Al-Asma ul-Husna ialah nama-nama yang paling baik bagi Allah.
Antara perkara yang berkait dengan beriman kepada Allah ialah
beriman kepada nama-nama Allah, nama-nama yang paling baik bagi Allah Ta’ala
yang disebut di dalam al-Quran dan disebut di dalam hadis-hadis nabi SAW yang
sahih.
Sebagaimana wajibnya kita beriman kepada sifat-sifat Allah, kita
wajib juga beriman kepada nama-nama Allah. Menjadi masyhur di kalangan
masyarakat kita belajar sifat-sifat Allah sehingga kita lupa bahawa beriman
kepada nama-nama Allah adalah juga wajib.
Oleh kerana ilmu akidah Islam di zaman kerajaan Abasiah
dipengaruhi oleh pengajian-pengajian falsafah yang menggunakan akal dan pengajian-pengajian
ini menumpukan kepada sifat-sifat Allah Ta’ala maka kitab-kitab dikarang masa
itu tenggelam di dalam perbahasan mengenai sifat-sifat Allah Ta’ala sehingga
orang Islam sendiri lupa berkenaan nama-nama Allah SWT, pada hal nama-nama
Allah ini termasuk di dalam perkara rukun iman.
Kita hanya belajar 20 sifat sahaja. Sedangkan ada lagi sifat-sifat
Allah yang disebut dalam al-Quran dan hadis-hadis nabi SAW. Contoh sifat adil. Allah Ta’ala wajib bersifat
dengan adil. Ini tidak ada dalam sifat 20 yang diajar.
Bagi Allah ada nama-nama yang paling baik yang maha mulia yang
tidak ada bandingan dan tidak ada tandingan. Allah SWT memperkenalkan kepada
hamba-hamba-Nya dengan nama-nama dan sifat-Nya yang layak dengan kebesaran dan
kesempurnaan-Nya yang elok bagi orang-orang beriman mengingati-Nya, berzikir
dengan memuliakan-Nya dengan sepenuh-penuh takzim iaitu membesar dan
memuliakan.
Ada nama-nama Allah yang Maha Besar, yang Maha Mulia yang patut
kita berzikir dengan nama-nama Allah. Kita memuliakan nama-nama Allah ini dan
berdoa dengan menyebut nama-nama Allah. Apabila berdoa, mulakan dengan
nama-nama Allah untuk memuja dan memuji Allah. Itu adalah antara adat berdoa.
Di sini disebut nama-nama Allah berdasarkan apa yang diberitahu
oleh Rasulullah SAW dengan riwayat yang sahih. Antaranya ialah “Bagi Allah itu
99 nama, tidak mengingati oleh seseorang itu melainkan dia masuk syurga. Ia
tuhan yang satu, tidak ada tandingan dan tidak terbahagi dan suka kepada mengesakan-Nya
(Tauhid) menurut riwayat al-Bukhari sesiapa yang menghitungnya dia masuk
syurga”
Bagi Allah ada 99 nama yang sangat besar, sangat mulia yang
diberitahu oleh nabi SAW. Barang siapa yang menghafal, yang ingat, yang
beriman, yang membesarkan nama-nama ini nescaya dia masuk syurga.
