjaga batas-batasnya. Hubungan kita dengan suami ketika
berada dalam keadaan haid. Kita perlu memberitahu kepadanya yang kita dalam
keadaan haid. Kita perlu berjaga-jaga, jangan kita melakukan persetubuhan
ketika dalam keadaan haid kerana haram hukumnya.
Seterusnya
semasa dalam keadaan haid kita perlu menjaga kebersihan diri kita dalam dan
luar. Oleh kerana haid itu kotor bukan bererti kita membiarkan diri kita dalam
keadaan yang kotor, tetapi kita perlulah menjaga kebersihan.
Sehubungan
itu janganlah kita membiarkan diri kita berkeadaan lalai daripada mengingati
Allah SWT. Perbanyakkanlah zikir dan doa mudah-mudahan kebaikan dan rahmat
Allah dilimpahi kepada kita.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment