Nabi SAW bersabda, “Lazimilah
diri kamu dengan menyebut YA ZALJALA LIWAL IKRAM”.
Kita digalakkan berzikir dengan
YA ZALJALA LIWAL IKRAM, YA ZALJALA LIWAL IKRAM, YA ZALJALA LIWAL IKRAM,
termasuk nama-nama tuhan yang layak kita berzikir dengannya.
Bila hendak berdoa jangan tinggal
YA ZALJALA LIWAL IKRAM. Bila hendak memulakan doa masukkan di dalamnya YA
ZALJALA LIWAL IKRAM.
Disebut dalam kisah para sahabat,
Al’alat bin Hadrani RA yang menyerang Bahrain. Bila Bahrain diserang musuh
dapat melarikan diri di pulau. Al’alat bin Hadrani berdoa dengaan menyebut nama
tuhan:
YA ARHAMARRA HIMIN YA HAKIM YA
KARIM YA AHAD YA SOMAD YA HAYU YA QAYYUM YA ZALJALA LIWAL IKRAM LAILA HAILLA
ANTA YA RABBANA.
Selepas berdoa dengan doa itu
lalu dia pun terjun dengan kudanya ke dalam laut dan diikuti oleh bala tentera
yang lain dengan kuda dan unta-unta masing-masing, tiba-tiba kuda-kuda dan
unta-unta boleh berlari di atas air. Mereka mengejar dan menawan musuh di pulau
dan berjaya balik semula dengan selamat.
Ini bergantung bagaimana rapatnya
hubungan seseorang itu dengan Allah SWT dan sejauh mana keperluan dan
daruratnya. Bila keadaan darurat Allah SWT memberi pertolongan dengan cara yang
tidak terhingga kepada hamba-hambanya.
Untuk berjuang janganlah tunggu
perkara luar biasa, tunggu kebal, kalau tidak kebal tidak hendak berjuang. Ini
adalah fahaman yang salah.
Sikap para sahabat bila berjuang
sama ada mati atau menang. Mereka mengejar musuh kalau mati maka mati. Kalau
tuhan hendak memberi kemenangan hidup lagi.
KULIAH TAFSIR YT
No comments:
Post a Comment