Saidina Omar berdoa, “Ya Allah ya
tuhanku matikanlah aku dengan mati syahid pada jalan-Mu dan matikanlah aku di
bumi nabi-Mu”.
Lalu sahabat berkata, “Ya Amirul
Mukminin macam mana hendak mati di bumi nabi sedangkan kita sudah menang
melawan Farsi dan Rome. Musuh tidak boleh menyerang Madinah kerana Farsi dan
Rome sudah kalah. Bagaimana hendak mati syahid di bumi Madinah dan berperang di
luar Madinah”.
Saidina Omar berkata, “Allah
Ta’ala boleh mengatur dengan kehendaknya”.
Allah SWT memakbulkan doa Saidina
Omar, dia mati ditikam oleh Abu Lut Luah ketika sedang sembahyang Subuh dan
mati di masjid Madinah sebagaimana doanya.
Allah SWT boleh mengatur
seseorang itu di mana matinya. Kematian adalah ketentuan daripada Allah sama
ada mati biasa atau mati syahid.
Sheikh Ahmad Yasin yang memimpin
Hamas di Palastin, seorang yang sudah lumpuh, hanya kepala sahaja boleh
bergerak dan bercakap tiba-tiba Allah SWT mengambilnya sebagai seorang syahid.
Israil menembaknya ketika sedang keluar dari masjid dengan kereta sorong
selepas sembahyang.
Di Afghanistan ada Mujahidin yang
berdoa minta mati syahid, terjijak bom, bom meletup dan dia melambung sampai
berpuluh-puluh meter jauhnya tetapi tidak juga mati.
Ini menunjukkan mati syahid adalah
pilihan daripada Allah SWT.
KULIAH TAFSIR YT
No comments:
Post a Comment