Hadis diriwayatkan oleh Termizi dengan menyebut nama-nama-Nya
iaitu “Ar-Rahman (Ar Rahman), ar-Rahim (Ar Rahim), al-Malik (Al Malik),
al-Quddus (Al Quddus), al-Salam (Al Salam), al-Mu'min (Al Mukmin), al-Muhaimin
(Al Muhaimin), al-Aziz (Al Aziz), al-Jabbar (Al Jabbar), al-Mutakabbir (Al
Mutakabbir),
al-Khaliq (Al Khaliq), al-Bari (Al Bari), al-Musawwir (Al
Musawwir), al-Ghaffar (Al Ghaffar), al-Qahhar (Al Qahhar), al-Wahhab (Al
Wahhab), al-Razzaq (Al Razzaq), al-Fattah (Al Fattah), al-'Alim (Al Alim),
al-Qabidh (Al Qabidh),
al-Basit (Al Basit), al-Khafidh (Al Khafidh), ar-Rafi' (Ar Rafik),
Al-Mu'izz (Al Mu'izz), al-Muzill (Al Muzill), as-Sami' (As Sami), al-Basir (Al
Basir), al-Hakam (Al Hakam), al-'Adl (Al
Adil), al-Latif (Al Latif),
al-Khabir (Al Khabir), al-Halim (Al Halim), al-'Azim (Al Azim),
al-Ghafur (Al Ghafur), asy-Syakur (Asy Syakur), al-'Aliy (Al Ali), al-Kabir (Al
Kabir), al-Hafiz (Al Hafiz), al-Muqit (Al Muqit), al-Hasib (Al Hasib),
al-Jalil (Al Jalil), al-Karim (Al Karim), ar-Raqib (Ar Raqib),
al-Mujib (Al Mujib), al-Wasi' (Al Wasik), al-Hakim (Al Hakim), al-Wadud (Al
Wadud), al-Majid (Al Majid), al-Ba'ith (Al Baith), asy-Syahid (Asy Syahid),
al-Haqq (Al Haqq), al-Wakil (Al Wakil), al-Qawiy (Al Qawiy),
al-Matin (Al Matin), al-Waliy (Al Waliy), al-Hamid (Al Hamid), al-Muhsi (Al
Muhsi), al-Mubdi (Al Mubdi), al-Mu'id (Al Muid), al-Muhyi (Al Muhyi),
al-Mumit (Al Mumit), al-Hayy (Al Hayy), al-Qayyum (Al Qayyum), al-Wajid
(Al Wajid), al-Majid (Al Majid), al-Wahid (Al Wahid), al-Ahad (Al Ahad),
as-Samad (As Samad), al-Qadir (Al Qadir), al-Muqtadir (Al Muqtadir),
al-Muqaddim (Al Muqaddim), al-Mu'akhkhir (Al Muakhir), al-Awwal
(Al Awwal), al-Akhir (Al Akhir), az-Zahir (Az Zahir), al-Batin (Al Batin),
al-Wali (Al Wali), al-Muta'ali (Al Muta Ali), al-Barr (Al Barr), at-Tawwab (At
Tawwab),
al-Muntaqim (Al Muntaqim), 80al-'Afuw (Al Afuw), ar-Ra'uf (Ar
Rauf), Malik-ul-Mulk (Malikul Mulk), Dzul-Jalal-Wal-Ikram (Dzul Jalal Wal
Ikram), al-Muqsit (Al Muqsit), al-Jami' (Al Jami), al-Ghaniy (Al Ghaniy),
al-Mughni (Al Mughni), al-Mani' (Al Mani),
al-Darr (Al Darr), al-Nafi' (Al Nafi), al-Nur (Al Nur), al-Hadi
(Al Hadi), al-Badi' (Al Badi), al-Baqi (Al Baqi), al-Warith (Al Warith),
ar-Rasyid (Ar Rasyid), as-Sabur (As Sabur).
Perlu diketahui bahawa nama-nama yang paling baik di sisi Allah
Ta’ala itu tidaklah sekadar 99 itu sahaja. Masih ada lagi yang kita tidak
mengetahuinya, antaranya terdapat dalam riwayat yang lain pula Rasulullah SAW
memberitahu nama-nama yang lain daripada 99 nama yang disebut. Antaranya
al-Hannan, al-Mannan, al-Badi’, al-Murif, al-Kasil, Yul Ma’arij, al-Khallat.
Menurut Abu Bakar Ibnu Arabi RA, di dalam Syarah Termizi seperti
dinyatakan dalam kalangan ahli ilmu dia pernah mengumpulkan sebanyak seribu
nama bagi Allah daripada al-Quran dan hadis.
Begitu juga Assyaukani RA ada menyebut dalam Shuhfatuzzakirin dan
beliau menegaskan memadailah untuk kita dengan apa yang disebut dalam hadis
itu.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment