Pergolakan yang berlaku dalam perjuangan
sekarang adalah masalah dalaman yang merupakan fenomina biasa dalam perjuangan
Islam zaman berzaman.
Saidina Abu Bakar berdepan dengan peristiwa murtad.
Saidina Ali berperang dengan Siti Aisyah dan
Muawiyah
Kalaulah golongan yang diterbiah oleh nabi berlaku
pergolakan hebat, zaman kita ini yang tidak kenal nabi dan tidak pernah dengar
suara nabi apalah sangat.
Pergolakan itu merupakan ujian Allah yang bertujuan
menapis kesetiaan terhadap perjuangan. Mana-mana pihak yang tidak setia dan
tidak istiqamah dengan perjuangan akan tersingkir. Insya Allah yang tinggal
nanti merupakan teras yang akan memberi kekuatan kepada perjuangan di masa akan
datang
Nabi Yusuf dijil selama lapan tahun akhirnya
diangkat darjatnya menjadi menteri kewangan Mesir.
Perjanjian Hudaibiah yang ditentang oleh para
sahabat kerana dianggap berat sebelah akhirnya membawa kepada pembukaan Mekah.
Pergisiran yang berlaku sekarang sedikit sebanyak
merugikan jemaah tetapi tidak akan menghancurkan jemaah. Insya Allah pergolakan
sekarang merupakan pemangkin terhadap kemenangan yang lebih besar pada masa
akan datang.
Kita mesti setia dengan perjuangan walau apa
keadaan sekalipun.
Berpegang teguh dengan perjuangan di saat
perjuangan berada di paras bawah diberi pahala yang lebih besar.
No comments:
Post a Comment