Friday, October 21, 2016

PIAYAWAN KEBERSIHAN DALAM ISLAM


Apabila bercakap tentang haid ialah berkait dengan darah yang keluar dari kemaluan perempuan yang boleh memberi kemudaratan bukan sahaja kepada wanita itu tetapi juga kepada pasangannya apabila melanggar perintah Allah SWT.

Ini sudah tentu wanita itu perlu menjaga kebersihan. Dalam Islam falsafah mengenai kebersihan cukup tinggi yakni kualiti piayawan itu cukup tinggi.

Kalau kita hendak berwuduk contohnya, kita mengambil air yang kualitinya sangat baik yang disebut suci lagi menyucikan. Air teh, air tebu dan air kelapa boleh diminum kerana air itu bersih tetapi tidak boleh digunakan untuk mengambil wuduk.

Maksud hadis SAW, “Kebersihan itu sebahagian daripada iman”.

Makan minum, pakaian, tempat tinggal dan seumpamanya perlu dititekberatkan tentang kebersihan, apatah lagi tentang darah haid. Apa yang perlu dijaga ialah semasa dan selepas haid itu.

Semasa haid perlu ditukar apa yang patut ditukar. Janganlah sampai malam belum ditukar dan jangan pula dibuang kekotoran itu di marata-rata. Kebersihan perlu dijaga sebaik mungkin semasa haid.

Selepas haid cara membersihkannya ialah mandi hadas besar yang mesti diniatkan dengan mandi wajib. Selepas diniatkan air mesti diratakan seluruh badan. Jika kepala tidak dibasuh mungkin kerana sayangkan rambutnya maka tidak menepati piayawan dan mandi wajib tidak sah. Disunatkan juga memakai bau-bauan yang bertujuan menjaga kebersihan diri kita, rakan hidup kita dan persekitaran kita.

Selepas mengangkat hadas besar kita perlu berdoa.

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment