Tuesday, October 25, 2016

HAD ALLAH MENGENAI HAID



Pasangan suami isteri dilarang mengadakan hubungan kelamin pada masa isteri kedatangan haid. Itu merupakan had yang Allah jadikan.

Mengikut hadis pernah Rasulullah SAW menyuruh Aisyah memakai pakaian yang menutup antara pusat dengan lutut apabila berada dalam haid.

Pada riwayat yang sahih nabi pernah menyuruh Aisyah menutup bahagian anggota sulit wanita sahaja kerana nabi pernah tidur di atas paha Aisyah ketika datang haid.

Dari segi kajian mengapa suami tidak boleh mengadakan hubungan jenis ketika isteri berada dalam haid ialah untuk menjauhkan daripada jangkitan kelamin. Jika berlaku hubungan kelamin kuman-kuman boleh masuk ke bahagian tertentu dalam rahim dan boleh meningkatkan penyakit kelamin. Tambahan lagi organ-organ wanita yang sedang mengeluarkan darah mudah cedera. Itulah sebabnya dilarang mengadakan hubungan seksual pada masa isteri berada dalam haid.

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment