“Kemenangan Badar itu kerana
Allah hendak membinasakan satu golongan daripada orang-orang kafir atau
menghina mereka dengan kekalahan supaya mereka kembali dengan kecewa”
Kemenangan perang Badar berlaku
kerana orang Islam betul-betul ikhlas.
Nabi SAW bersabda, “Tidak
berperang seseorang pada hari ini demi tuhan yang diri Muhamad yang berada di
dalam tangan-Nya tidaklah berperang pada hari ini seorang yang berperang mara
dan tidak undur ke belakang malainkan Allah Ta’ala akan masukkan dia ke dalam
syurga”.
Masa itu ada seorang sahabat
sedang memegang buah kurma, bila mendengar nabi SAW berkata begitu lalu sahabat
itu berkata tiada yang menghalang aku daripada masuk syurga melainkan buah
kurma ini. Dilemparnya buah kurma itu dan terus merempuh masuk dalam pasukan
musuh sedangkan belum ada arahan lagi daripada nabi SAW. Dia mati dibunuh oleh
musuh.
Sekarang ini orang kata pengebom
berani mati. Memamg ada dalam perang Badar orang berani mati.
Mengapa tuhan buat begitu?
Ini bertujuan menggerunkan pihak
musuh. Kalau semua orang Islam begitu bagaimana hendak melawannya. Mereka akan
fikir semua orang Islam berani mati dan ini melemahkan semangat mereka.
Diriwayatkan masa peperangan
Badar itu nabi menyusun sof tentera dengan rapi. Ada seorang sahabat sengaja
membelotkan sof, lalu nabi menikam perutnya dengan kayu sugi dan nabi kata.
“Betulkan sof”.
Sahabat itu berkata, “Rasulullah
sudah membuat zalim kepada saya dan saya hendak balas”.
Nabi kata, “Sila balas. Nabi
membuka perutnya dan menyuruh sahabat itu membalasnya”.
Tiba-tiba dia mencium perut nabi
dan berkata, “Ya Rasulullah saya mengharapkan ini sentuhan yang akhir dan
selepas ini saya mati”. Dalam hatinya ada perasaan hendak mati bukan takut
mati.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment