Firman Allah Ta’ala surah al-Baqrah
ayat 222:
وَ يَسْــئَلُوْنَكَ
عَنِ الْمَحِيْضِ ۙ قُلْ هُوَ اَذًى فَاعْتَزِلُوْا النِّسَآءَ فِى
الْمَحِيْضِ ۙ وَلَا تَقْرَبُوْهُنَّ حَتّٰى يَطْهُرْنَ ۚ فَاِذَا
تَطَهَّرْنَ فَأْتُوْهُنَّ مِنْ حَيْثُ اَمَرَكُمُ اللّٰهُ ؕ اِنَّ
اللّٰهَ يُحِبُّ التَّوَّابِيْنَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِيْنَ
"Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: "Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat". Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri." (QS. Al-Baqarah: Ayat 222)
Tafsiran:
Ayat
surah al-Baqrah ayat 222 ini berkait dengan ayat sebelum dan selepasnya. Ini
usaha kita untuk memahami al-Quran.
Latar
belakang ayat ini iaitu asba bun nuzur, berlaku bila nabi SAW berada di Madinah
di mana orang Islam bercampur gaul dengan orang Yahudi.
Orang
Yahudi mempunyai kelebihan daripada orang Arab kerana orang Yahudi mempunyai kitab
Taurat.
Orang
Yahudi berkata kepada orang Arab bahawa wanita kami apabila datang bulan kami
diharamkan untuk bersama dengan mereka. Tidur asing-asing bahkan makan pun
isteri tidak boleh menyediakan.
Akhirnya
datanglah dua orang sahabat yang berani bertanya nabi SAW, “Wahai Rasulullah
orang Yahudi memberitahu kami bahawa haid ini memerlukan kita menjauhi isteri”.
“Buatlah
apa sekali pun melainkan perhubungan lelaki dengan perempuan (hubungan kelamin)”,
jelas nabi SAW.
Bila
sahabat memberitahu perkara itu kepada orang Yahudi, “Muhamad ini semua perkara
dia hendak selisih dengan kita orang Yahudi. Kalau dia hendak selisih sangat,
mengapa dia tidak tetapkan bahawa dalam kontek ini boleh bergaul dan tidur
bersama dengan isteri, cuma bersetubuh sahaja diharamkan. Mengapa pula tidak dihalalkan
bersetubuh, kalau hendak sangat berselisih dengan kami”, tempelak orang Yahudi.
Ayat
ini diturunkan untuk memberitahu nabi Muhamad SAW dan kepada semua orang Islam
bahawa kita mempunyai satu kaedah dalam menangani perkara itu. Allah
menjelaskan bahawa kamu adalah umat pertengahan dan tidak ada taklif untuk
kamu.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment