Antara kajian yang dibuat oleh
pakar-pakar perubatan, wanita didatangi haid 28 hari sekali. Kitaran haid ini
lebih kurang sama dengan bulan Hijrah. Ulama falak membuat kajian bahawa
kedatangan haid berkadar terus denga pusingan bulan. Memang tepat dipanggil
datang bulan.
Bulan setiap 28 hari akan datang
ke tempat yang sama dan ketika itu kita dapat melihat bulan yang baharu iaitu
anak bulan dan kemudian bulan pernama. Semua ini adalah antara kaitan antara
manusia dan datang bulan.
Ada juga kajian mengatakan bahawa
apabila bulan dekat dengan bumi, ketika itu akan berlaku perubahan fisiologi. Aras
air laut meningkat. Air menjadi air pasang. Hormon-hormon dalam badan binatang
yang kita panggil keinginan mengawan akan meningkat ketika bulan mengambang.
Keadaan ini juga berlaku kepada manusia. Hormon-hormon yang dipanggil hormon
wanita akan datang bulan pada waktu-waktu tertentu.
Dalam kitab-kitab ada menyebut
sekurang-kurang haid ialah satu lahzah yakni sekelip mata sahaja dan
sepanjang-panjangnya 15 hari. Yang lebih dikira istihadah. Selepas darah yang
melebihi 15 hari wanita boleh sembahyang kerana darah itu bukan lagi darah haid
tetapi darah istihadah.
Kitaran 28 hari ini pula
sebenarnya haid ada dua kesan. Pertama, dari segi penyakit dan tidak boleh
melakukan hubungan kelamin dan wanita itu sendiri diberi kerehatan. Oleh itu
wanita tidak diwajibkan qodar sembahyang yang ditinggalkan semasa haid. Kalau
sembahyang diwajibkan qodar lima waktu dan 17 rakaat setiap hari Masaa Allah!
Kedua, puasa diwajibkan qodar kerana puasa Ramadan setahun sekali.
Kenapa tidak diwajibkan qodar
sembahyang? Sembahyang ialah ibadah harian yang rutin. Apabila wanita datang
haid dia kekurangan darah dan ini menyebabkan badannya lemah. Oleh sebab itu
dia tidak diminta membuat ibadah fizikal yang banyak.
Sekarang ini ada para jamaah haji
mengambil suntikan hormon. Sungguhpun dibolehkan dari segi agama tetapi tidak
digalakkan oleh para doktor. Suntikan hormon dibuat supaya haid tidak datang
pada bulan itu. Kalau ini dilakukan seolah-olah kita menidakkan apa yang Allah
berikan kepada kita. Bila datng haid masa hendak towaf, tidak payahlah towaf
sebab tidak wajib membuatnya. Jadi kita diberi kebenaran untuk rehat.
Kesan mengambil suntikan itu
menyebabkan berlaku ketidakseimbangan hormon. Apabila balik daripada Mekah nanti
mungkin pusingan haid tidak tetap.
Wanita-wanita tidak perlu takut
kedatangan haid. Tanda ibu itu subur dan dapat melahirkan anak yang banyak
ialah dengan datang haid yang tetap. Kalau pusingan tidak tetap kesuburannya
rendah, sebaliknya jika pusingan tetap maka kesuburannya tinggi dan peluang
mendapat anak lebih tinggi berbanding dengan wanita-wanita yang pusingan haid
tidak tetap. Jadi haid ini satu rahmat untuk wanita. Wanita direhatkan, dia
diberi tempuh untuk pulih daripada penyakit dan juga sebagai tanda kesuburan.
Ibu-ibu yang acap kali mengandung
akan berlaku kekurangan kalsium. Oleh itu wanita walaupu belum kahwin perlu
mengambil kalsium dalam keadaan yang konsisten supaya tidak mengejut.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment