Betapa beruntungnya
berada dalam Jemaah yang berjuang untuk menegakkan Islam. Jika membuat
kesilapan sebagaimana kesilpan dibuat dalam peperangan Uhud, diampun oleh Allah
SWT dan dosa mereka pun diampun oleh Allah SWT.
Kalau tidak
berjuang tidak dapat fadilat ini. Oh! Macam mana berjuang Islam, dia jahat dan
banyak membuat maksiat?
Bukan semua
yang berada dalam Jemaah Islam bersih belaka. Menurut satu hadis, “Sesungguhnya
Allah kadang-kadang menolong agama ini dengan orang jahat”.
Orang jahat
kadang-kadang menolong agama Islam dengan izin Allah. Orang jahat yang berjihad
diampun dosanya oleh Allah SWT.
Berlaku di
zaman Saidina Omar al-Khattab RA seorang yang bernama Abu Mahjan yang menyertai
pasukan tentera Islam dipimpin oleh Saat bin Abi Wakaf untuk berperang dengan Farsi.
Saat bin Abi Wakaf ketika memeriksa bala tenteranya tiba-tiba melihat Abu
Mahjan sedang meminum arak dalam khemah.
Abu Mahjan
seorang yang gagah berani, berjihad tetapi minum arak. Beliau ditangkap oleh
Saat bin Abi Wakaf dan dirantai di markas.
Hukuman
hudud tidak dikenakan lagi kerana hukuman tidak boleh dilakukan ketika perang.
Jika dilaksanakan hukuman kemungkinan dia akan lari dan menyertai pihak musuh.
Keesokan
harinya berlaku peperangan antara tentera Islam dengan tentera Farsi. Abu Mahjan seorang pahlawan yang gagah berani
tetapi duduk di markas. Di markas dia melihat oleh orang perempuan, tukang
masak dan bukan tentera. Dia merasa dirinya terhina. Lalu Abu Mahjan minta
supaya dia dibebaskan untuk pergi berjihad.
“Tolong
lepas, tolong lepaskan saya”, rayu Abu Mahjan.
Mereka
berkata, “Tidak boleh, takut dimarah oleh Saat bin Abi Wakaf kerana dia telah
menghukum”. Akhirnya isteri Saat bin Abi Wakaf berani membebaskan Abu Mahjan.
Setelah
dibuang rantainya Abu Mahjan menyertai peperangan dengan Farsi. Di medan perang
Saat melihat seorang yang berani bertempur di tengah musuh. Kata Saat bin Abi
Wakaf, “Nampak macam Abu Mahjan”.
Abu Mahjan
bertaubat dan tidak mahu minum arak lagi. Ini faedah berada di dalam Jemaah
Islam.
Ada di
kalangan kita ini, dia tidak boleh berjuang kerana banyak dosa, banyak membuat
maksiat. Patut halau orang ini. Tidak boleh membuat begitu. Kadang-kadang orang
melakukan kesalahan menjadi penolong kepada agama Islam.
KULIAH TAFSIR YT
No comments:
Post a Comment