Firman Allah Taala bermaksud,
“Adakah orang yang mengerjakan kejahatan menyangka bahawa Kami jadikan mereka
seperti orang beriman dan mengerjakan amal yang soleh sama sahaja pada masa
hidup dan mati mereka alangkah buruknya apa yang mereka hukumkan itu”.
Ayat ini ditujukan kepada orang
yang mengatakan bahawa berjuang Islam dan melawan Islam sama sahaja. Ini adalah
penjelasan daripada Allah SWT.
Ulama tafsir mengatakan sebab
turun ayat ini ialah bersempena dengan peperangan Badar. Dalam peperangan itu
didahulukan pertandingan antara pahlawan-pahlawan musuh dengan pahlawan Islam.
Apabila Abu Jahal menampilkan
Utbah dan Syaibah bin Rabiah, dua beradik, dan al-Walid bin Utbah supaya tampil
ke hadapan meminta lawan. “Sila Muhamad kemukan lawan. Lawan satu sama satu
dulu”, kata Abu Jahal.
Mukadimah peperangan zaman dahulu
ialah lawan sama seorang dahulu. Dalam peperangan ini tiga orang melawan tiga
orang.
Lalu tampil tiga orang golongan
ansar (orang Madinah). Tiga orang Madinah bangun untuk menentang tiga orang
daripada puak Abu Jahal.
Abu Jahal kata, “Kami tidak mahu
orang Madinah, kami hendak anak-beranak kami dari Mekah”.
Lalu kata nabi, “Bangun wahai
Hamzah (bapa saudara nabi), bangun wahai Ali (sepupu dan menantu nabi), bangun
Ubaidah bin al-Haris (sepupu nabi). Nabi memilih orang yang hampir atau
keluarga terdekat. Ini menunjukkan pengorbanan nabi SAW, didahulukan kelurga
terdekat daripada orang lain.
Berlawanlah ketiga-tiga pahlawan
itu. Hamzah dapat membunuh lawannya dengan mudah, Saidina Ali dapat membunuh
lawannya. Ubaidah lama sedikit berlawan dan akhir dapat membunh lawannya.
Tetapi Ubaidah mendapat cedera dalam perlawanan itu.
Lalu puak-puak Abu Jahal kata
serupa sahaja mereka berlawan itu. Kalau betul, betul belaka dan kalau salah,
salah belaka. Ini cakap-cakap orang zaman dahulu oleh Abu Jahal dan begitulah
juga jenis Abu Jahal zaman ini.
Tidak serupa, ada yang ikut Islam
dan ada yang lawan Islam. Orang yang mengikut Islam diberi tempat dalam syurga
dan mereka yang melawan Islam ditempatkan dalam neraka.
KULIAH TAFSIR YT
No comments:
Post a Comment